Ads

Mengapa Puan Masitah Kembali Berguru Dengan Dr Azizan Osman Dan Boleh Capai Jualan Hampir

Diary W hari ini masih lagi di Johor Bahru, ceria dengan kehadiran Puan Masitah Mohd Afandy co-founder bersama suaminya Tuan Nik Nazri Abidin, founder NM Aircond Electrical & Cleaning Services.

Puan Masitah atau lebih mesra dikenali sebagai Puan Mashi ini merupakan salah seorang ahli Titanium Circle RichWorks, sentiasa tersenyum gembira dan kami team RichWorks turut merasai momentum dan energy yang tinggi dalam dirinya.

Namun, perjalanannya penuh dengan cabaran. Di sebalik senyuman manis wanita tubuh kecil ini, siapa sangka beliau pernah dituduh penipu hanya kerana keputusannya memilih Dr Azizan Osman sebagai MenThor dalam bisnes.

Adakah anda pernah mengalami situasi yang sama seperti Puan Mashi? Pernah dikutuk, dihina, dipandang rendah hanya kerana ada niat nak cari ilmu bisnes?

“Masa 2014 saya join Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan setiap tahun saya join Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Tapi saya masih macam berat hati nak join Titanium. Sebab waktu tu dengan apa yang berlaku sekeliling dan viral macam-macam.

“Orang kutuk kita jadi student Dr Azizan Osman” kata Puan Mashi.

Tambah beliau, orang-orang yang mengutuk beliau adalah dikalangan netizen dan kawan-kawan, saudara mara dan orang yang tak pernah pergi ke program RichWorks. Disebabkan itu beliau tangguhkan hasratnya untuk menjadi ahli Titanium Circle RichWorks.

Disebabkan beliau teruskan bisnes tanpa ada bimbingan dari seorang MenThor, beliau hampir-hampir nak tutup bisnes pada tahun 2016. Puan Mashi rasa apabila selepas hadir ke program dan balik, tak join Titanium dan ada orang yang guide, beliau rasa beliau dah buat keputusan yang betul tetapi beliau dah buat satu kesilapan besar dalam bisnes.

Bermula dari insiden tersebut, Puan Mashi mula cari Dr Azizan Osman dan nekad untuk fokus buat bisnes dengan lebih baik dan berjaya menjadi ahli Titanium Circle pada November 2018.

Bagi Puan Mashi, bergelar ahli Titanium Circle RichWorks dan #AnakDidikDrAzizanOsman telah banyak mengubah hidupnya. Sepanjang setahun menjadi ahli Titanium, beliau banyak belajar betulkan diri sendiri. Dulu, beliau seorang yang teruk, kasar, panas baran, tak sabar dan pada satu tahap bila marah beliau akan campak barang.

“Dr Azizan Osman telah mengajar saya, macam mana menjadi seorang leader yang baik adalah dengan bagaimana kita influence orang lain.

“Bagi saya, saya anggap Dr Azizan Osman sebagai seorang ayah kerana pada ketika tiada siapa yang percaya pada saya, pada saat saya tak tahu nak buat apa, Dr Azizan Osman percaya pada saya dan terima saya untuk berada di dalam Titanium Circle.” luah Puan Mashi.

Antara kejayaan lain perniagaan Puan Mashi, jika sebelum ini sales perniagaan hanya stuck pada level RM 60-80 ribu sebulan, tetapi dengan bimbingan MenThor dan ilmu yang beliau ada, beliau mampu capai jualan sebulan sehingga RM 117 ribu dan untuk jumlah jualan setakat Januari – November 2019 telah mencapai sebanyak RM 900 ribu.

Bagi Puan Mashi, kejayaan NM Aircond Electrical & Cleaning Services hari ini, beliau dedikasikan kepada team beliau yang tidak pernah meninggalkan syarikatnya ketika diri dan bisnesnya berada pada tahap lekuk terbawah.

Alhamdulillah. Kami Team RichWorks mendoakan agar niat murni Puan Mashi dan Tuan Nik Nazri dimakbulkan.

Berapa ramai di antara anda yang terinspirasi dengan perkongsian Puan Mashi? Anda kenal sesiapa di luar sana yang struggle dalam bisnes, pernah dipandang rendah dan ada nasib yang sama seperti Puan Mashi? Ajak mereka tonton video ini sekarang.

#TeamRichWorks
#ResultMatters
#ICMDesaru2019

Ads

One comment

  • Suraini binti shahbudin
    Suraini binti shahbudin
    Reply

    How to join??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>