
Tarikh 3 hingga 5 Julai 2019 adalah tarikh di mana Program Boost Your Online Business atau lebih dikenali sebagai BOSS bakal dianjurkan buat kali pertama untuk peserta program RichWorks terutamanya peserta Super Supreme dari Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang mendaftar ke program ini.
Program yang memberi fokus kepada jualan selepas Hari Raya Aidilfitri ini dianjurkan supaya semua usahawan dan founder tidak terus ‘tidur nyenyak’ dalam bisnes mereka selepas seronok mengira duit ketika Hari Raya.
Kami tahu sales ketika Raya memang akan naik mencanak dan berkali-kali ganda, tapi harus diingatkan, sebagai usahawan, anda tidak boleh menarik nafas lega dan berfikir kononnya sales yang dapat ketika hari Raya dapat membantu untuk ‘survive’ ke bulan-bulan seterusnya.
Program yang turut mengutamakan bisnes online ini diadakan bagi membantu Titans untuk menginjak dan meningkatkan sales mereka dalam bisnes online yang masing-masing mempunyai platform media sosial sendiri. Tipulah kalau usahawan ketika ini tidak mempunyai media sosial masing-masing untuk menjual produk dan perkhidmatan. Betul betul?
Sepanjang 3 hari program ini, beberapa topik penting disentuh antaranya Facebook Content Marketing seperti Post Types: Photo, Video, Carousel, Slideshow, Instant Experience; Copywriting untuk website, Instagram Marketing, Whatsapp Marketing dan sebagainya. Setiap dari topik yang bakal diajar ini mempunyai cara dan kaedahnya yang tersediri yang mana ianya perlu diajar sedetails detailsnya.
Kami percaya dengan input yang diberi semasa program ini berlangsung, ianya dapat membantu mereka mengecapi dan meningkatkan sales berkali-kali ganda sekaligus tidak menjadi ‘katak di bawah tempurung’ yang tidak tahu menahu tentang ‘dunia’ bisnes online ini.
Apa yang paling penting mereka tidak jemu untuk menuntut ilmu dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa online.