Ads

Memetik kata Richard Branson, usahawan penerbangan terkenal di England,

“Pelanggan bukan yang utama,pekerja adalah yang utama, kalau anda jaga pekerja, pekerja anda akan jaga klien atau pelanggan anda”.

Selalu kita dengar customer first, customer always right di rata-rata tempat tapi berbeza dengan apa yang Richard Branson praktikkan. Tahukah anda company beliau, syarikat penerbangan Virgin Atlantic tidak mengehadkan cuti tahunan untuk pekerja dan mereka tidak perlu untuk hadir ke pejabat setiap hari.

Strategi ini bertujuan agar pekerja beliau lebih kreatif, produktif dan bersemangat untuk melakukan pekerjaan mereka di mana sahaja mereka berada dengan syarat ketidakhadiran mereka tidak akan memberi kesan kepada pasukan dan pekerja perlu sentiasa update dengan task terkini.

Namun begitu, sesetengah majikan sering memperhambakan pekerja mereka. Malah ada yang berfikiran “kerah selagi boleh, aku dah bayar dia kot?”.

Betul ke pemikiran begitu? Jom kita bezakan bagaimana seorang leader dan seorang boss berfikir!

  • Boss “aku tahu semua” tapi leader sentiasa ingin belajar

Seorang leader atau pemimpin sentiasa mahu mendalami masalah pekerja dalam setiap task yang diberikan namun boss tidak mahu mendengar masalah pekerja dan hanya mahu tahu the job is done.

  • Boss hanya kritik tapi leader sentiasa beri galakan

Kritikan lebih menjatuhkan semangat pekerja namun galakan akan menaikkan semangat pekerja untuk lebih memajukan syarikat.

  • Boss beri jawapan tapi leader sama-sama cari solution

Kadangkala anda stuck bagaimana nak achieve apa yang boss anda mahu dan bila anda refer boss anda, jawapan mereka terlalu awam dan tak mendalam. Berbanding leader, mereka akan sama-sama bantu anda step by step bagi mencapai hasil yang dikehendaki.

  • Boss ungkapkan kelemahan tapi leader ucapkan kelebihan

Apabila mesyuarat, boss akan lebih melulu mengesahkan gol tidak tercapai disebabkan kelemahan anda tapi berbeza dengan leader, mereka akan mengucapkan kelebihan dahulu berbanding kelemahan setelah menganalisis sesuatu task.

  • Boss hanya tahu nak sales gempak tapi leader memberi inspirasi kepada prestasi anda!

Leader akan credit  jika task anda cemerlang bagi menghasilkan rasa dihargai di hati pekerja. Namun, boss hanya mahukan income banyak kepada company tanpa bermain dengan psikologi pekerja.

Jadi sebagai kesimpulannya, anda sendiri ukur diri anda, adakah anda seorang boss atau seorang leader? Perbaiki cara yang betul untuk anda menjadi seorang leader yang dihormati dan juga disayangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>