
BEKAS POLIS BANTUAN INI AKHIRNYA ADA DRIVING ACADEMY SENDIRI
Hidup zaman sekarang ni, dengan gaji RM900 sebulan, bukan mudah nak penuhi segala keperluan. Jangan kan nak bermewah, nak penuhi keperluan asas pun tak tentu cukup lagi. Ada harapan, tengah bulan nanti poket kosong dan sakit nak menunggu gaji seterusnya.
Inilah antara sebab Tuan Husnil Mah, Founder kepada Sekolah Memandu – Cikgu Manis Sdn Bhd yang terletak di Kuching, Sarawak mula menceburkan diri dalam bisnes. Beliau yakin, bisnes dapat bantu dia selesaikan masalah kesempitan hidupnya yang bekerja sebagai Polis Bantuan.
5 tahun lepas dia mula berbisnes secara sambilan, hajat hatinya, nak berniaga supaya dapat bantu tingkatkan ekonomi sendiri dan perbaiki kehidupan sehingga sanggup buat 7 bisnes serentak dalam 1 masa sehingga tak ada masa langsung untuk keluarga sendiri.
Malangnya, walaupun dah banyak bisnes, tapi dia tetap tak ada duit yang cukup. Masih terpaksa pinjam duit ibu dan adik beradik.
Sehinggalah dia hadir ke program-program RichWorks bermula dari akhir tahun 2018. Masa tu dia mula sedar, bisnes perlu ada matlamat dan perlu ada sebab dan BIG WHY kenapa perlu berusaha untuk memastikan bisnes terus berkembang dengan baik.
Apa yang lebih penting dia dah semakin faham bahawa untuk berjaya dalam bisnes dia perlu menjayakan orang lain dan membantu seramainya insan dengan bisnesnya. Berkat gigih menuntut ilmu, bisnesnya kini berkembang berkali ganda dengan sangat cepat. Kalau sebelum ini jualannya hanya setakat RM90,000 setahun tapi Alhamdulillah, kini sepanjang tahun 2018, salesnya meningkat ke RM630,000 setahun! Nampak tak peningkatannya?
Dan terkini, sehingga bulan Mac 2019 jualannya dah mencecah RM360,000! Dan beliau juga dah ada 12 orang key leaders dan 60 orang agen.
Apa yang dia suka bila hadir ke Program RichWorks ialah ‘Circle’ di kalangan usahawan yang sangat menyokong dan sangat positif. Di samping ilmu-ilmu dari Dr Azizan Osman yang tak pernah putus-putus dan sangat bermanfaat.

Tak guna juga ada banyak-banyak bisnes tapi, sales seciput je…
Apa yang dapat hanyalah penat. Sedangkan kalau fokus kepada 1 bisnes sahaja, dan dibuat dengan betul InsyaAllah dapat dibesarkan berkali ganda dan dalam masa yang singkat.