
Siapa sangka, dari minat dan hobi saja dah boleh buat bisnes sendiri. Itulah yang dilakukan oleh Puan Aimi Zawiyah selepas tamat belajar dalam Diploma in Business Studies di UiTM. Pada awalnya, beliau hanyalah seorang suri rumah yang hanya buat part-time make up.
Puan Aimi sendiri pernah cuba untuk berniaga macam macam sejak bergelar seorang pelajar di universiti lagi. Cuma, ada terlalu banyak yang beliau cuba niagakan termasuklah tudung, pakaian, kosmetik dan banyak lagi.

Beliau mula serius dalam bisnes apabila pada tahun 2012, beliau suka bisnes kosmetik dan studio gambar. Walaupun mempunyai diploma dalam pengajian perniagaan, beliau masih lagi tidak mempunyai ilmu bisnes yang sebenar dan tepat.
Malangnya, bisnes yang dibina bersama-sama suami melingkup disebabkan silap memilih cara untuk meraih dana dan modal untuk bisnes. Tidak lama lepas tu beliau cuba untuk menjual berbagai-bagai produk asalkan dapat jana wang. Beliau dan suami terpaksa tahan perut kerana tak mampu nak beli makanan walaupun seketul roti.
Perkenalan Puan Aimi bersama RichWorks bermula dengan mengenali Dr Azizan Osman. Demi nak cari ilmu, beliau mula menghadiri ke kelas-kelas dan program yang dianjurkan oleh RichWorks. Tapi, beliau tetap tak percaya bahawa bisnes sememangnya memerlukan mentor.
Bila Puan Aimi set semula mindset dan sedar yang berbisnes kena ada mentor, beliau akur dan terus belajar dari program RichWorks. Tak lama selepas itu, beliau membuat keputusan untuk sertai SPIRE. Bisnesnya, Amaniz Makeup Academy yang hanya mencapai jualan RM1,800 sebulan melonjak hingga RM20,000 sebulan. Bukan setakat jualan, team Puan Aimi bertambah termasuklah peserta akademinya meningkat dari 4 orang sahaja kepada 50 orang.