
Pada 4 Mei 2019, satu program terbaharu RichWorks, Nak Ubah Hidup (NUH) telah dilancarkan dan disasarkan akan membantu lebih 10,000 hingga 15,000 orang yang betul-betul komited nak ubah hidup mereka.
Program khas yang direka sendiri oleh pengasas, Dr Azizan Osman ini menumpukan kepada blueprint hidup seseorang yang betul-betul nak buat duit dan bisnes dalam tempoh masa 5 hingga 10 tahun akan datang.
Menurut beliau, berdasarkan ekonomi yang mencabar, program ini diwujudkan bagi membantu lebih ramai orang dan juga usahawan untuk design hidup mereka ke arah yang lebih baik.
Jika 11 tahun lalu, RichWorks terkenal dengan program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang banyak membantu orang dalam setiap aspek kehidupan mereka, program Nak Ubah Hidup https://nakubahhidup.com/ ini adalah 10X ganda dari program IMKK yang dikatakan akan lebih memberikan impak yang luar biasa kepada masyarakat di luar sana.
Program yang akan berlangsung pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam ini memang sengaja dipilih dalam bulan kemerdekaan agar peserta yang hadir pada program ini merasai erti kemerdekaan yang sebenar yang mana melibatkan nak ubah hidup mereka.

Seperti yang diketahui ketika ini, kegawatan ekonomi, pembuangan pekerja dan bisnes yang merudum adalah antara punca kegawatan banyak poket-poket orang ramai di luar sana. Dan disebabkan ini jugalah banyak masalah lain berlaku. Akibatnya pula, memang teruk dan menyebabkan hidup seseorang itu terbeban.
Hutang makin melimpah, duit simpanan langsung tak ada, hidup pula semakin serabut dan nak lelap mata pun dah tak boleh. Apa yang lagi teruk, bila mereka ada masalah ini, mereka sedar tapi tak tahu nak buat apa-apa. Mereka buntu. Nak mula dari mana pun mereka tak tahu. Tersekat!
Dan disebabkan ini, kami di RichWorks bersama Founder kami, Dr Azizan Osman nak bantu lebih ramai orang. Kami sedar bahawa mereka boleh kuasai potensi diri dan bina kewangan dan bisnes, seterusnya ubah kehidupan. Kami ada formulanya dan ramai peserta telah kami bantu untuk ubah hidup mereka. Sampai bila nak terperangkap dengan masalah, cabaran kewangan dan beban hutang yang sama? Semua orang ada kisah masing-masing. Tapi yang hanya mengubah nasib seseorang itu adalah melalui TINDAKAN anda sendiri.
Nuh