
Ramai orang yang hadapi kesukaran dan kesusahan tersendiri bila berniaga. Tapi, ada orang yang alami kesusahan bukannya seorang peniaga atau usahawan dan mereka ni orang yang nak ubah hidup tapi tak tahu ke mana arah yang patut mereka tuju.
Ada sesetengah orang cakap “lahir dah memang susah, nak tak nak hidup jelah susah sampai bila bila…” ataupun “dia bolehlah, lahir lahir je dah senang…”
Apa yang mereka tak tahu, diri sendiri yang patut ubah nasib… Kalau tak, sampai bila nak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Takkanlah sikit pun tak terasa bila orang lain hidup senang dan boleh ubah hidup mereka dengan bisnes.

Pernah tak anda dengar ayat “Tuhan takkan ubah nasib suatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”. Jadi, kalau anda nak ubah hidup anda semuanya bermula dari diri anda sendiri. Bukannya pasangan, keluarga, jiran atau sedara mara…
Pada setiap hari Jumaat jam 8 pagi, kami akan bersiaran langsung untuk Talkshow Nak Ubah Hidup eksklusif di Facebook Group Nak Ubah Hidup. Daripada sesi Talkshow Nak Ubah Hidup ini, Tuan Radz akan mengupas apa kisah disebalik kejayaan usahawan yang telah berjaya ubah hidup. Impian kami nak berkongsi dan memberi inspirasi untuk ramai orang untuk nak ubah hidup.
Seperti baru-baru ini, tetamu jemputan untuk Talkshow Nak Ubah Hidup adalah bersama dengan Tuan Amran yang merupakan pemilik Dapur Penyet. Beliau menceritakan kisah bagaimana beliau memulakan bisnes dan ubah hidup yang susah kepada luar biasa.

Menurutnya lagi, memang susah nak senang ni. Tuan Amran berkongsi pengalaman beliau sebelum berniaga dan apa yang membuat beliau nak ubah hidup menjadi luar biasa. Cuma, apa yang membataskan Tuan Amran, beliau tidak ada ilmu tentang bisnes langsung sehinggalah beliau buat keputusan untuk menyertai program RichWorks. Kami nak ajak anda tonton Talkshow Nak Ubah Hidup setiap hari Jumaat, jam 8 pagi di Facebook Group Nak Ubah Hidup bersama Tuan Radz dan tetamu jemputan yang berbeza setiap minggu.