Ads

Memegang kata azimat pepatah Melayu, ‘Menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China’, tanpa seorang pendidik mungkin kita tiada panduan hidup yang betul. Ilmu boleh digali di mana-mana kerana setiap hari kita perlu belajar dan gunakan ilmu tersebut untuk kehidupan.

Rentetan itu, hal ini sama juga dalam perniagaan. Anda memerlukan ‘business coach’ untuk mengembangkan ilmu perniagaan sekaligus meraih kejayaan dalam perniagaan anda.

Apa itu ‘business coach’? ‘Business coach’ adalah MENTOR DALAM PERNIAGAAN ANDA. Pemilihan mentor yang TEPAT dan BERMANFAAT adalah penting dalam perniagaan anda. Dalam perniagaan memerlukan pelaburan tetapi pastikan pelaburan anda tidak sia -sia!

3 faktor pelaburan kepada ‘business coach’ yang menjamin masa depan anda:

1- Belajar dari ‘unbiased viewpoints’ dan keluar dari ‘comfort zone’

Apabila anda ada seorang ‘business coach’ untuk bantu perniagaan anda, mereka akan melihat dan memberikan pandangan yang terhadap perniagaan anda secara unbiased viewpoints.

Unbiased viewpoints adalah pendapat yang adil dan berilmu dari mentor anda. Apakah kekurangan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memajukan perniagaan anda. Perniagaan anda tidak boleh berpegang kepada seperti ‘katak di bawah tempurung’ yang tidak mahu melihat pandangan dari orang yang berilmu dan mampu guide perniagaan anda.

Berdasarkan pandangan tersebut, anda perlu perbaiki kelemahan diri dan kesilapan yang pernah dilakukan dalam perniagaan anda. Anda tidak boleh merasa selesa dengan kejayaan yang sedia ada. ‘Business coach’ akan membawa anda keluar dari ‘comfort zone’ atau zon selesa anda sekaligus memberikan anda peluang untuk mencuba benda baru. Hal ini dapat memberi peluang kepada anda untuk menggalikan dan mencuba pengalaman baru untuk membuatkan perniagaan anda lebih eksklusif.

2- Tambah ‘networking’ baru & bersemangat terhadap tanggungjawab

‘Business coach’ akan memberi guide untuk menambah networking baru dalam perniagaan anda. ‘Networking’ adalah antara perkara penting dalam perniagaan. Tanpa ‘networking’, mungkin perniagaan anda adalah zero. Networking ini mempunyai banyak cabang dan meluas. Untuk membawa perniagaan anda kepada level yang meluas ke seluruh dunia, ‘ networking’ sangat penting untuk perniagaan anda.

Apabila ‘networking’ anda bertambah, maka tanggungjawab anda juga akan bertambah. ‘Business coach’ akan memberikan guide untuk mengendalikan hal – hal berkaitan tanggungjawab terhadap perniagaan anda. Untuk melaksanakan segala tanggungjawab tersebut, anda perlukan semangat yang kuat dari segi mental dan fizikal. Mungkin anda pernah berasa ‘down’ dengan perniagaan anda sebelum ini, ‘business coach’ atau mentor anda akan memberikan motivasi yang sangat-sangat penting untuk anda terus bersemangat dengan tanggungjawab anda. Nampak sangat remeh tapi sebenarnya anda akan sedari mentor anda sangat penting untuk kuatkan semangat anda.

3- ‘Personal & business goal’ selari & ‘constructive criticism’

Anda ada ‘personal & business goal’ anda sendiri bukan? Segala pencapaian yang anda ingin laksanakan perlu mendapatkan guide daripada ‘business coach’. Mereka akan memberikan jalan dan landasan ke mana anda perlu laksanakan untuk mencapai ‘personal & business goal’ anda. Tanpa ilmu yang secukupnya, mungkin anda tidak dapat mencapai ‘personal & business goal’ yang anda impi-impikan.

Apa itu ‘constructive criticism’? Constructive criticism adalah kritikan membina yang perlu anda dapatkan daripada seorang mentor yang tepat dan betul. Perjalanan perniagaan anda akan ada pasang surut yang tidak dapat anda jangka kan. Hal ini mungkin akan menimbulkan kebuntuan untuk anda menangani masalah tersebut. ‘Business coach’ akan memberikan ‘constructive criticism’ atau kritikan membina tentang pro’s dan con’s dalam perniagaan anda. Anda dapat bertindak dengan betul untuk membuat segala penambahbaikan dalam perniagaan anda apabila anda dapat ilmu dari orang yang betul.

Adakah anda masih mahu duduk dalam circle yang sama dan tak mahu kan perubahan? Fikirkan masa depan anda dan melabur lah untuk ‘business coach’ atau mentor dalam perniagaan anda. Ini pelaburan yang sangat bermanfaat untuk diri dan perniagaan anda. Kalau anda tak melakukan perubahan dan masih dalam level yang sama, jangan expect rezeki jatuh dari langit terus depan mata anda. Renungkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>