
‘Pesta cahaya’ dah pun disambut pada Isnin lalu. Tarikh Deepavali 6 November 2018 menjadi tarikh keramat yang disambut dengan meriahnya oleh kaum India seakan suatu ‘cahaya’ yang datang sempena sambutan Deepavali tersebut.
Mungkin ramai yang kurang ambil tahu maksud perkataan ‘Deepavali’. Perkataan Tamil ‘Deepavali’ merupakan kombinasi dua perkataan iaitu ‘Deepam’ membawa maksud ‘Cahaya’ atau ‘Lampu’ manakala ‘Vali’ bermaksud ‘Arah’ atau ‘Jalan’. Maksud kasarnya, ia menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya.
Perayaan ini disambut penganut Hindu umpama memberi suntikan semangat kepada masyarakat India. Maksud tersirat di sebalik perayaan ini adalah untuk menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan spiritual atau rohani.
Begitu juga apa yang ditekankan oleh Dr Azizan Osman yang mana beliau turut memberi bimbingan kepada anak didiknya untuk sentiasa berfikiran positif dan menangkis segala biawak-biawak jahat dalam diri. Barulah diri sendiri akan lebih banyak ‘menghidu’ dan ‘menjala’ kejayaan di masa hadapan.
Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. Cahaya atau pelita menjadi simbol kepada perayaan Deepavali. Masyarakat India memberi keutamaan kepada cahaya yang menjadi simbol kemurnian serta kemakmuran. Juga sebagai simbol kemenangan kebenaran ke atas kejahilan. Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.
Deepavali sudah mula disambut sejak sebelum zaman kolonial lagi di negara kita. Ia dirayakan oleh sebilangan besar orang India yang dibawa ke Malaya waktu itu.
Bagaimanapun, perayaan ini dikatakan disambut lebih awal dari era kolonial kerana orang India sudah pun sampai ke negara ini atas urusan perniagaan. Haa..nampaknya sejak dari dulu lagi urusan perniagaan telah pun wujud.
Mungkin ada di antara kita ada yang suka dan ada yang tak suka untuk memulakan perniagaan. Terpulanglah pada diri sendiri sama ada mahu berniaga atau pun tidak. Mungkin ada yang selesa bekerja makan gaji.
Pernah tak anda terfikir untuk merasakan seperti anda menyambut perayaan hari-hari dalam bisnes? Bagaimana nak rasa hari-hari ‘Hari Raya’ dalam berbisnes?
1. Ubah hidup dari yang biasa ke luar biasa
- Jika mahu bisnes sentiasa berkembang dan maju, ubah diri sendiri dan mindset anda. Kemudian teraju sebetulnya bisnes yang sedang dijalankan itu.
- Hilangkan ‘biawak’ hidup dalam diri supaya anda
2. Bersyukur dengan apa yang ada
- Jangan merungut, pastikan bisnes anda sentiasa berada pada jalan yang tepat.
3. Luangkan masa dengan keluarga
- Atur masa, jangan asyik bekerja sampai semuanya terabai
4. Jangan ego
- Jatuhkan ego, rendahkan diri dan sentiasa berfikiran positif
5. Teraju perniagaan dengan baik
- Plan apa yang nak buat dengan bisnes supaya anda lebih kaya dan berjaya!
Apa pun, harus peka terhadap situasi semasa dan mengamalkan kesederhanaan dalam sebarang tindakan. Jika ada semua ciri-ciri ini, anda pasti akan menyambut hari-hari seperti hari perayaan. Tak percaya? Cuba dulu!