Ads

Wow, hebatnya orang ni… Dialah founder, dialah bisnes owner, dialah CEO… Tapi tak tahu pun dia buat produk apa, jual produk apa. Tak buat marketing ke?

Haaa… Takkanlah anda sanggup nak dengar orang cakap macam ni tentang bisnes anda kot! Come on, dah tahun 2020 takkanlah masih nak letak bisnes anda pada tahap yang sama dan biasa-biasa je? Lebih-lebih kalau sampai sekarang orang “tak nampak” apa bisnes anda.

Inilah yang ramai orang tersilap bila bercakap tentang marketing. Mungkin ada usahawan berkeras dan bermati-matian dah berhempas pulas buat marketing, tapi hakikatnya orang masih tak nampak produk atau servis yang dijalankan. 

Ramai sangat orang sentiasa fikir buka booth adalah option pertama sebagai marketing. Adakah anda tahu apa tujuan sebenar anda buka booth? Atau pun masih ada usahawan yang mengamalkan konsep ‘dari pintu ke pintu’ dan anggap itu cara marketing paling terbaik?

Inilah beberapa tanggapan yang salah tentang marketing patut anda tahu. Sebelum anda baca sampai habis, pastikan anda share dan manfaatkan ilmu ni kepada rakan bisnes yang lain.

Tanggapan 1 – Buka booth dapat buat sales banyak

Tidak dinafikan, buka booth adalah salah satu cara yang berkesan dan sememangnya ramai usahawan gunakan cara ni. Tapi, kaedah ini adalah paling tepat untuk dapatkan database supaya boleh buat sales selepas buka booth untuk masa akan datang.

Tanggapan 2 – Buat posting hari ni, dapat sales hari ni juga

Ini tanggapan paling ramai orang buat. Ramai usahawan fikir hasil akan terus dapat segera padahal baru sekali je buat posting. Sedangkan, marketing perlu konsisten, buat secara kerap supaya orang boleh nampak dan mula suka dengan produk atau servis anda.

Tanggapan 3 – Nak pelanggan baru tapi jual produk mahal

Ini yang MenThor Dr Azizan Osman pernah tekankan kepada ramai usahawan. Nak menjual produk atau sales kepada pelanggan baru bukan terus menjual dengan harga yang mahal terus. Cuba fikirkan jika anda seorang pelanggan. Anda mesti nak diberi satu tawaran yang menarik seperti barang lagi murah atau percuma pada awal kan?

Tanggapan 4 – “Stok banyak” dikira bagus

Memang tak dinafikan, bagus kalau anda menjual dan ada stok yang banyak. Apa perkara yang betul, kalau sekadar stok banyak tapi tak pernah satu pun terjual, macam mana? Inilah sebabnya anda perlukan ilmu marketing.

Tanggapan 5 – Terlampau fokus kepada menjual

Sepatutnya anda mesti bina relationship dengan pelanggan dengan bantu mereka selesaikan masalah supaya ada long-term relationship dengan mereka. Ini cara paling bagus untuk bagi mereka suka dan ingat dengan produk anda.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>