
Dunia telah dikejutkan dengan kedatangan virus Corona atau lebih dikenali dengan Covid-19 yang telah meragut nyawa lebih ribuan orang di seluruh negara! Kewujudannya mula dihidu di negara China, Wuhan. Dan kini dengan cepatnya ia ‘merebak’ ke negara-negara lain termasuklah Malaysia.
Kini dah direkodkan 2 kematian di Malaysia, malah pihak Kerajaan sendiri perintahkan semua rakyat untuk hanya stay di rumah sahaja untuk buat kerja (Perintah Kawalan Bergerak mulai 18 March 2020 hingga 31 March 2020).
Tak mudah sebenarnya untuk semua orang hanya duduk di rumah dan apa yang memberi kesan kepada pihak RichWorks adalah kami yang akan menjalankan seminar Zero To Million (ZTM) pada 13 March hingga 15 March 2020 yang lalu terpaksa membatalkan live event dan lakukan secara online.
Dan Alhamdulilah, kami berjaya breakthrough bersama anda. Usaha MenThor Dr Azizan Osman dan Team RichWorks membuahkan hasil yang jujur kami sendiri tak sangka.
Seminar Online Zero To Million pecah rekod bila jumlah tontonan mencecah hampir 3,000 peserta yang menonton dari hari pertama hingga tamat program 3-hari ini.
Kami amat terharu dengan komitmen yang anda berikan. Ada yang bersiap seperti nak ke event meskipun hanya tonton online di bilik hotel sahaja. Ada yang dah pun touch down di Kuala Lumpur tapi tak dapat nak teruskan program live seminar ini.
Tidak kurang ada yang sangat bersyukur, mereka gambarkan diri mereka ahli Titanium kerana dapat bertentang mata dengan MenThor kesayangan walaupun terpisah di alam maya. Macam sesi One-on-One kata mereka.
Kami di RichWorks juga meraikan komitmen dan keinginan anda untuk berjaya dengan mengalir air mata di pejabat kami di Seksyen 13 ini. Sepanjang program kami sangat terharu dan bangga dengan pengorbanan anda untuk menuntut ilmu walau apa pun cara. Jadi pastikan anda sentiasa high energy. Ini satu moment yang kami pasti tak dapat lupakan.

“Jika saya ada pilihan, saya pastinya lebih suka mengajar di atas stage yang luas bebas dan dalam dewan bersama anda beribu orang dalam hall yang besar dan bukan diruang kecil sempit tidak boleh bergerak ini!
Dah 2-hari saya lead this Zoominar online training bersama beribu peserta walaupun kelas sepatutnya di dalam dewan IDCC Shah Alam yang sudah disiapkan set up untuk menerima mereka, tetapi kami akur dengan panduan cadangan dan saranan pihak Kementerian Kesihatan agar tidak berhimpun beramai-ramai…
Namun program tidak dibatalkan tetapi kami tukar kepada pembelajaran secara intensif melalui online…Dan setakat ini komen yang kami dapat ialah – Bestnya belajar melalui online, lebih fokus, lebih intensif dan rasa macam berdepan 1 on 1 dengan saya! Of course best! Kami dah buat dengan Titan dah bertahun-tahun dah… Ini zaman digital… korang mengadap phone pun boleh layan lama…
Begitulah kehidupan, kita mesti bersedia berubah dan adapt kepada perubahan… Jika tidak? You akan ketinggalan sis! Peserta kami hampir 3,000 orang dan kami sanggup tanggung kos serta kerugian dah set up dewan semua tapi kami tidak akan merisikokan anak didik kami….
Kita belajar hari terakhir hari ini Insha Allah dan akan diteruskan dengan bonus session… u all akan capai your 1st million faster Insha Allah!” – Dr Azizan Osman
Setiap masalah bukan halangan tapi cabaran dan peluang untuk capai kejayaan. Seminar Online Zero To Million tetap diteruskan secara virtual dan seluruh warga RichWorks sentiasa komited dan high energy nak beri yang terbaik untuk anda semua.
Team RichWorks bertungkus-lumus untuk memastikan kesempurnaan setiap aspek dari segi speaker, audio, visual dan macam-macam lagi persediaan seperti di live seminar sebenar.
Tak mudah tapi kami lakukan semua ini demi memastikan setiap ilmu boleh disampaikan dengan baik kepada anda.
MenThor Dr Azizan Osman pernah cakap, bila kita katakan “YES”, ia bantu kita untuk capai kejayaan kita. Nasib tak menentukan kejayaan seseorang. Sebenarnya yang dikatakan nasib itu adalah anda sendiri meletakkan diri anda dalam keadaan bernasib baik.
Nak berjaya anda sendiri mesti letakkan diri anda dalam keadaan yang boleh menjadikan anda mudah untuk capai kejayaan, jadi multimillion.
Jadi kepada korang yang betul nak capai kejayaan, jangan lupa untuk join ZTM secara online ni. Anda hanya perlu klik link www.richworks.com/wasap untuk kami bantu anda!