
Anda telah pun hadir ke Program Nak Ubah Hidup 2020 pada 25-27 Januari 2020 di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam.
Melihat setiap daripada anda yang datang buatkan kami – Team RichWorks lebih bersemangat untuk bantu anda semua. Mana tidaknya, ada yang terpaksa korban cuti, tinggalkan keluarga, travel jauh dari serata pelusuk Malaysia dan terbang dari jauh bagi peserta Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia demi nak ubah hidup.
Apakah moment paling bermakna bagi anda sepanjang Program NUH ini? Adakah anda suka dengan hadiah Kit Kat, Goldina dan MenThor yang kami hadiahkan khas untuk anda? Pastikan anda redeem hari ini untuk Goldina dan subscribe video-video Dr Azizan Osman di MenThor.
Kami sangat serius nak bantu anda semua peserta yang hadir Program NUH 2020. Dan, kami faham setiap perubahan ke arah hasil terbaik dan lebih berjaya bukan dalam tempoh yang singkat. Tapi jika anda tak bertindak hari ini, bagaimana anda boleh lihat hasilnya pada masa hadapan.
Kami ingin kongsikan satu kisah kejayaan ahli Titanium RichWorks yang 10 tahun berbisnes tapi hasilnya tetap sama. Apa ceritanya? Di mana silapnya?
Sebelum jadi usahawan berjaya, Irah Shukri, CEO Irah Shukri Global Sdn Bhd mula berniaga jual kain pasang pada tahun 2008 di Pasar Siti Khadijah yang rata-rata ada dalam 700 bisnes lebih kurang sama dengan beliau. Banyak tu!
Menurut Irah Shukri sendiri, beliau sangat rajin dan suka berniaga. Irah percaya rezeki bisnes boleh bantu keluarganya. Tapi masalahnya selama beberapa lama berniaga, hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Mana tidaknya, beliau kerja tunggang terbalik, pagi, petang, siang dan malam tapi hasilnya tetap sama.
Selama 10 tahun, Irah Shukri tetap struggle semata-mata nak dapatkan hasil dari bisnes kain pasangnya. Apa dan di mana entah silapnya hingga buat apa pun jualan tetap sama pada hujung tahun. Kata beliau, cemburu juga tengok orang lain buat bisnes menjadi, tapi diri sendiri ke laut.
Kalau dah 10 tahun struggle, kali ini Irah tak fikir panjang. Katanya nak gunakan ‘jalan pintas’ sebab tak nak buang masa lagi. Itu yang membuatkan Irah tak menyesal dan sangat yakin buat keputusan untuk ke program RichWorks.
Irah juga meluahkan rasa kesal sebab tidak tahu tentang RichWorks dan Dr Azizan Osman sejak dulu lagi. Kata Irah, “Kalaulah aku tahu lebih awal tentang RichWorks ni, mesti aku takkan buang masa 10 tahun macam tu saja…” Namun, Irah redha.
Starting point yang menyebabkan Irah Shukri buka mata untuk hadir ke program RichWorks ialah beliau tonton sesi live bersama Halimah Muda, pemilik Fesyen Nor Idaman. Halimah ialah seorang usahawan yang tak tahu membaca mahupun menulis.
Dari situ, Irah sedar yang usahawan yang tak berpendidikan tinggi pun boleh buat bisnes sampai jualan berjuta-juta… Kenapa tidak dirinya sendiri? Sejak tu, Irah terus buat keputusan untuk ke program RichWorks iaitu Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) demi perbetulkan apa yang silap tentang bisnesnya.
Bagi Irah sendiri, datang ke Program MMM bukan setakat nak belajar dengan MenThor Dr Azizan Osman tapi Irah hanya percaya dengan ‘Trust the process’ dan praktikkan segala ilmu. Irah percaya program RichWorks sedikit sebanyak dapat membantunya.
Selepas hadir ke MMM, banyak perubahan yang berlaku. Apa yang berubah dalam hidup Irah, bisnesnya bukan hanya sekadar berpindah dari Pasar Siti Khadijah, sekarang sudah ada pejabat sendiri, butik sendiri dan staf yang semakin ramai sehingga jualannya bukan saja mencapai RM1 juta malah lebih daripada itu. Tahun lepas, jualannya meningkat 149.52%, daripada RM900 ribu pada 2018 kepada RM2.6 juta pada 2019.
Ambil masa dan tonton video perkongsian daripada Irah Sukri ini sekarang.
Anda dah daftar ke Program Millionaire Marketing Mastery semasa Program NUH? Tahniah! Anda sangat serius tentang perubahan hidup lebih baik pada masa depan.
Bagi anda yang belum sempat atau masih berfikir-fikir nak buat tindakan semasa program, HARI INI peluang masih dibuka untuk anda. Jangan terlepas lagi!
Anda boleh Call atau WhatsApp Team RichWorks sekarang untuk dapatkan info lanjut tentang Program MMM.
Encik Syazwan – 0106603450
Puan Mirza – 0162296679
Encik Azmani – 0162614435
Encik Safwan – 0162614226
Keputusan tanpa tindakan hanya sia-sia. Jumpa anda di Program Millionaire Marketing Mastery!
Salam Kejayaan,
Team RichWorks