Ads

Nak mulakan memang senang, sangat senang. Tapi, bukan semua orang boleh habiskan apa yang dimulakan. Sama jelah macam bisnes pun… Mula-mula je semangat dan beria nak buat, tapi tak mampu nak habiskan terus apa yang mereka mulakan. Sayang je…

Cer baca jap kisah Tuan Hasbullah Awang dan isterinya, Puan Nuriah yang merupakan pengasas bagi Hasnuri Sdn Bhd ni. Bagi mereka, Hasnuri ni dah macam anak kesayangan yang mereka besarkan dari ‘kecil’ hingga ‘dewasa’. Daripada segala bentuk kesusahan yang mereka lalui, kini Hasnuri dah dapat tempat di hati si pemakai.

Pada mulanya, pasangan ni bukanlah lahir dari bidang fesyen. Tuan Hasbullah ni dulu ustaz kat sekolah je, Puan Nuriah pula pembantu akaun. Ketika kali pertama mereka hadir program RichWorks, bisnes mereka di ambang menggulung tikar kerana bagi mereka, syarikat itu tak mampu bertahan lagi di pasaran.

Ada satu perkara je yang mereka buat dari dulu sehingga sekarang, iaitu FOKUS. Sejak itu, Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah bertungkus lumus untuk menyelamatkan ‘anak kesayangan’ mereka. Dulu, mereka hanya mengharapkan event-event kecil dan besar untuk pasarkan produk. Bila dah ada ilmu, mereka tahu cara lain untuk pasarkan produk. Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah dah boleh menghela nafas lega apabila Hasnuri Sdn Bhd membesar semakin baik.

Sehingga kini, bisnes mereka yang hampir gulung tikar mendapat jualan sehingga mencecah RM4 juta setahun. Bayangkanlah betapa bagusnya perubahan, peningkatan dan perkembangan bisnesnya dari tahun ke tahun. Tonton video ini sekarang untuk dengarkan perkongsian mereka.

Anda terinspirasi dengan peningkatan Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah lakukan? Berapa ramai antara anda yang mengalami situasi seperti kisah tadi dan nak lonjakkan dan kembangkan bisnes sehingga 10X ganda? Untuk USAHAWAN yang komited, ini peluang terbaik untuk anda.

Cuba anda fikirkan semula, adakah anda nakkan…

10% peningkatan dalam masa setahun atau 10X ganda peningkatan dalam masa 3 bulan?

Kalau anda memilih untuk 10X ganda peningkatan dalam masa 3 bulan, mulakan langkah anda di www.richworks.com/10xgrowth. Kalau tak mulakan langkah sekarang, mana nak dapat 10X tu…

#TeamRichWorks
#10XGrowYourBusiness

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>