
Manusia bila dah ada duit banyak, mulalah syaitan berbisik-bisik di telinga. Mula berubah tak macam masa mula-mula kita kenal dia dulu. Leka, alpa, lupa diri! Bila ada duit terus tak ingat kawan-kawan lama, keluarga dan sesiapa sahaja yang pernah mengenali diri. 18 tahun bisnes untung juta, tapi rugi juga berjuta.
Ini pengakuan jujur dari Tuan Muhammad Nazrul Nazaruddin dari Nas Great Idea Sdn Bhd, seorang yang terkenal sebagai wedding planner tersohor di kalangan VVIP dan selebriti ini tak terkecuali dengan sikap ‘lupa diri’ yang dialaminya suatu ketika dahulu.
Malah sikap buruk ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada dirinya.

“Beberapa bulan sebelum saya drop teruk, saya joli. Terasa hebat hidup. Buat event gila-gila. Dapat duit sangat banyak. Ada satu hari ayah di kampung pernah call untuk minta duit belanja hanya RM2,000 tapi sebab saya terpisah dengan arwah ayah sejak kecil jadi membuatkan saya tak nak bantu dia. Masa tu saya di Bali. Balik je dari Bali, saya dapat panggilan telefon yang ayah dah pergi disebabkan heart attack. Itulah panggilan terakhir arwah ayah,” jelasnya sebak.
Bayangkan kalau kita berada dalam situasi macam ni. Ayah yang sangat mengharapkan bantuan ketika itu, tak dapat satu sen pun dari anaknya. Tambah memeritkan bila hanya perkhabaran berita sedih sahaja yang kita dapat. Allahuakbar!
“Apa yang membuatkan saya sangat terkilan adalah saya tak dapat bagi dia walau 10 sen pun dan disebabkan kejadian ni saya jadi lost dan tercari-cari apa yang saya perlu saya buat dalam hidup.”
Pada 2016, Tuan Nazrul atau lebih dikenali sebagai Nas Great Idea datang ke program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK – program ini telah tiada), hari yang dia tak dapat lupakan.
Terasa dirinya sangat bodoh bila selama 3 hari dia di program ini. Tiket percuma dari rakan Titannya yang pernah dia bantu dulu, dan kini rakannya pula yang membantu dia telah membuka matanya untuk membersihkan kolam jiwa serta keadaan bisnesnya yang terumbang ambing ketika itu.
“Saya datang ke IMKK dan terus sign-up ke program marketing – Millionaire Marketing Mastery (MMM). Dr Azizan Osman ajar macam-macam pada saya. Ada 272 kaedah marketing, tapi saya buat satu benda ja.
Saya buat seminar – Yes! Lahirnya Intensive Weddings, Thoughts and Actions (IWTA) hanya dalam masa 10 hari selepas MMM. Saya nekad buat. Saya bantu orang yang macam saya, pada mereka yang ada ayah. Saya nak dia bantu ayah dia sebab saya tak dapat bantu ayah saya dan saya nak bantu lebih ramai ayah-ayah di luar sana.”

Alhamdulilah, pejam celik pejam celik dah masuk tahun kelima Tuan Nazrul buat training di luar bandar dan dalam bandar untuk bantu orang uruskan majlis perkahwinan sebaiknya. Malah hasil dari bantuannya ini, hidup mereka dah berubah dan pencapaian mereka sangat awesome.
Daripada hidup berhutang, dalam masa 7 bulan sahaja sales dia dah mencecah RM1.7 juta. Alhamdulilah!

Bekas engineer ini juga berasa sangat syukur kerana kini dia dah berada dalam circle Titanium.
“Bila masuk dan berada dalam Titan sendiri, it’s feel great. Alhamdulilah selepas berada dalam circle ini saya dapat merasakan yang saya lebih selesa dan sangat berbeza. Team pun semakin baik. Hidup semakin teratur. Pengalaman macam ni. Rasa macam hidup balik.”
“Dulu ada team 105 orang tapi hidup macam kuli, kita yang kejut bangunkan staff di rumah-rumah mereka. Tapi sejak menuntut ilmu dengan Dr Azizan, team saya dah ada 12 orang menyamai pendapatan sewaktu ada 105 staff.”

Best kan kalau hidup tenang, rasa bahagia…walaupun peristiwa sedih berlaku, tapi hidup mesti diteruskan. Dr Azizan pernah berpesan, sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Apa sahaja bisnes yang kita buat, pastikan kita boleh tolong orang lain juga.
Korang nak tak kami bimbing korang dalam bisnes untuk berikan manfaat pada orang lain? Kalau nak, jom klik www.richworks.com/wasap sekarang. Sama-sama bantu orang yang memerlukan. Besar nikmatnya nanti. InshaAllah.
#ResultMatters
#ResultIAmATitan