Ads

Kami yakin semua usahawan ada cerita mereka sendiri dan ada cabaran yang mereka lalui. Pasti anda juga tidak terkecuali. Sama juga dengan seorang wanita ini yang begitu tabah dan kuat dalam mengharungi beribu dugaan dalam hidup dan bisnes.

Kalau dulu orang sekeliling label wanita ini sebagai ‘Orang Miskin’ sampaikan beliau terpaksa catu makanan harian bersama adik-adiknya. Tapi kini? Bisnes wanita ini dah mula mendapat perhatian dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan pelabur dari luar negara.

Semuanya bermula sejak 11 tahun lalu. Puan Nur Deyyana Awalluddin, pemilik Restoran Indah Permai yang beroperasi di Klang, Selangor bertanggungjawab meneruskan bisnes legasi milik keluarganya. Beliau merupakan generasi ke-3 yang mengambil alih perniagaan ini selepas ketiadaan arwah ayahnya.

Selama 11 tahun beliau run bisnes ni tetapi sepanjang 10 tahun beliau berniaga dengan pelbagai kesilapan dalam bisnes. 

Baru tahun ni saya berniaga dengan ada pengurusan akaun yang betul. 10 tahun sebelum ni saya hanya sekadar berniaga je…janji ada duit.”

Kehilangan ayah tercinta menjadi satu titik tolak dalam hidup Puan Nur Deyyana. Arwah ayah beliau tinggalkan amanah besar untuk beliau mengambil alih tugas uruskan perniagaan dan bantu keluarganya.

Sebagai anak sulung, Puan Nur Deyyana bertanggungjawab membesarkan adik-beradiknya seramai 5 orang selepas ketiadaan ayah. Kerana mahu bantu adik-adik dan ibu, beliau nekad ambil keputusan berniaga di pasar malam.

Menurut Puan Nur Deyyana juga, beliau bersyukur adik-adiknya juga membesar dengan bantuan zakat dan ibunya juga menerima bantuan ibu tunggal. Sebab itu Puan Nur Deyyana percaya buat bisnes sebenarnya bukan sekadar nak untung, tetapi adalah untuk bantu lebih ramai orang dan kini beliau adalah antara individu yang membayar zakat secara konsisten dan juga patuh pada cukai.

Kalau dulu masa mula-mula ambil alih bisnes, beliau tiada ilmu dalam bisnes. Beliau rasa dengan bisnes legasi dah boleh buat banyak duit. Tak pernah beliau ambil berat ke mana perginya duit keluar (belanja) dan duit masuk (jualan) bisnes. Janji beliau tahu bisnes, mesti ada duit.

Tapi apa yang berlaku setelah beliau mula jaga dan urus akaun bisnes dengan betul? Beliau berjaya naikkan profil kewangan bisnes dan beliau berjaya lock job dengan Kerajaan Negeri Selangor. Apa maksudnya ni? Maknanya ada pihak yang yakin dengan bisnes beliau.

Hanya dengan jaga akaun bisnes sahaja, Puan Nur Deyyana baru-baru ini berjaya membeli sebuah kereta Honda untuk kegunaan keluarganya.

“Dulu saya hanya ada sebuah kereta uzur peninggalan arwah ayah dan ada kalanya saya terpaksa sewa kereta sebab saya tak tahu macam mana nak beli kereta…sebab selama ni akaun tak pernah dijaga dan tak cantik. Pihak bank tak yakin pada saya.”

Tak percaya? Tonton perkongsian Puan Nur Deyyana dalam video istimewa ini.

Anda terinspirasi dengan perkongsian Puan Nur Deyyana? Hanya dengan betulkan akaun dan urus duit bisnes dengan betul, beliau berjaya ubah kehidupan keluarga dan bisnesnya. Dengan hadir dan belajar di Entrepreneur Foundation Program (EFP) telah banyak membantu beliau untuk nampak dengan jelas dalam bisnes sangat penting untuk betulkan perkara belakang tabir yang melibatkan akaun, pengurusan duit, pengiraan kos dan banyak lagi.

Bagaimana RichWorks boleh bantu bisnes anda dengan ilmu EFP seperti Puan Nur Deyyana? RichWorks sekali lagi akan anjurkan EFP pada 31 Januari 2020 – 2 Februari 2020 ini di Shah Alam, Selangor. Anda boleh layari www.richworks.com/efp untuk info lanjut.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>