
Ramai orang percaya, kalau nak berniaga dan buat sales juta-juta perlu ada kabel besar, bisnesnya pun perlu gah dan besar. Perlu ada jenama yang gah.
Inilah apa yang kebanyakan dari manusia percaya. Nak bina bisnes besar, perlu datangnya dari sumber yang besar-besar juga. Tapi kami nak share dengan anda, kisah salah seorang peserta program kami yang dulunya bekerja sebagai seorang jurutera dan kini jadi jutawan hanya dengan jual bantal je…
Tekanan hidup membuatkan beliau berhijrah dari tanah kelahirannya dan memulakan hidup di selatan tanah air. Malangnya, tanpa pendapatan yang stabil, hidup beliau dan keluarga jadi tak tentu arah. Dia mencari-cari cara nak buat income sehinggalah satu hari dia menonton video Dr Azizan Osman.
Kata Dr Azizan Osman – “Mulakan dengan apa yang ada di tangan..” dan pada masa itu beliau sedang memeluk bantal. Dan dia terus ambil keputusan untuk berniaga bantal.
Nampak mudah, jual bantal je…tapi prosesnya tak semudah yang disangka, lebih-lebih lagi bila tiada ilmu. Di bulan-bulan pertama, Tuan Das Abdul hanya mampu jual 20 biji bantal sebulan dari car boot sales. Tak tergamak nak tengok isterinya terpaksa bersusah payah menjual bantal sambil bawa anak kecil menyebabkan dia nekad untuk hadir ke Program RichWorks.

Itu kisah beberapa tahun lepas. Dia mula menjejakkan kaki ke program RichWorks pada tahun 2016. Komited dan konsisten hadir ke setiap program. Paling kami ingat bila Tuan Das Abdul hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery yang pertama. Masa tu dia asyik peluk sebijik bantal. Bantal itu lah yang di bawa ke hulu ke hilir sepanjang program. Kemudian, oleh kerana Tuan Das ambil pakej Super Supreme, beliau hadir ke sesi coaching yang diadakan khas untuk peserta pakej Super Supreme.
Di setiap sesi, pasti Tuan Das ambil peluang untuk bertanya soalan. Dan kami lihat peningkatan Tuan Das Abdul di setiap sesi coaching. Bermula dari car boot sales, Tuan Das muka membina empayar perniagaan. Agen dan stokis mula bertambah ramai, dia mula hadapi berbagai masalah lain dalam perniagaan. Tapi ditangani sebaiknya kerana dia sentiasa hadir ke program RichWorks.
Tak sampai setahun, beliau mula memohon untuk menjadi ahli Titanium. Dan kini sudah bergelar Titanium Premier. Baru-baru ini, di Inner Circle Meeting Langkawi – Tuan Das Abdul dianugerahkan dengan Best Premiership Awards.
Salam dr.azizan osman sy mau jadi seperti das abdul atau titan😭😭😭dah berniaga kedai makan 18tahun sale xpernai capai 300k-1juta😭😭😭bantu sy dr.azizan osman.dah bermacam guru sy berguru😭😭😭
Adalah terbaik bagi yg nak cuba
Niaga . Walau dengan kosong
Semagat HJ Azizan ilkas
Besar punya contoh tuan
Terima kasih di atas segala sokongan daripada Team Richworks . Ini kerana program yang telah dianjurkan banyak memberikan motivasi untuk usahawan berusaha mencapai status jutawan .
Tuan sy jual spry serangga milik keluarga mcm ne nak naikkn sale..