Ads

Emak…wanita yang doanya sentiasa dimakbulkan. Syurga seorang anak di bawah tapak kaki ibu. Dia yang menahan susah mengandungkan, melahirkan dan membesar seketul insan bernama – ANAK!

Korang yang ada anak, atau yang pernah buat benda ni mesti tahu perasaannya… Agak-agak apa mak korang rasa bila dia dapat tahu anak kesayangan yang ditatang seperti minyak yang penuh menipu emak sendiri?

Sedihnya lebih menghiris dari episod drama Si Tanggang!


Tapi inilah pengakuan sebenar Puan Farah Amani Binti Basharuddin yang dulunya pernah bekerja sebagai Junior Engineer.

Walaupun bergelar engineer, hatinya meronta-ronta nak buat bisnes sendiri. Dia nak duit lebih. Katanya “Saya nak ada duit, tapi nak duduk rumah je dengan anak. Saya tak nak kerja!”

Ibunya selalu menggunakan alasan dia ada Ijazah dalam bidang kejuruteraan, dan tak mengizinkan dia untuk berhenti kerja. Tapi sebab ‘NAK’ sangat berniaga, Puan Farah ambil keputusan untuk berbohong.


“Saya resign dulu, saya tipu mak saya. Saya cakap kontrak habis.”

Lantaran dari situ dia mula menceburkan diri dan mula berniaga dengan menjadi dropship produk orang lain. Tapi berniaga tanpa ilmu memang susah. Pernah satu masa ketika anak pertama baru lahir, dia mula rasa sesak sehinggakan terpaksa hidangkan suaminya mi segera setiap malam.


Dia gagahkan kaki untuk cari ilmu dan hadir ke Program RichWorks bermula dari tahun 2015 lagi. Ketika itu dia dah mula nampak peningkatan dalam bisnes.  Walaupun jadi dropship, dia dah boleh buat sales sehingga RM100 ribu sebulan.

Puan Farah akhirnya ambil keputusan untuk ada produk sendiri.  Managing Director bagi Rafa Fragrance Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk perfume kereta dan pewangi rumah  dengan jenama RAFAALY ini kata… “Selepas salesnya mula meningkat dia hadiahkan RM2000 kepada ibu ayahnya”

“Mereka menangis… tak sangka! Lepas tu mak saya redha saya buat bisnes. Dan sekarang ni, kalau jumpa anak kawan dia yang tak kerja, dia pulak yang suruh buat bisnes..”

Dan selepas hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dia dah mampu buat jualan sehingga mencecah RM1.3 juta setahun.


Dengan ilmu dari program-program RichWorks yang lain juga, Puan Farah mampu bina team, ejen dan stokis.

Korang pernah derhaka kat emak? Apa cara korang balas jasa mereka? Kalau korang ada bisnes dan rasa bisnes tu macam nak melingkup je… Jom hubungi kami dan dapatkan sesi konsultasi percuma.

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#ResultMatters
#NUH2020
#BangkitBerniagaBangsaku

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>