Ads

Setiap kali kami buat posting di Facebook, kami akan terima banyak feedback dari pembaca dan Followers kami. Ada yang komen biasa-biasa, ada yang bagi love je dan ada juga yang tulis panjang berjela.

Terima kasih atas setiap komen yang ditulis, kami sangat hargainya. Kadang-kadang rasa berbunga-bunga hati bila membacanya. Ye lah…tak ramai orang suka baca posting-posting positif, kan lebih ramai orang suka baca gosip dan benda-benda yang remeh…Bukan tak boleh tapi, apa faedahnya kepada diri sendiri?

Tapi kadang-kadang kami rasa sedih bila ada komen-komen yang menunjukkan penulisnya dah macam give up dan putus harapan. Macam komen yang satu ni – dia kata  “Memberi Bila Kita Rasa ADA Untuk Diberikan , Tapi Kalau Untuk Diri Pun Nyawa-Nyawa Ikan , Macamana Nak Memberi?

Tak salah apa yang dia cakap. Dia ada point yang betul kalau dah tak ada apa nak beri, macam mana nak memberi? Kalau hidup sendiri pun dah nyawa-nyawa ikan dan hanya cukup makan, dah tentu susah nak memberi…nak lepas untuk diri sendiri pun tak mampu.  Betul kan?

Tapi cuba kita tengok balik…di bulan Ramadhan dan Syawal yang menjelang tiba ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah dan memberi…kenapa kita masih nak biarkan diri kita menjadi ‘orang yang tak mampu’ nak memberi?

Dah bertahun kita hanya mampu memberi ala kadar, atau memberi bila ada…atau bila ada rezeki lebih, soalannya sampai bila kita nak hidup seperti itu? Bertahun-tahun kita hanya tunggu ‘rezeki lebih’ baru nak memberi atau nak harapkan orang lain je yang memberi dan membantu orang lain…dan kita tengok je!

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada seramainya manusia.  Tapi, kalau kepada diri sendiri dan keluarga terdekat pun kita tak mampu nak bagi manfaat…apa cer?

Soalan kami seterusnya, sampai bila baru kita nak jadi orang yang MAMPU bantu orang lain dan berkongsi rezeki? Kalau dengan tahap pendapatan dan tahap kewangan yang kita ada sekarang ni, kita tak mampu nak gembirakan diri sendiri dan keluarga, takkan kita nak terus berdiam diri dan tak buat apa-apa?

Sebenarnya, ramai dari mereka yang pernah hadir ke Program RichWorks dan berguru dengan Dr Azizan Osman pun pernah berada dalam situasi yang sama. Ada yang sampai rasa tertekan dan bengang kerana hidup penuh dengan tekanan, masalah sehingga tak mampu nak berikan yang terbaik kepada keluarga. Tapi, setelah mereka hadir ke program mereka belajar untuk tukarkan rasa bengang dan rasa kecewa menjadi satu pendorong untuk mereka UBAH HIDUP menjadi lebih baik. Terutama melalui perniagaan yang berjaya. Memang tak mudah pada awalnya, tapi setelah belajar dan komited dalam membuat tindakan, mereka telah mampu bina perniagaan yang berjaya dan sekaligus tingkatkan tahap kewangan mereka.

Jika mereka mampu dan boleh ubah diri mereka, anda pun pasti boleh juga. Cuma anda perlu tahu nak mulakan dari mana, apa yang perlu dilakukan dan tindakan yang macam mana yang akan memberikan hasil kepada anda.

Jangan mengeluh jika anda tak capai apa yang anda nak capai dan jika hidup anda tak seperti orang lain. Jika anda mahu, kami boleh bantu. Dapatkan jawapannya di Program Nak Ubah Hidup yang akan diadakan pada 30 Ogos 2019 – 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Shah Alam.

Layari www.nakubahhidup.com untuk dapatkan seat anda.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>