Ads

“Memang tak sangka dulu saya seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa kini berjaya memiliki perniagaan dan produk sendiri. Ini adalah kisah saya.”

Puan Maliani Abdullah yang mengasaskan produk Malia Mellia pernah bekerja sebagai pramugari hampir 4 tahun. Gaji beliau pada masa itu mencecah RM10 ribu ringgit. Bila melihat kepada angka tersebut untuk sesetengah orang, mungkin ia sudah cukup besar bagi mereka. Tetapi ianya masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan beliau pada masa itu.

“Amat sedih sekali walaupun gaji agak banyak dan tinggi, saya hanya mampu bantu untuk bagi kepada mak dalam RM200 – RM500 sahaja sebulan. Itu yang memberi tamparan hebat kepada saya dan juga turut memberi motivasi bagaimana cara untuk menambah pendapatan yang lebih banyak. Saya pun asyik tertanya-tanya jugak, macam mana nak bina rumah idaman kalau kerja dapat gaji asyik tak cukup jer,” jelas beliau.

Sehinggalah pada suatu hari, beliau terbaca di FB Dr Azizan mengenai Nurayssa, Produk Mesra Wuduk. Jualan mereka pada masa tu RM1 juta ringgit. Dan disebabkan itulah, ia mula menjadi titik mula beliau untuk berniaga kerana mahu menjadi seperti pengasas itu. Alhamdulillah, Allah S.W.T permudahkan jalan untuknya apabila beliau dipertemukan dengan rakan yang mengajak beliau untuk jual produk kuruskan badan.

Pada awalnya, beliau akui memang sangat susah untuk jual produk ni lebih-lebih lagi produk kuruskan badan. Pada masa yang sama, jadual beliau sebagai pramugari juga sangat ketat. Namun beliau tetap berusaha mencuri masa untuk datang ke program IMKK untuk mempelajari ilmu bisnes.

“Dari program itu saya mula faham bahawa banyak perkara yang boleh menarik rezeki dan saya amalkan banyak perkara yang Dr Azizan ajar dalam IMKK. Antaranya adalah ibu, gembirakan hari mereka dan share rezeki kepada mereka. Itu adalah antara perkara yang saya lakukan. Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah. Produk orang yang saya jual mula membuahkan hasil sehingga jualan bersih saya melebihi RM10 ribu ringgit,” cerita beliau.

Keghairahan beliau dalam perniagaan semakin meningkat selepas itu, sehinggalah beliau membuat keputusan untuk menghadiri program MMM yang dianjurkan oleh Richworks. Beliau nekad untuk berniaga daripada kerja makan gaji kerana beliau mula nampak betapa banyaknya peluang yang ada dalam perniagaan yang boleh memberikan beliau pendapatan yang lebih lumayan.

“Syukur Alhamdulillah selepas menghadiri MMM saya mula buat poduk sendiri. Saya ikut bulat-bulat segala ilmu yang disampai oleh Dr Azizan sampai sekarang. Saya bermula dengan bisnes dari rumah dan sekarang Alhamdulillah sudah ada pejabat dan pekerja yang boleh diharapkan. Saya sangat yakin dengan rezeki Allah itu luas. Dahulukan ibu bapa kita, gembirakan mereka walau dengan apa cara sekali pun di samping terus belajar menuntut ilmu In sha Allah jalan rezeki kita akan lebih mudah dan berkat,” akhirinya.

Maliani Abdullah

Founder Malia Mellia

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>