Ads

Dilema jaga duit dalam perniagaan. Ini memang situasi yang dilalui oleh ramai usahawan di luar sana. Situasi ni berlaku kepada usahawan yang menjalankan perniagaan tak kira samada mereka menawarkan produk atau perkhidmatan.

Selain sales dan marketing, Pengurusan Bisnes terutamanya yang melibatkan Compliance (Pematuhan) sangat-sangat penting untuk semua usahawan tahu.

Jaga Duit vs Jaga Untung?

Yang dimaksudkan sebagai menjaga duit kat sini, adalah duit sebenar secara tunai dalam perniagaan. Ada peniaga yang lebih selesa untuk pegang dan kira duit tunai saja. Budaya ini diamalkan oleh ramai usahawan kecil-kecilan yang manjalankan perniagaan secara tunai.

Manakala jaga untung kat sini dimaksudkan sebagai perkiraan atas kertas sesebuah perniagaan. Tak ramai usahawan yang buat kerja jaga untung atas kertas ini.

Jaga Duit Tunai Syarikat

Samada dah berlaku atau belum, anda perlu sedar bahawa banyak syarikat lingkup sebab duit tunai tak ada dalam poket atau dalam akaun bank syarikat. Banyak syarikat kalau dinilai atas kertas nampak macam ada untung, tapi tetap bungkus juga akhirnya bila tak ada tunai nak bayar bil, gaji pekerja, supplier dan komitmen lain yang penting.

Duit tunai adalah hidup dan mati syarikat. Bila tak ada duit nak bayar gaji, nak bayar pembekal, bil, hutang dan sebagainya, syarikat akan mati dengan cepat. Bukan itu saja, reputasi usahawan juga akan menjadi buruk. Potensi nak bangun semula menjadi lebih sukar bila tak ada orang yang mahu berurusan dengan anda.

Dilema Jaga Duit Dalam Perniagaan

Bagi usahawan yang baru nak bertapak, urusan kewangan ini amat sukar. Pembekal hanya akan bagi harga yang baik pada usahawan baru hanya jika barangan dibeli secara tunai. Bukan setakat perlu beli tunai, pembekal juga kenakan syarat perlu beli dalam kuantiti yang banyak untuk harga yang lebih rendah. Jadi perlu ada tunai yang banyak untuk semua urusan tersebut.

Cashflow

Rumusannya kat sini, anda perlu ingat kepada 3 perkara ni:

1/ Pastikan perniagaan anda untung atas kertas.

2/ Pastikan semua kerja dibayar dan duit masuk ke dalam akaun syarikat. Perlu ada kerani yang kerjanya adalah follow-up pembayaran sampai dapat. Anda sebagai boss perlu pantau urusan ini tanpa jemu.

3/ Kawal semua perbelanjaan dan jangan belanja atas dasar andaian. Semua belanja mesti dipantau dan ada alasan yang kukuh untuk keluarkan duit syarikat.

Ramai yang tanya, nak urus Cashflow ni adakah semudah mengeja ABC? Nak jawab soalan ni senang je.. apapun benda yang kita nak buat akan jadi mudah kalau kita ada ilmu yang betul. Yang menjadikan sesuatu perkara tu jadi susah bila kita tiada ilmu dan kita tak nak belajar.

Sebab itu kami sentiasa nak bantu para usahawan supaya nampak dan sedar pentingnya ilmu pengurusan Cashflow ni. Buat bisnes end of the day adalah kita nak bisnes kita tu ada CASH yang banyak. Bisnes yang tak sihat adalah bisnes yang tak ada CASH.

Anda ada kenal sesiapa dikalangan ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan atau usahawan yang sedang mengalami masalah Cashflow dalam bisnes dan perlukan bantuan? Anda boleh bantu mereka dengan minta mereka hadir ke Program Smart Cashflow Management (SCM) yang akan berlangsung pada 14 Julai 2019 di Shah Alam.

9 hari lagi sebelum SCM bermula..

layari www.richworks.com/scm untuk maklumat lanjut atau hubungi Pegawai kami https://wasap.my/60162103090 untuk bantuan lebih lanjut.

Salam Kejayaan,
Team RichWorks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>