
8 APRIL 2016 – Ia menjadi tarikh yang saat itu saya merasakan saya harus menamatkan hidup. Hidup yang penuh dengan penderitaan dan air mata. Hidup yang sudah tidak terlihat pengakhirannya adalah baik. Hanya tinggal titik noktah, habis segala hasil simpanan selama ini disebabkan tiada ilmu dan juga ditipu hampir setengah juta. Sekelip mata semua hilang, saya terduduk tanpa kerja yang menjaminkan pendapatan kerana kerjaya sebagai guru telah ditinggalkan. Jadi apakah yang harus saya lakukan di bandar metropolitan ini untuk hidup membesarkan seorang anak angkat yang baru sahaja berusia beberapa bulan masa tu. Ini adalah perkongsian kisah perjalanan hidup Tuan Sudirman Abdul Rahman yang merupakan founder produk supplement minda kanak-kanak, Int3Tree.
Saya google ayat ini ” apakah racun jika saya makan ia takkan menyakitkan tapi akan mematikan cepat”. Namun ketika pencarian itu dilakukan tiba-tiba wajah arwah ibu saya menjelma dan sangat jelas di telinga ia berbisik ” lupakah kau anakku, telah ibu pesan padamu jika ibu pergi dulu ibu tinggalkan ayah dan 3 anak ibu kepada mu untuk kau jaga. Jangan sesekali sakiti hati mereka dan belajarlah untuk berjaya dan gembirakan suami ibu iaitu ayahmu”.
Terus saya rebahkan diri di sejadah menangis sampai bahagian atas sejadah basah dengan air mata. Bila bangun saya menadah tangan berdoa agar ALLAH tunjukkan apa yang Dia ingin tunjukkan dan hadirkan seseorang untuk guide saya kerana saya merasakan sekarang hanya ALLAH sahaja yang dapat membantu.
2 tahun sebelum tu di PGRM saya pernah hadir ke kelas Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) tapi hanya duduk 15 minit selepas tu balik tatkala saya melihat wajah seorang lelaki bernama Dr Azizan Osman melompat-lompat di atas pentas. Saya keluar dan saya berkata dalam diri “kelas apa ni? Sayakan guru berpendidikan tinggi dan guru kaunseling, kenapa perlu saya hadir di kelas motivasi macam ni sedangkan selama ini saya yang memberi motivasi kepada pelajar…” Terus saya keluar.
Pada Bulan April 2016, saya membuka almari terlihat cd Dr Azizan Osman yang 2 tahun lalu saya tidak ambil peduli. Saya lihat buku dan cd itu semula dan masih lagi tidak ambil peduli… lalu saya berdoa lagi supaya ALLAH tunjukkan apa jalan yang saya kena ikut kerana saya memegang ayat di dalam Al Quran, “Mintalah wahai hambaKu nescaya Aku akan perkenankan”.
Akhirnya di malam hari ketika saya mula memejamkan mata seperti ada suara membisik “Sudirman, aku telah beri petunjuk, kenapa kau tidak pedulikannya?’ saya terus bangun dari baring dan terus mencari kelas Dr Azizan Osman. Seperti telah dirancang, program memang ada dan saya dapat menghubungi pegawai di Richworks dan hanya berbaki sehari sahaja Millionaire Marketing Mastery (MMM) akan berlangsung.
Saya terus mendaftar kelas itu, sehari sebelum kelas saya memikirkan untuk mengeluarkan produk komestik, tanpa ada apa-apa pengalaman kerana saya hanyalah seorang guru sebelum ni. Saya merangka sedikit mengenai produk komestik.
Alhamdulillah setelah hadir ke Program MMM, hati dan jiwa saya terbuka pada Dr Azizan Osman bila dia sendiri mengeluarkan ayat “Mintalah, Nescaya Aku akan perkenankan..” saya ingat masa tu saya tunduk dan menangis kerana ayat yang sangat keramat pada saya dan ia dikeluarkan oleh seorang lelaki yang 2 tahun lalu saya kutuk dan membencinya.
Alhamdulillah, dari MMM hari kedua, Dr Azizan Osman bercerita mengenai USP dan marketing akhirnya saya mendapat ilham selepas Solat Dhuha untuk mengeluarkan produk minda. Idea itu datang kerana dalam MMM kita diajar mengenai lakukan sesuatu yang kita ada di tangan atau yang kita tahu, saya hanya tahu mengenai pelajar dan akhirnya idea produk minda tu datang.
Balik malam tu saya terus lakarkan plan hasil kelas 2 hari dan akhirnya kuasa ALLAH Al Alim saya dapat siapkan modul untuk produk minda tu. Lalu saya hadirkan diri semula ke IMKK kerana saya tak pernah ke IMKK. Kelas pertama saya adalah MMM. Di IMKK saya dapat semangat semula ditambah dengan ilmu-ilmu lain, saya bangkit dan mulakan segalanya TANPA MODAL satu sen pun… Saya cuma percaya jika saya mula sayang mentor dan percaya pada ALLAH, Dia akan tolong saya.
Syukur Ya Allah, semuanya benar-benar berlaku, sebelum produk keluar saya berjaya memperolehi 138 stokis yang membayar dengan harga penuh. Saya mencuba mendaftar sebagai Ahli Titanium. Saya diterima dalam Titan masa tu walau produk tak keluar lagi. Produk akhirnya keluar namun disebabkan tidak ada pengalaman saya seperti hanya berjalan dalam gelap. Bergerak tapi tidak melihat apa-apa. Yang peliknya walau saya merasakan saya bergerak dalam gelap Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Yang saya tahu saya hanya follow apa yang saya belajar dengan Dr Azizan Osman dan seperti magik semuanya menjadi. Saya percaya asbab yang ALLAH berikan kepada saya kerana sesungguhnya semua kerana ALLAH.
Kini selepas tahun kedua dalam Titan, segalanya bukan lagi dalam kegelapan. Setiap langkah yang saya susun diterangi dengan cahaya. Saya sangat jelas mengenai halatuju dan sangat jelas bagaimana cara yang betul untuk membina empire perniagaan dan bagaimana menguruskannya dengan baik. Dari hanya seorang diri di kaki lima, kini setahun 7 bulan saya sudah mempunyai 4 pejabat dan 17 orang staf. Jualan sebulan tidak pernah di bawah 7 angka dan saya sangat bersyukur kerana pilihan saya tepat di Richworks dan Dr Azizan Osman adalah mentor yang banyak membantu int3tree dan ramai lagi orang di luar sana untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan. Dr Azizan Osman, dialah mentor, ayah, abang dan guru saya. Bukan sahaja mengenai perihal dunia tapi juga akhirat InshaAllah… terima kasih Doc…