
Kadang-kadang, kejayaan atau kegagalan hidup kita banyak bergantung kepada orang yang berada di sekeliling kita. Ada kalanya perbezaan pendidikan dan tahap pekerjaan membuatkan kita rasa hidup kita tak seindah hidup orang lain. Tapi, ramai orang bila keadaan hidup mereka susah, mereka terus rasakan diri mereka memang ditakdirkan bernasib malang.
Puan Husnorleyda Hussin pernah bekerja kilang dan hanya dibayar gaji sebanyak RM300 sebulan. Dengan gaji yang kecil inilah beliau membantu ibu bapanya dan hanya mampu beri RM50 sebulan. Selain itu, beliau juga menolong ayahnya yang menguruskan kontrak cuci kawasan sekolah dengan upah RM300.
Setelah berkahwin dengan Tuan Salimin, mereka hidup berasingan. Seorang di Perlis, seorang lagi di Kulim, Kedah. Setiap kali orang tanya keluarganya, apa pekerjaan beliau, beliau rasa malu untuk mengaku bekerja kilang kerana ada keluarganya belajar hingga ke luar negara.
Ketika itulah beliau rasa tercabar dan membuatkan beliau terfikir apa yang beliau boleh buat untuk hidup dengan lebih berjaya. Kerana itulah timbul niat untuk berniaga. Tapi berniaga tanpa ilmu menyebabkan banyak masalah timbul sehinggakan suaminya ambil keputusan untuk berhenti kerja demi nak membantunya berniaga.
Bila Tuan Salimin sanggup melepaskan gaji bulanannya dan bisnes mereka yang ketika itu baru sahaja membuat jualan sekitar RM15,000 sebulan. Dengar amaun seperti itu dah dirasakan sudah banyak tapi sebenarnya kehidupan mereka menjadi susah. Ada masanya Tuan Salimin hanya ada RM5 sahaja untuk isi minyak!
Ketika itulah mereka mula bertemu sahabat yang mengajak mereka untuk hadir ke Program RichWorks. Tuan Salimin yang terlebih dahulu mengorak langkah untuk mula komited dan konsisten untuk menghadiri pelbagai program RichWorks. Dari situ wujudnya kedai elektronik pada awalnya.
Setelah mereka mula aplikasikan ilmu yang dipelajari dari Program RichWorks terutamanya ilmu pemasaran, pasangan ini mula nampak potensi yang lebih baik untuk mereka iaitu dengan menjual perabot. Pada tahun 2016, mereka mula menambahkan 1 lagi cawangan Husmat Furniture, malangnya mereka dapati cabaran baru mula wujud bila hasil jualan dari kedua-dua kedai tidak seberapa tapi kos semakin meningkat.
Tonton video ini sekarang dan ambil tahu macam mana anda boleh mulakan langkah kejayaan dalam bisnes seperti mereka. Bagaimana mereka boleh mencapai jualan lebih RM4 juta kini. Bagaimana beliau boleh buat keputusan dan ubah hidup dan bisnes mereka hingga ke tahap yang lebih baik?
Jom tonton sekarang kejutan Dr Azizan Osman dan Tuan Haji Jerry ke Perlis!
#AzizanOsman
#Resultmatters
#NUH2020
#TeamRichWorks
#NakUbahHidup2020
#BolehKeNakUbahHidup
#ForThingsToChangeIMustChangeFirst