Ads

RichWorks Syarikat Pertama Malaysia Dan Dr Azizan Osman Anak Melayu & Malaysia Pertama Yang Mendapat Penganugerahan Di MADcon Dubai 2019.

Kami di RichWorks sangat-sangat berbangga dengan 2 anugerah yang diterima oleh Dr Azizan Osman iaitu Top 50 Marketing & Advertising Leaders dan Richworks International, menerima anugerah Top 100 Marketing & Advertising Companies.

Untuk berada di tahap sekarang dan mendapat penganugerahan di pentas dunia bukan suatu yang senang dan mudah. Bak kata Founder RichWorks, Dr Azizan Osman, kejayaan tidak boleh dibina hanya dalam satu malam!

Di saat syarikat lain sedang struggle untuk selamatkan operasi mereka, RichWorks dan Dr Azizan Osman dah ‘terbang’ ke Dubai untuk menerima anugerah yang sangat bermakna ini sebagai penutup tahun 2019.

11 tahun membina RichWorks bukan satu tempoh masa yang singkat. Pelbagai cabaran dan jatuh bangun telah dilalui Dr Azizan Osman dalam membina dan memastikan prestasi RichWorks sentiasa terbaik dan “nampak” di mata dunia.

Ini adalah contoh permulaan untuk anda yang berbisnes! Kami harap anda yang sedang bina bisnes tak mudah mengalah dan putus asa dengan cabaran bisnes kerana ia boleh menjadi batu loncatan dan melonjakkan bisnes anda ke satu tahap yang lebih luar biasa.

Pada hari yang bersejarah itu, pihak RichWorks sendiri telah melancarkan MegaLive yang mana kami bersiaran secara langsung selama 4 jam lebih. MegaLive ini juga membawakan siaran secara langsung di Dubai yang telah kami ‘hacked’ untuk mendapatkan sesi ‘keynote speech’ oleh Dr Azizan Osman dan penerimaan 2 anugerah. Tontonnya di sini

<video MegaLive> https://richworks.com/megalive/

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>