Ads

5 Rahsia Usahawan Kecil Dan Sederhana Boleh Belajar Dari Kota Ini

Bila sebut Tanah Arab, ada yang menggambarkan tanah Arab ini dipenuhi dengan orang Arab, dengan jubah dan purdah. Atau yang menggambarkan tanah Arab penuh dengan unta, tak kurang juga yang menggambarkannya dilitupi gurun sepenuhnya.

Tapi bagaimana Dubai yang dulunya sebuah tanah gurun itu kini pesat membangun sehingga menjadi sebuah metropolis dengan bilangan penduduk lebih dari 3 juta? Seperti pembangunan kota-kota lain yang terkenal, Dubai juga tidak membangun dalam tempoh satu hari.

Menurut sejarah, Dubai dahulunya merupakan satu kawasan nelayan kerana ianya berhampiran dengan laut. Kemudian ia mula terlibat dengan industri carigali minyak, serta lokasi yang menarik menyebabkan Dubai menjadi lokasi perdagangan terkenal. Banyak kapal perdagangan keluar masuk melalui udara atau jalan laut.

Dubai menjadi tempat pertemuan dan perdagangan antara benua timur dan barat!

Namun pihak pemerintah Dubai merasakan mereka perlu mencari sumber jangka panjang dan mereka percaya Dubai tidak boleh bergantung kepada sumber minyak semata-mata kerana lambat laun ianya akan habis. Dengan krisis ekonomi yang tidak menentu yang menyumbang kepada kejatuhan harga minyak. Pada awal penemuan minyak, Dubai telah menggunakan hasilnya untuk membina Lapangan Terbang yang hebat, yang menjadi pintu masuk dunia luar ke Dubai dan juga membangunkan Dubai World Trade Center dan menjadikan Dubai sebagai pusat perdagangan.

Walau bagaimanapun industri logistik juga tidak mampu melonjakkan Dubai dan memberi pendapatan kasar yang tinggi kerana banyak lokasi lain yang boleh menjadi pilihan. Dubai perlu cari jalan lain untuk memajukan ekonomi, dan bukan setakat untuk jangka pendek tetapi untuk satu jangka panjang. Lokasi Dubai yang menarik, dikelilingi laut dan gurun menimbulkan idea kepada pihak kerajaan untuk menjadikan Dubai sebagai satu lokasi pelancongan.

Selain dari itu perkembangan industri minyak juga menyebabkan ramai pekerja profesional dari luar negara yang bekerja di Dubai mengambil keputusan untuk menetap di Dubai lebih lama. 

Ini mewujudkan banyak permintaan dalam bidang hartanah dan untuk memenuhi citarasa antarabangsa, pembangunan hartanah di Dubai juga menjadi sangat moden dengan rekaan bangunan yang moden, eksklusif dan memberikan pengalaman kemewahan.

Banyak usahawan boleh belajar dari sejarah dan pembangunan Dubai ini.

1) Perancangan 100 Kali Ganda Lebih Hebat

Kemampuan pemerintah Dubai untuk melihat potensi pembangunan ekonomi Dubai secara ‘exponential’ membuatkan mereka telah mengeluarkan perancangan pembangunan yang melangkaui idea biasa-biasa. Ianya telah menjadikan Dubai sebagai sebuah metropolis moden dengan reka bentuk bangunan yang menambahkan nilai hartanah di Dubai.

2) Berani Untuk Keluar Dari Kebiasaan

Dari tanah gurun gersang ke sebuah metropolis yang moden. Dan pembangunan serta perkembangan industri pelancongan yang menjadikan Dubai antara destinasi pilihan pelancong antarabangsa. Sedangkan dahulu tiada siapa pernah terfikir gurun mampu menjadi kawasan pelancongan. Hanya yang berfikiran jauh mampu keluar dengan idea yang sangat berani dan berbeza.

3) Growth Mindset

Pemimpin dan pentadbir Dubai mempunyai ‘Growth Mindset’ yang mahu memajukan Dubai dalam jangka masa yang lebih pendek tetapi dengan peningkatan yang sangat drastik. Fikiran ini sepatutnya ada dalam minda semua usahawan kerana ianya dapat membantu anda merangka perancangan untuk bisnes dengan lebih besar.

4) Kemahiran Menguruskan Sumber

Dubai mempunyai sumber yang terhad. Minyak akan habis, pendapatan dari hasil logistik mempunyai banyak persaingan dan di tanah gurun – tidak banyak hasil semulajadi yang boleh dijadikan komoditi. Tetapi pihak pemerintah Dubai melihatnya sebagai bukan satu masalah tetapi sebagai satu peluang untuk mereka menguruskan sumber yang ada dengan bijak dan melihatnya sebagai satu sumber untuk industri lain. Sebagai contoh, tanah yang tandus mungkin tidak boleh mengeluarkan tanaman tetapi masih boleh digunakan untuk industri pelancongan.

5) Kesungguhan Yang Kuat Untuk Menang

Siapa tak kenal Emirates, syarikat penerbangan yang paling terkenal di dunia, siapa tak tahu lapangan Terbang Al Makhtoum – merupakan yang kedua terbesar dan tersibuk di dunia, Burj Khalifa pernah tersenarai antara menara tertinggi di dunia – dan sikap untuk sentiasa mencipta rekod dan sikap sentiasa mahu menang menjadikan Dubai sentiasa tersenarai di rekod dunia dalam pelbagai segi.

Dan inilah sikap yang usahawan perlu ada jika mereka nak bawa bisnes ke tahap 100 kali ganda lebih tinggi. Seperti Dubai, mereka tidak pernah melihat kegersangan tanah gurun sebagai masalah untuk mereka suburkannya dengan pelbagai jenis kekayaan dan kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>