Ads

Ramai usahawan yang kami jumpa mengadu mereka tak ada asas perakaunan. Malah mereka langsung tak ada idea bagaimana yang dikatakan seseorang usahawan itu sepatutnya mahir menguruskan kewangan perniagaan syarikat mereka dengan betul.

Oleh kerana mereka tak ada ilmu dan tak ada idea, maka jalan singkat yang dilakukan adalah dengan tak peduli perjalanan keluar dan masuk duit perniagaan mereka. Bagi mereka cukup dengan adanya akaun bank yang telah dibuka dan akaun bank itulah bukti pengurusan kewangan perniagaan telah dilaksanakan.

(Soalan: Kenapa perlu urus kewangan perniagaan syarikat?)

3 sebab anda perlu uruskan kewangan perniagaan syarikat anda adalah:

  1. Untuk membuat Aliran Kewangan (Cashflow) Syarikat:
    Bila sebut aliran ertinya macam sebuah sungai yang mengalir. Ada punca di mana air masuk dan ada juga bukaan di mana air keluar. Selagi jumlah air yang masuk melebihi jumlah air yang keluar, sungai akan tetap mengalir dan tidak akan kering. Air yang mengalir juga membuatkan sungai tak jadi busuk dan mendap.

    Aliran kewangan perniagaan anda juga sebijik macam keadaan sungai yang mengalir tu. Bezanya adalah air dalam sungai digantikan dengan duit dalam perniagaan anda. Kalau jumlah duit yang masuk melebihi jumlah duit yang keluar dalam syarikat, anda boleh pastikan perniagaan atau syarikat anda InsyaAllah akan terus hidup. Duit yang mengalir juga penting agar perniagaan tak jadi lembab dan busuk.
  2. Untuk tingkatkan keuntungan perniagaan:
    Apa lagi yang anda nak dalam perniagaan selain daripada menjana keuntungan yang optimum bagi menyara gaya hidup yang telah anda tetapkan.

    Dah tentu perkara paling asas adalah untuk pastikan perniagaan anda ada untung yang cukup untuk bayar kesemua kos perniagaan, kos latihan, kos pinjaman, gaji anda sendiri sebagai so called ‘FOUNDER’ dan selepas ditolak kesemua kos yang ada, masih ada lagi baki yang disimpan oleh syarikat perniagaan anda.
  3. Untuk membuat unjuran perjalanan perniagaan anda:
    Bila dah dapat lengkapkan aliran kewangan berdasarkan situasi sebenar keadaan perniagaan anda sekurang-kurangnya selama 3 bulan sebelum ini, anda boleh gunakan maklumat itu untuk membuat perancangan perniagaan pada 3 bulan (atau lebih) yang akan datang.

    Ini bukannya ramalan, atau tilik nasib perniagaan anda. Dalam kes buat perancangan perniagaan ini, anda juga perlu lihat nombor, buat perbandingan nombor yang lepas dan kemudiannya buat andaian nombor apa yang anda mahu untuk masa depan.

    Anda boleh buat sasaran berdasarkan maklumat yang lepas secara realistik dan buat rancangan yang realistik bagaimana nak menjayakannya.

Ada dua perkara penting yang anda perlu catitkan dalam perniagaan dan saya yakin anda sendiri tahu sejak hari pertama mula berniaga (tapi tak buat).

Dua perkara tersebut adalah:

  1. Duit masuk – dari mana sumber duit masuk ke dalam perniagaan anda. Tu wajib kena tau! Biasanya dari hasil jualan perniagaan tersebut. Sekali-sekala dari hutang yang anda buat samada pada awal perniagaan atau ditengah. Untuk data kewangan perniagaan ini, kita fokuskan hanya duit yang masuk melalui hasil jualan syarikat.
  2. Duit keluar – ke mana anda belanjakan duit yang masuk ke dalam syarikat. Biasanya anda belanjakan untuk menyara kos perniagaan seperti sewa, bahan mentah, gaji dan sebagainya.

Paling penting anda kena pantau dan catitkan aliran wang keluar dan masuk harian di dalam syarikat anda. Ertinya data hasil jualan dan juga data kos jualan.

Cubalah baca dan fahamkan…kalau rasa susah jugak nak faham, adakah tu penamatnya? Adakah tu End Game anda? Tidak…sebab kat luar sana ada banyak ilmu tentang Pengurusan Perniagaan ni yang anda boleh explore…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>