Ads

Tahniah dan jutaan terima kasih di atas komitmen anda selama 3 hari di Entrepreneur Foundation Program (EFP) di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam. Kami amat berbangga dengan komitmen anda hadir untuk belajar dan feedback serta sharing yang telah anda kongsikan.

Dikendalikan oleh Tuan Nasrul Hadi C.A.(M), program 3 hari yang berlangsung pada 28 Jun – 30 Jun 2019 ini berjaya membantu usahawan serta business owner menjawab segala persoalan yang berlegar dalam fikiran mereka untuk menjalankan bisnes dengan baik dan dapat menguruskan semua situasi dan halangan dalam bisnes sebaiknya.

Entrepreneur Foundation Program (EFP) adalah program di mana ia akan membantu anda untuk menukar mindset anda menjadi usahawan yang faham dengan jelas tentang Cashflow, perakaunan, menguruskan dan mengendalikan kakitangan, bagaimana nak ada profil kewangan cantik dan memudahkan anda dapat loan untuk kembangkan bisnes.

Ramai peserta yang hadir ke program ini memberikan maklum balas postitif selepas mereka hadir ke kelas EFP selama 3 hari berturut-turut. Input yang diberikan sepanjang program ini berlangsung juga membantu mereka untuk bertindak dan mengambil langkah yang perlu dilakukan.

Apa Yang Mereka Pelajari Dari EFP?

1. Cashflow & Akaun

Kenapa Rekod & Sistem PERAKAUNAN Penting Dalam Bisnes? Penyata Untung Rugi (Profit & Loss Statement), ALIRAN TUNAI (Cashflow), Penyata Bank dan beberapa dokumen lain dalam bisnes. Dalam setiap satunya ada contoh-contoh yang sangat jelas. Kita bagi template khas untuk mereka yang mana mereka hanya ikut dan guna sahaja…

2. Perihal Kesetiausahaan Syarikat

Mula-mula berniaga anda tahu tak kena daftar perniagaan? Bagaimana nak daftar perniagaan? Apa perbezaan antara Enterprise dan Sdn Bhd? Bila masa yang sesuai untuk upgrade Sdn Bhd? Apa Mula-mula berniaga anda tahu tak kena daftar perniagaan? Bagaimana nak daftar perniagaan? Apa perbezaan antara Enterprise dan Sdn Bhd? Bila masa yang sesuai untuk upgrade Sdn Bhd? Apa

3. Pengurusan Sumber Manusia

Mereka pelajari peranan dan tanggungjawab pengurusan sumber manusia. Kenapa pengurusan sumber manusia ini penting untuk syarikat? Caruman KWSP, Perkeso dan PCB. Mereka dapat contoh-contoh borang permohonan kerja, contoh surat tawaran kerja, dan panduan macam mana nak pilih staf, macam mana nak lantik staf serta macam mana cara nak conduct sesi interview juga yang diberi secara percuma kepada mereka…

4. Harga dan Kos

Selama ni anda tak tahu pun anda dah salah kira kos, salah letak harga…tapi sebab tak ada siapa yang tegur, anda main buat je walaupun bisnes tu tak ada untung. Nak ke sampai bila-bila buat bisnes tapi tak ada untung? Jadi kami bantu anda faham cara pengiraan kos yang betul untuk dapat margin keuntungan yang tinggi. Urus kos perniagaan dengan betul, kira gaji diri sendiri dan akhirnya dapat simpan duit perniagaan.

5. Percukaian

Tak pernah declare untuk bayar cukai? Macam mana dengan tahun-tahun sudah? Apa nak kena buat? Sebab ramai yang tak tahulah, ramai yang pilih untuk lari dari bayar cukai… sedangkan mereka tak boleh lari kemana-mana pun.

Di EFP kami bantu mereka untuk faham dan lebih jelas tentang percukaian, Cukai Pendapatan Korporat, Cukai Pendapatan Individu, Carta Aliran Serahan Borang Nyata Cukai Pendapatan Secara Online, Contoh Borang Taksiran Cukai, Tanggungjawab Sebagai Pengarah Syarikat Dalam Membayar Cukai, Cara Pembayaran Cukai, Pelepasan & Rebat Cukai, Audit Cukai, Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST), Program Khas Pengakuan Sukarela (SVDP) dan lain-lain.

6. Perbankan

Anda pernah tak check CCRIS dan CTOS Score anda? Anda tahu tak status CCRIS dan CTOS anda? Apa kesan buruk CCRIS dan CTOS ni kepada anda sebagai seorang usahawan? Dalam EFP, Tuan Nasrul ada berkongsi dengan mereka tentang CCRIS dan CTOS, Faktor-faktor yang Mempengaruhi CTOS Score, Tips Membaiki CTOS Score, Dokumen yang Diperlukan untuk Pinjaman Sewa-Beli, Dokumen yang Diperlukan untuk Pinjaman Perniagaan dan banyak lagi, Sebab-sebab Usahawan Gagal Mendapat Pinjaman Bank.

7. Perundangan

Dalam bisnes, banyak melibatkan perjanjian (agreement) tapi kesilapan besar yang orang lalukan ialah bila buat perjanjian tanpa dokumen sebagai bukti. Sedar-sedar dah kena tipu dengan supplier, client dan paling teruk kena tipu dengan partner bisnes sendiri. Di EFP anda akan pelajari apa itu perjanjian, Contoh Perjanjian Sewa Premis, Perjanjian Dengan Pengedar, Perjanjian Pemegang Saham, Informasi yang Perlu Ada dalam Perjanjian Pemegang Saham, Perkara-perkara Mengenai Kebankrapan.

8. Harta Intelek

Pernah tak anda ternampak ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab gunakan nama syarikat yang sama dengan nama syarikat anda? Pernah tak logo anda ditiru bulat-bulat dan digunakan tanpa pengetahuan anda? Tapi… anda tak boleh buat apa sebab anda tak pernah register trademark untuk syarikat dan logo syarikat anda. Jadi kami juga telah membantu akan mereka pelajari tentang Cap Dagangan, Rekabentuk Industri, Hakcipta, proses yang terlibat dan kepentingan daftar Hakcipta perniagaan anda.

Kepada anda yang terlepas program EFP jangan risau ya, kami ada anjurkan kepada anda Program Cashflow yang sangat penting dalam bisnes. Anda nak tak Tuan Nasrul Hadi C.A.(M) bantu anda yang mempunyai masalah Cashflow dengan bimbingan dan penerangan macam mana nak simpan duit, macam mana nak asingkan, macam mana cara yang berkesan untuk rekod aliran tunai dan banyak lagi?

Jika ya, anda patut hadir dan join Smart Cashflow Management (SCM) yang akan diadakan pada 14 Julai 2019 di Shah Alam.

Klik butang dibawah untuk daftar :

Atau hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 1-300-88-2424.

“Ramai Orang Gagal Bukan Kerana Tidak Ada Ilmu Tetapi Ramai Orang Gagal Bertindak Atau Berusaha Secara Maksima Dan Konsisten.” – Tuan Nasrul Hadi C.A.(M)

Salam Kejayaan,
Team RichWorks.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>