
Tak tergambar rasa hati dengan lukisan paling indah dan tak tercerita dengan hikayat paling menarik untuk kami luahkan perasaan bangga, gembira dan kagum dengan semua 12,024 peserta Program Nak Ubah Hidup.
Bermula dari proses mereka pertama kali terlihat posting kami tentang Program Nak Ubah Hidup, kemudian mereka mendaftar, sertai FB Group Nak Ubah Hidup (10 X IMKK), mereka hadir daftar masuk awal pada 29 Ogos dan mereka hadir awal pada sesi pertama pada 30 Ogos.
Kami yakin, tak mudah untuk sesiapa yang hadir lupakan sesi opening Program Nak Ubah Hidup! WOW ke WOW!!! 3 hari program yang berlangsung ini juga ada kami selitkan sambutan Kemerdekaan dan sambutan Maal Hijrah. Apa erti di Sebalik Laungan Merdeka, Sambutan Maal Hijrah dan Episod Perjuangan Nabi Nuh ini? Baca sehingga habis artikel ini.

Pada tanggal 31 Ogos 2019, kami hadiahkan para peserta dengan sambutan Malam Kemerdekaan. Seisi dewan bergegar bila lebih 12,000 yang hadir sama-sama nyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Setia, Lagu Tanggal 31 dan Lagu Warisan. Dah macam sambutan Malam Kemerdekaan di Putrajaya atau Dataran Merdeka!
Kemudian di hari kedua pula, kami adakan pula sambutan Maal Hijrah dengan doa awal tahun dan bacaan ratib beramai-ramai. Di hari ketiga, bersih rasanya hati dan akal bila peserta mula ‘clear’ dengan apa yang terbuku di hati. Kita luahkan semuanya kepada orang yang kita sayang.

Segala usaha dan penat lelah untuk menjayakan program ini, terbalas melihat senyuman para peserta yang pulang dengan semangat baru. Kami faham, tak mudah mereka untuk hadir ke program 3 hari ini, kerana ada yang sanggup meninggalkan keluarga, dan berusaha sepenuhnya untuk memastikan langkah kaki tegak berdiri sehingga sesi bacaan doa penutup oleh Dr Azizan Osman di akhir program.

Ironinya, Program Nak Ubah Hidup ini diadakan bersamaan tarikh hari Kemerdekaan negara dan Maal Hijrah. Mereka yang hadir ke Program NUH dah faham erti merdekakan diri sendiri dari masalah dan tekanan yang mereka hadapi. Mereka juga dah bersedia nak berhijrah dan berubah menjadi ‘orang baru’ yang ada matlamat hidup yang lebih jelas.
Dan kami yakin semua yang hadir perlu diberi ingatan bahawa setiap perubahan yang mereka lakukan, pasti ada cabaran. Ada kalanya, cabaran itu datangnya dari orang yang dekat dengan kita. Ini adalah sebahagian dari proses kejayaan.

Seperti kisah Nabi NUH membina bahteranya, ada yang kata baginda gila. Baginda tak dapat sokongan dari orang ramai, sehinggakan ahli keluarga pun tak menyokongnya. Ramai pengikut baginda mengejek-ngejek dan mempersendakan baginda.

Nak Ubah Hidup pasti ada proses yang perlu dilalui. Dan perjalanannya telah dirancang sebaik mungkin dalam program 3 hari Nak Ubah Hidup yang diadakan bersamaan Hari Kemerdekaan, Sambutan Maal Hijrah dan kaitannya dengan kisah Bahtera Nabi Nuh. Nak melalui proses menggapai sebuah kejayaan tidak semudah yang disangka. Yang menentukan kita berjaya atau tidak adalah diri kita sendiri, sekuat mana kita mahukan kejayaan dan secekal mana kita hadapi setiap cabaran.

Pesan kami kepada semua peserta yang hadir ke Program Nak Ubah Hidup, pastikan anda sentiasa berada dalam energy yang tinggi, ‘peak state’ dan jaga emosi supaya tidak mengganggu fokus anda. Cabaran anda bermula sebaik sahaja anda pulang ke pangkuan keluarga bila, pasti ada ahli keluarga yang rasa pelik lihat anda yang dah seperti orang baru, cara cakap dan berfikir dah lebih positif dan dah lebih yakin.
Apa yang penting – ingat! Apa Big Why anda dan kenapa anda perlu berjaya, kali ini – pastikan ianya jadi!
Untuk anda yang berada di luar sana, kami tinggalkan anda dengan satu soalan, tahun 2020 akan tiba tak berapa lama lagi, masanya dah sampai untuk kita hidup jauh lebih baik dan berbeza dari kita 10 tahun yang lepas, soalannya bagaimana anda nak ubah hidup anda dan menjadikannya lebih baik?