Ads

Mulanya Puan Kartika Wati Mohamed ini adalah seorang peguam. Namun beliau beralih bidang ke satu ‘dunia’ yang lain iaitu kesihatan dan kecantikan. Kerana minat yang mendalam dan keazaman yang kuat bagi menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, beliau memutuskan untuk menubuhkan Eskayvie pada tahun 2009.

Berbekalkan pengalaman yang luas khususnya dalam bidang perniagaan, beliau membawa bersama hala tuju, pengalaman dan pemikiran yang dinamik dalam membangunkan Eskayvie secara keseluruhannya.

Apabila perniagaannya semakin berkembang dan besar, syarikatnya mula goyang. Beliau menghadapi masalah sales drop dalam perniagaan yang dibinanya. Benarlah orang cakap, bisnes walaupun dah besar masih ada kemungkinan untuk stuck dan tak boleh berkembang.

Tonton kisah bagaimana Puan Kartika Wati Mohamed berhadapan dengan masalah dalam syarikatnya ini. Syukurlah dia ada team yang kuat menyokong beliau. Bila beliau tanya mereka, siapa yang nak resign dan tinggalkan Eskayvie yang tengah susah ketika itu, tak ada staff pun yang nak resign! Mereka sama-sama menyokong dan membantu membangunkan semula Eskayvie.

Dari sebuah bisnes yang dah nak tutup, selepas bermentorkan Dr Azizan Osman, sekejap sahaja Eskayvie bangkit semula dan mampu buat jualan lebih RM20 juta setahun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>