
Ilmu adalah cahaya yang dikurniakan dari Allah S.W.T kepada manusia. Memang benar kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah adalah lebih tinggi beberapa darjatnya. Hanya dengan berilmu dan berakallah manusia dapat memahami kebesaran Allah S.W.T melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya. Orang yang berilmu akan memiliki keyakinan dan kekayaan untuk mengharungi hidup ini. Carilah ilmu meskipun di negeri China, kerana mencari ilmu itu wajib bagi setiap manusia.
Seperti kata pepatah “No pain, no gain”, maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi dan ada harga yang perlu dibayar. Ada yang kata jadi seorang Titanium terlalu mahal, tapi apa yang mereka tak tahu adalah ilmu yang diberi itu melebihi dari segalanya. Setiap minggu ada saja ilmu yang sarat dicurahkan oleh Dr. Azizan Osman pada Titanium Circle dan Titanium Primer.
Titanium Circle diwujudkan bagi golongan usahawan yang berjaya dan nak terus berjaya di bawah bimbingan Dr. Azizan Osman. Bukan calang-calang orang yang dapat menjadi Titan. Rata-rata bila ditanya memang ramai di luar sana yang berebut-rebut untuk menjadi antara yang dipilih untuk bergelar Titan. Banyak saringan dan kriteria yang perlu diplilih untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli. Bukan saja bersandarkan pada sales semata-mata, tetapi mereka juga perlu komited dan semangat gigih untuk belajar dan menimba ilmu.
Untuk itu, kami terpanggil untuk berkongsi salah satu cerita menarik dari seorang Titanium Circle berkenaan perjalanannya sebagai seorang usahawan wanita yang sebelum ini kehidupannya biasa-biasa tapi selepas berjaya bergelar Titan, kehidupannya berubah tak seperti yang dijangkakan.
Jelas dengan tujuan hidup – IMKK
Puan Salina hadir ke program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) untuk pertama kalinya pada September 2016 bersama suami, kakak, adik serta founder suami isteri. Beliau tak pernah dengar pasal IMKK pun sebelum ini dan kerana ingin mencari apa sebenarnya tujuan utama hidup di dunia dan terasa hidup sangat kosong pada masa itu. Alhamdulillah, program IMKK berjaya memberi jawapan kepada soalan yang dicari.
Beliau nampak kenapa dia hidup di dunia ini apabila Dr. Azizan menyebut hidup perlu beri banyak manfaat kepada orang lain, dan ya itulah jawapannya! 3 hari sepanjang program IMKK berlangsung, ia dipenuhi dengan tangisan air mata penyesalan darinya.
Dan dari program itu juga, beliau sedar dan nampak yang hubungannya dengan Allah S.W.T tidak begitu rapat. Adakala beliau leka dan lupa untuk beramal ibadat. Kebergantungan dirinya dengan Allah tidak 100% peratus. IMKK membuka mata dan hatinya untuk meneruskan hidup mengikut landasan yang betul.
Beliau mahu berjaya di dunia dan akhirat. Ketika di IMKK, beliau mula nampak sinar dan cuba tanam impian baru. Dalam hidupnya, jarang sekali dia berimpian. Apatah lagi untuk mengimpikan menjadi usahawan wanita yang berjaya suatu hari nanti.
Untuk permulaan, beliau nekad untuk berhenti kerja. Tujuan beliau berhenti pun hanya kerana nak buat sales dalam RM40 ribu sahaja. Itupun untuk cukupkan belanja harian dan komitmen bulan beliau sekeluarga. Di IMKK, beliau ditunjukkan dengan kenapa beliau perlu besarkan kolam jiwa. Kenapa beliau perlu capai lebih dari RM40 ribu ringgit.
Hidupnya bukan hanya untuk dirinya dan keluarga kecilnya sahaja. Hidupnya adalah untuk orang sekeliling dan secara amnya untuk masyarakat Islam di luar sana. Masa IMKK juga beliau nampak dan faham apa itu BIG WHY. Sudah semestinya dia pegang kuat big whynya itu iaitu suaminya sendiri. Beliau menjalankan bisnes dan sanggup tinggalkan kerja makan gaji kerana suaminya bagi membuktikan sesuatu kepada keluarganya dan kepada suaminya bahawa berbisnes juga boleh berjaya!
Semasa di program IMKK, beliau dipersembahkan dengan sesi hot seat, yang mana beberapa orang Titan dijemput untuk berkongsi kisah mereka. Dan ketika itulah, beliau mula mengenali Titan dan terus tanam dalam fkirannya bahawa dia perlu berada di kalangan mereka. “Aku perlu berada dalam circle ni dan aku perlu menjadikan Dr. Azizan Osman sebagai mentor.” Untuk mencapai impiannya itu, hanya satu yang boleh membantu bisnesnya iaitu ilmu!
Tanpa berlengah beliau terus mendaftar diri dan memohon untuk menjadi ahli Titan. Alhamdullilah beliau diterima pada September 2016. Kelas pertama yang dihadirinya adalah Million Marketing Mastery (MMM). Kerana program MMM, beliau mempunyai syarikat Sdn Bhd, bayar GST, ada office, ada sistem perakaunan, ada sistem order dan ada staff. Sebelum ini, beliau tak nampak semua ini penting. Kerana EFP juga, beliau dan suami mula ambil gaji masing-masing.
MYB turut banyak membantu
Master Your Business (MYB) juga membantu beliau untuk create visi, misi serta core values syarikatnya. Sejujurnya tak banyak benda yang beliau faham semasa pergi kelas pada tahun pertama bersama Titan. Beliau bukanlah orang bisnes dan memang sejak dari azali beliau memang tidak meminati bisnes. Tapi, beliau cekalkan dan kuatkan hati, cuba untuk buat apa yang dia faham dahulu dan untuk membanggakan Dr. Azizan dengan menjadi anak didik yang patuh dan mengikut segala arahan dan bimbingan.
Tapi, langit tak selalu cerah, beliau melalui pengalaman pahit dalam berbisnes. Pelbagai dugaan yang dihadapi. Pahit manis dalam bisnes dilalui dengan tabah. Syukur tidak terhingga, ketika dia mengalami dugaan ini, Dr. Azizan banyak memberi ilmu bisnes yang mana membantu beliau dari pelbagai segi.
Tidak mudah untuk dia bangkit pada mulanya, dengan kehilangan semua wang simpanan, duit pun hanya cukup untuk bayar sewa ofis dan juga gaji staff sahaja. Beliau mula give-up. Bayangkan, dengan stokis lebih 30 orang, lebih 50 orang pengedar dan lebih 100 orang ejen, hilang semuanya dalam masa sehari sahaja.
Namun beliau tekad untuk bangun semula. Dalam masa 3 bulan, alhamdulillah beliau dapat pecah rekod sales pertamanya sepanjang dalam bisnes iaitu dengan memperoleh RM300 ribu sebulan yang kemudiannya meningkat kepada RM800 ribu sebulan. Semuanya adalah berdasarkan ilmu yang dipelajari dari Dr. Azizan Osman.
Perjalanan dirinya bersama dengan Dr. Azizan Osman dan Richworks sebenarnya bukan sahaja memberi impak kepada syarikatnya tetapi secara jujurnya kepada dirinya sendiri. Banyak sangat perubahan yang berlaku dalam dirinya, dari segi bisnes dan kehidupan peribadinya. Beliau berjaya menghantar kedua ibu bapanya menunaikan haji menggunakan pakej yang mahal dan juga dapat membeli sebuah kereta BMW untuk suaminya.
Inilah salah satu kisah benar daripada salah seorang Titanium sendiri. Bagi anda di luar sana, adakah anda hanya mahu membaca dan melihat saja kejayaan orang? Tepuk dada tanya iman. Masih belum terlambat untuk anda memulakan langkah.