Ads

Tanggungjawab seorang lelaki bergelar suami ni tak mudah! Setiap saat kena berusaha buat sesuatu untuk cari sesuap nasi demi keluarga. Bayangkan jika anda seorang ketua keluarga tapi keluarga serba kekurangan? Boleh di cop sebagai suami gagal tau!

Ini yang berlaku pada Tuan Khairil Azri Mad Ruzukhi hingga kehidupannya mula bergolak.

Perniagaan katering yang dibina pada 2010 ketika kehadirannya di program Intensif Kejayaan dan Kejayaan (IMKK-program dah tiada) pada 2010 mula bermasalah.

Orang cakap untuk memulakan perniagaan memang mudah tapi untuk kekalkan dan kembangkan perniagaan itu tak mudah.

Isteri mana yang sanggup melihat suami tanggung kesusahan seorang diri? Kalau korang berada di tempat isterinya pun korang akan melakukan perkara yang sama. Biarlah susah senang ditanggung bersama. Asalkan kehidupan dapat diteruskan demi anak tersayang.

Sebagai ketua keluarga, dia terharu melihat kesanggupan isterinya untuk membuat personal loan RM30 ribu bagi menampung modal perniagaan dia untuk bayar supplier dan gaji staf.

Menyentuh hati…modal yang dikeluarkan itu bukannya sikit tapi banyak.

“Inilah keadaan yang paling teruk saya alami apabila isteri saya terpaksa buat personal loan RM30 ribu bagi menampung modal perniagaan saya untuk bayar supplier dan gaji staf.”

Kesusahan yang dialaminya itu tak berakhir di situ sahaja, dalam masa yang sama juga keretanya rosak dan anggaran untuk memperbaiki adalah sebanyak RM6 ribu!

Mana lagi nak korek duit sebanyak itu? Adakah pinjaman Ah Long sebagai jalan shortcut? Sanggup ke seorang suami biarkan keluarganya diugut bunuh oleh Ah Long, bergadai nyawa hanya kerana dirinya sendiri yang tak nak ubah hidup. Mestilah tidak.

Khairil cuba untuk mencari jalan demi memberikan kemudahan kepada keluarganya.

“Kami decide untuk beli Myvi baru sebagai untuk kegunaan harian keluarga selepas kereta yang lama rosak. Bila submit loan RM40 ribu pun tak lepas. Masa ni saya rasa loser sangat. Apa yang lagi memalukan, bulan yang sama juga, saya tak mampu nak bayar gaji staf. Mereka hanya dibayar separuh gaji sahaja sampaikan staf saya ugut untuk report di pejabat buruh,” jelasnya sayu.

Sudahlah keluarganya pun hidup terkontang kanting ketika itu, gaji stafnya pun dia tak boleh nak bayar full. Bos apa macam ni?

Kerana tidak mahu menghadapi hidup yang sekadar hidup, dia mula bangkit dan join program RichWorks semula. Dia mahu perbetulkan kehidupan dan juga bisnesnya yang ketika itu nyawa-nyawa ikan sahaja.

Selepas ke program marketing, Millionaire Marketing Mastery pada 2016, bisnes kateringnya mula menampakkan sinar harapan.

Dan apa yang menakjubkan, dia berjaya capai RM1 juta pertamanya selepas komited ke kelas tersebut dan lakukan tindakan.

“Saya capai RM1 juta pertama saya pada 2016 selepas join program MMM pakej Super Supreme. Apa yang paling saya bersyukur adalah dapat pergi umrah bersama isteri tersayang setelah 2 tahun berniaga pada umur 32 tahun. Jika makan gaji ni saya tak tahu bila saya mampu,” tambahnya lagi.

Cuba korang bayangkan bagaimana perasaan dia ketika itu. Di usia muda dapat pergi ke rumah Allah. Bertapa bertuahnya. Jika dia masih berada di tahap yang sama, adakah dia akan dapat jejakkan kaki ke sana?

Korang tak mahu ke merasakan pengalaman paling berharga tu?

Jelas Khairil lagi, dengan duit bisnes tu juga dia berjaya beli tanah dan buatkan rumah untuk ibu dan ayahnya di kawasan idaman mereka. SubhanaAllah. Bahagianya dapat gembirakan keramat hidup kita. Mereka pernah bersusah payah untuk kita jadi apa salahnya kita gembirakan mereka balik?

“RichWorks banyak bantu saya bagaimana untuk buat business dengan betul. IMKK mengajar betulkan diri, betulkan hubungan dengan keluarga dan pasangan. MMM sangat powerful untuk betulkan sales dan marketing business, lepas itu saya join Master Your Business (MYB) untuk setup management team dalam Zuki Catering,” akhirinya.

Adakah korang mahu bahagiakan keluarga korang dan keramat hidup korang? Tapi bagaimana pula dengan ‘kesihatan’ bisnes korang? Adakah ON? Ke dah OFF? Jom bimbing bisnes korang dengan lebih baik bersama RichWorks dan Dr Azizan Osman.

Klik link www.richworks.com/wasap untuk konsultasi bisnes secara PERCUMA.

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>