Ads

Mungkin ada di antara kita yang tak perasan pun tentang kewujudan Google+ yang telah ditubuhkan sejak tahun 2011. Namun kerana beberapa sebab yang berlaku membuatkan syarikat Google mengambil keputusan untuk ‘membunuh’ salah satu produk mereka ini dalam masa 10 bulan dari sekarang.

Google+ merupakan laman sesawang rangkaian sosial dalam talian yang dikendalikan oleh Google. Laman ini dibuka pada 28 Jun 2011 untuk mempelawa orang ramai menyertainya untuk mengujinya. Hari selepasnya, pengguna yang mempunyai akaun dibenarkan untuk menjemput rakan-rakan mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas menyertai laman sosial tersebut.

Perkhidmatan ini direka bersama laman sosial lain seperti Google Profiles dan Google Buzz. Laman ini juga memperkenalkan ciri-ciri baharu rangkaian sosial seperti “Kalangan” (Circles), “Tempat Melepak” (Hangouts) serta “Sparks” dan “Borak” (Huddles). Dikatakan bahawa perkhidmatan ini merupakan percubaan terbesar syarikat Google untuk bersaing dengan laman Facebook.

Malangnya pada 8 Oktober 2018, mereka mengumumkan bahawa Google+ tidak akan beroperasi lagi disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

  1. Data pengguna bocor

Penyebab utama tertutupnya Google+ ini adalah kerana kebocoran data penggunanya. Memang tak dapat dinafikan, jumlah datanya memang tak main-main iaitu sekitar 500 ribu data pengguna. Lebih parah, kebocoran data ini sebenarnya sudah terjadi sejak tiga tahun yang lalu iaitu pada  2015 namun Google baru mengumumkannya sekarang. Kebocoran ini menyebabkan ratusan aplikasi lain mudah untuk mengakses informasi yang ada pada akaun peribadi pengguna Google+

  1. Pengguna yang sangat sedikit

Sebagai media sosial, seharusnya Google+ menjadi tempat di mana pengguna boleh berinteraksi dalamnya. Namun, kalau terlalu sedikit penggunanya, mana mungkin boleh beroperasi betul?

  1. Rata-rata pengguna hanya menggunakan Google+ kurang dua saat sahaja

Google Vice President of Engineering, Ben Smith menyatakan bahawa kalau setiap sesi yang berjalan di Google+ rata-rata hanya berlaku kurang dari dua saat. Bayangkan apa yang boleh dilakukan dalam hanya dua saat sahaja? Mungkin pengguna kurang berminat untuk ‘menyelongkar’ apa yang ada dalam Google + ni.

Dari perspektif bisnes, mengapa Google mengambil tindakan ini?

Tindakan Google untuk membunuh salah satu produknya ini mungkin satu tindakan yang bijak. Mengapa? Kerana kenapa nak menumpukan perhatian kepada produk yang belum tentu dapat memberi pulangan yang bagus dalam bisnes?

Seperti Dr Azizan pernah beritahu kepada usahawan bahawa tumpu dan fokus pada satu-satu bisnes dulu sebelum ambil keputusan untuk membuka bisnes lain ataupun menjalankan bisnes lain. Jika anda fokus pada satu-satu produk atau bisnes dan cari jalan untuk mengembangkan lagi bisnes anda itu, tak mustahil bisnes anda akan sentiasa menjadi bualan masyarakat.

Anda harus pandai dalam mengendalikan perniagaan anda. Rancang yang terbaik untuk bisnes dan yang paling penting adalah FOKUS. Jangan buat keputusan drastik tanpa usul periksa dengan perniagaan anda ya!

Ketahui juga 10 produk lain yang turut ‘Dibom’, ‘Mati’, dan ‘Hilang’

  1. Lively

Hanya bertahan selama setahun sahaja. Ia dicipta untuk memberi ruang kepada pengguna berinteraksi bersama rakan secara online tetapi tidak mendapat sambutan. Pada 2008, ia ditutup.

  1. Glass

Dilancarkan pada 2012 tapi disebabkan harga yang tinggi, masalah perisian, dan rupanya yang kelihatan terlalu ‘nerdy’, Google mengakhiri jualan pengguna Glass pada bulan Januari 2015, tetapi ia terus menjual peranti itu kepada perniagaan dan sedang menjalankan versi baru.

  1. Google Buzz

Adalah perkhidmatan rangkaian sosial yang disepadukan ke dalam Gmail, tetapi ia terganggu dengan masalah privasi yang bermasalah. Pada Oktober 2011 ia menutup perkhidmatannya dan memberi tumpuan kepada Google+.

  1. The Google Play

Google Play edisi telefon Android diperkenalkan pada musim bunga tahun 2014. Tetapi pada Januari 2015, mereka telah disenaraikan sebagai “tidak lagi tersedia untuk dijual”

  1. Google Wave

Direka untuk membiarkan orang menghantar mesej dan mengedit dokumen bersama-sama, tetapi pengguna keliru dengannya dan dengan cepat ianya tidak lagi digunakan. Gelombang ini bertahan hanya satu tahun sebelum ianya dibunuh pada bulan Ogos 2010.

  1. Google Video – Perkhidmatan video streaming sendiri Google
  2. Google’s Nexus Q – pemain media streaming yang direka untuk menyambungkan semua peranti rumah.
  3. Google X – enjin carian
  4. Google Reader – Aplikasi membaca berita yang membolehkan pengguna mencari cerita dari blog atau laman berita.
  5. Google Catalog – digital katalog yang ditutup pada tahun 2015.

‘Kematian’ produk ini walaubagaimanapun tidak menjadi punca untuk Google sendiri putus asa dengan keputusan yang mereka harus lakukan ini. Begitu juga dengan bisnes anda. Jika anda rasa pengeluaran sesuatu produk dalam syarikat anda tidak ‘berguna’, anda boleh cuba mencari jalan untuk ‘menghidupkannya’ kembali atau terus ‘tanam’ saja dan fokus kepada produk yang lain yang boleh mendatangkan keuntungan dan juga kebaikan. Apa pun keputusan yang dilakukan, fikir sebaiknya dan jangan melulu hentam kromo begitu saja ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>