Ads

Bagaimana untuk jelaskan fungsi media sosial? Dan paling penting bagaimana untuk mendapatkan pembeli dari media sosial? Dan adakah anda memanfaatkan penggunaan media sosial sepenuhnya?

Jika dikaitkan semula dengan prinsip asas perniagaan iaitu penjual produk dan pelanggan yang membeli, kenapa perlu fokuskan kepada prinsip asas dalam perniagaan? Ini kerana kalau anda terus mengikuti perkembangan teknologi seperti perubahan paparan pada layout, newsfeed dan sistem penyampaian, semua ini akan terus berubah.

Yang pasti penggunaan media sosial adalah untuk:

Memastikan  jenama anda diketahui oleh lebih ramai orang.

Mendapatkan seramai mungkin mereka yang berminat dengan produk anda.

Membina hubungan dari masa ke masa dengan pelanggan untuk membolehkan mereka mendapat tindak balas langsung daripada anda.

Berbicara tentang fokus utama dalam pemasaran media sosial pula, pasti ramai yang tahu terdapat 2 jenis pengiklanan dilakukan di Internet. Iaitu pengiklanan berbayar dan pengiklanan percuma. Contoh berbayar adalah apabila anda menggunakan Goggle Adwords dan menggunakan Facebook Ads.

Ini kerana menurut kajian daripada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), pengguna di Malaysia mempunyai peratusan sehingga 60% peratus mencari maklumat menggunakan enjin pencarian Google. Selebihnya bertanya maklumat mengenai produk di Facebook, diikuti oleh Twitter.

Jadi apakah platform utama media sosial yang anda gunakan? Ada 4 platform media sosial yang sangat berkesan untuk anda gunakan dalam menguasai perniagaan anda.

1. Kenapa Mesti Menggunakan Blog?

Ramai yang menganggap blog ini bukan jenis media sosial. Kalau sudah dikatakan media sosial, mestilah satu alat komunikasi kepada umum (sosial). Dan hubungan ini boleh mendapatkan tindak balas 2 hala dalam satu masa. Jadi berdasarkan ciri ini, blog atau kaedah blogging adalah kaedah media sosial. Anda boleh terus tanya dan memperoleh jawapan dalam masa yang sama. Anda boleh menggunakan komen di blog atau menggunakan Facebook Comments yang sudah ada di blog.

Menurut Hubspot.com, penjual yang menggunakan blog di laman jualan mereka menerima 434% peratus lebih tinggi pelawat dari mereka yang tidak menggunakan blog di laman jualan. Kenapa ini berlaku? Ini kerana jika anda blogging untuk produk anda, anda akan dapat lebih banyak index page oleh Google. Dan sekaligus meningkatkan kualiti SEO anda.  Hasilnya, 3-4 kali ganda pembeli meningkat dalam masa yang sama.

2. Youtube – Memukau Pelanggan Secara Visual

Youtube – Satu kaedah turun temurun, tetapi yang pasti masih lagi relevan sehingga kini. Ambil contoh, dalam seminggu berapa kali anda tonton video youtube? Dalam sehari berapa kali? Dan jangan lupa, penggunaan smartphone dan komputer ringan seperti iPad, serta tablet lain.

Semua ini mempunyai akses terus kepada Youtube. Sekaligus ini adalah faktor Youtube mendapat paparan yang tinggi setiap masa. Menurut buku SocialNomics, terdapat hampir 3 bilion video dimuat naik setiap hari. Ini menunjukkan permintaan amat tinggi di dalam Youtube terutamanya dalam perkara ‘how-to’.

3. Facebook – 12 Juta Pelanggan Untuk Anda

Facebook – Di Malaysia terdapat hampir 12 juta pengguna Facebook daripada 17.4 Juta pengguna Internet seluruh Malaysia. Kekuatan utama Facebook ialah mempunyai demografik dan psikografik yang lengkap. Demografik bermaksud anda tahu di mana lokasi mereka pada asasnya. Sekaligus ini membolehkan anda tahu di mana kumpulan sasaran anda berada. Di Facebook, anda boleh masukkan video-video yang telah anda buat di Youtube, dan biasanya video yang mendidik, memberi inspirasi, kelakar atau pelik akan dikongsikan. Jadi jenama anda lebih viral (merebak) kepada bakal pelanggan baru.

4. Instagram Jadi Platform Berniaga

Pemasaran di Instagram tidak terlalu sukar seperti di platform media sosial yang lain. Ia hanya memerlukan ulasan daripada kalangan rakan kita, artis, ataupun instafamous terhadap produk yang kita pasarkan. Malah kini Instagram telah menyediakan pemasaran berbayar iaitu IG sponsored dan cara penggunaannya juga tidak terlalu sukar. Instagram adalah platform media sosial yang menggunakan kos yang rendah berbanding media sosial yang lain. Selain itu, ia juga boleh mendapatkan pembeli yang berpotensi tinggi dengan kos sifar jika tahu caranya yang betul.

Sebagai bonus, kami kongsikan apa yang perlu dan patut anda kongsikan di blog, Facebook atau Instagram. Kami kongsikan beberapa tip ringkas.

Pilih perbincangan semasa – Contohnya jika anda melihat ada cerita mengenai industri dalam mana-mana media, apa anda perlu buat ialah kongsikan pendapat anda mengenai perbincangan semasa yang berkait dengan produk anda.

Ceritakan benda baru – Anda boleh ceritakan benda-benda terbaru dalam industri anda, dari segi teknologi, platfom, atau idea-idea baru yang berkait dengan perniagaan atau topik anda.

Ceritakan perkara lama dengan cara baru – Anda boleh juga mengambil maklumat yang sudah lama seperti tip pemasaran, motivasi atau inspirasi dengan cara anda sendiri. Sekaligus ini juga membuatkan anda dan pelawat belajar secara tidak langsung.

Cerita mengenai orang yang hebat – Anda boleh tag nama-nama orang hebat atau gunakan fungsi mention untuk artikel anda tulis.

Mudahkan – Banyak mana sekalipun maklumat anda, pastikan mudahkan mereka untuk menerima maklumat. Contohnya apabila menulis dalam blog pastikan isikan penulisan hanya 3 baris maksimum, dan diselangi dengan gambar-gambar penerangan.

Semoga bermanfaat dan yang paling penting sebenarnya adalah selain untuk anda ada ilmu yang betul dalam perniagaan, tindakan anda juga sangat penting. Sekiranya anda ada ilmu setinggi piramid pun jika anda tak buat tindakan, semuanya hanya sia-sia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>