Ads

Siapa sangka, idea hanya review mainan dalam Youtube jer dah boleh jadi jutawan! Apa yang paling menarik, jutawan ini hanyalah seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun. Pergh…baru 8 tahun bro! Kau 6 tahun buat ape? Main guli je kan? Ke tengok kartun? Mengaku je lah…

Telatah budak lelaki comel, Ryan dalam setiap video yang dimuatnaik dalam channelnya iaitu Ryan ToysReview ini ternyata memberi impak ‘wow’ terhadap penonton yang menontonnya. Ye lah kan siapa je yang ada idea hebat macam ni. Kalau anda nak tahu, ibu bapa Ryan berhenti kerja semata-mata untuk memberikan sepenuh perhatian kepada channel anaknya ini.

Apa yang Ryan tonjolkan dalam videonya? Simple saja, beliau hanya menunjukkan cara bermain permainan yang baru sahaja beliau dapatkan. Nampak simple bukan? Telatah Ryan serta pemilihan mainan yang menarik di setiap episod antara yang membuatkan channel Ryan ToysReview tampil unik serta berjaya mengutip 17 juta pengikut sehingga kini.

Selain itu, anak kelahiran Amerika Syarikat ini juga pernah diiktiraf oleh Forbes sebagai salah satu bintang YouTube yang memperoleh bayaran tertinggi di dunia pada tahun 2017. Beliau juga antara Youtuber terkaya pada 2018. Meraih pendapatan RM45 juta setahun, ternyata beliau adalah bintang cilik yang bukan biasa-biasa.

Mengimbas kembali saat tercetusnya idea fenomena ini berlaku, ibu beliau, Loann bekas guru sains sekolah menengah ini berkata saluran anaknya itu dilancarkan pada bulan Mac 2015 ketika Ryan berusia 3 tahun.

“Ryan menonton banyak saluran mainan. Antaranya saluran kegemarannya adalah EvanTubeHD dan Hulyan Maya kerana mereka selalu membuat banyak video mengenai Thomas the Tank Engine, dan Ryan menjadi serba tahu mengenai Thomas.

“Suatu hari, dia bertanya kepada saya, ‘Kenapa saya tidak ada di YouTube sedangkan kanak-kanak lain ada?’ Jadi kami membuat keputusan bahawa ya, kita boleh buat itu.

Mereka kemudiannya membawanya ke kedai untuk mendapatkan mainannya yang pertama – ia adalah satu set kereta Lego – dan semuanya bermula dari situ,” kata Loann.

Pada mulanya, salurannya itu tidak mendapat perhatian, namun ketika beliau memaparkan video dia mengkaji permainan Surprise Egg Giant, sekaligus mencetuskan fenomena. Sejak itu, beliau telah membuat banyak ulasan harian mengenai mainan dan makanan baru untuk kanak-kanak.

Hebat bukan? Hanya menggunakan media soaial Youtube shaja, tanpa mengeluarkan sebarang kos, beliau dah boleh menjadi jutawan. Apa yang anda boleh pelajari dari anak kecil ini?

1. Usaha, jangan pernah putus asa!

Ramai usahawan yang berniaga akan cepat putus asa bila perniagaan mereka mula goyang. Asal barang tak laku, menyerah kalah. Lepastu tanam anggur depan rumah! Anda tak boleh begini. Apabila anda masuk ke medan perang berniaga ini, anda perlu kuat harungi halangan musuh yang cuba menjatuhkan tanah jajahan anda!

Anda lihat sendiri apa yang berlaku pada Ryan. channelnya dulu tak ada siapa pun yang sudi tengok, tapi anda lihat sekarang, beliau dah pun mempunyai 26 juta viewers! Jadi jangan putus asa dan teruskan apa yang ada lakukan sekarang dan perbaiuki dari masa ke semasa.

2. Idea kena menarik dan lain dari lain

Apa yang dibuat oleh Ryan adalah antara satu idea hebat yang orang lain belum buat. Anda boleh nampak tak apa relatenya dengan bisnes? Anda boleh cuba tonjolkan kelainan pada produk atau perkhidmatan anda sekarang.

“Eh itu bukan produk aku, buat apa aku nk tonjolkan pulak?” Jangan sesekali cakap seperti ini. Walaupun produk yang anda jual sekarang ni bukan produk anda sendiri, anda perlu cari sesuatu yang boleh menampakkan produk anda itu lain dari lain. Baru lah orang boleh nampak anda.

Apa yang dapat simpulkan disini adalah, anda perlu sentiasa kreatif dan jangan cepat putus asa dengan apa yang berlaku terhadap perniagaan anda. Anda perlu bersabar. Ryan adalah antara kanak-kanak yang sangat luar biasa dan genius. Anda harus contohi beliau!

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>