
Ramai yang rasa bisnes adalah untuk kaya.
Ramai yang rasa bisnes hanya untuk cari duit poket.
Ramai juga yang rasa bisnes adalah sekadar bisnes.
Tapi ramai yang tidak menjangka bahawa bisneslah yang akan membantu hidup anda dan juga keluarga untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Pernah tak anda nampak betapa gigihnya seorang peniaga dalam menjalankan bisnes setiap hari. Pagi-pagi sudah keluar ke pasar untuk membeli barang sebab nak berniaga sebentar lagi. Belum nampak masalah bahan mentah mahal, stok tak cukup, pembekal tak bagi kerjasama. Penat lelah mereka tiada siapa tahu. Itu lah yang berlaku kepada ramai peniaga kedai makan dan ini juga adalah nasib seorang remaja perempuan yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab bapanya untuk meneruskan kehidupan.
Puan Deyyana Awaluddin pada usia 20 tahun terpaksa menguburkan impiannya untuk menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi disebab oleh beliau terpaksa mengambil alih perniagaan kedai makan milik arwah ayahnya di Restoren Indah Permai Klang,Selangor.
“Hanya bisnes menjadi mata pencarian kami dan satu-satunya harta peninggalan arwah ayah yang kami ada. Hidup kami susah. Tiada saudara mara yang bantu keluarga kami. Setiap hari saya menangis dan akan ke kubur arwah ayah untuk mengadu betapa beratnya tanggungjawab saya pada usia remaja ketika itu katanya. Tiada saudara mara yang datang membantu apatah lagi yang menanya khabar.”
Beliau merupakan anak sulung daripada 6 adik beradik. Disebabkan tanggungjawab sebagai anak sulung, beliaulah yang berkerja keras untuk memastikan adik-adiknya menamatkan pengajian di sekolah. Kalau kita pada usia 20 tahun apa yang kita lakukan? Kita mungkin berada di pusat pengajian tinggi untuk menyambung pelajaran tetapi tidak bagi Puan Deyyana.
Bayangkan jika ayahnya tiada bisnes pada ketika itu, apakah yang akan berlaku kepada keluarga mereka? Alhamdulillah, berkat kegigihan dan usaha Puan Deyyana selama 12 tahun mengemudi bisnes restoran ini akhirnya banyak perubahan yang berlaku dan semakin lama semakin dikenali. Apa perkara betul yang beliau lakukan adalah walaupun tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, beliau mengambil keputusan untuk mencari mentor dan belajar ilmu bisnes bagi menambah baik lagi bisnes yang dijalankan sekarang.
Tindakan bijak yang Puan Deyyana lakukan ini memberi pelbagai impak dari segi bisnes dan juga kehidupannya. Antaranya pencapaian yang beliau peroleh adalah ditawarkan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor bagi program Zero to Hero, membuka cawangan gerai cendol di Uptown Danau Kota, dan ramai antara pengusaha yang datang untuk kolaborasi bersama-sama apabila melihat banyak peningkatan di restorannya. Dengan komitmen dan ilmu yang beliau pelajari, ianya banyak memberi impak kepada bisnesnya. apa yang penting jangan ada perkataan putus asa dalam diari hidup anda.
Hafiz Jasmi
Vice President – SBU Mentoring Program
Head of SPIRE Mentorship Program