Ads

ANDA RASA ANDA MAMPU HADAPI CABARAN EKONOMI YANG SEMAKIN KRITIKAL SEKARANG?

Soalan ni mungkin buat anda sakit kepala memikirkan bukan? Belum lagi masuk tahun hadapan. Bersediakah kita? Adakah tahun 2019 nanti akan memberikan kenangan manis buat kita? Bagaimana pula keadaan ekonomi di masa hadapan? Mampukah kita survive? Adakah anda tahu bahawa anda kita sedang menuju ke arah ekonomi yang sangat gawat. Adakah anda ‘aware’ tentangnya? Adakah anda betul-betul bersedia menghadapi gelombang ini?

Kadang-kadang perkara ini mungkin tak pernah terlintas langsung di fikiran anda. Sesetengah orang akan berpegang dengan pendirian, “Alah, just go with the flow, relax sudah…” Jangan! Anda perlu tahu apa yang sedang berlaku di negara ketika ini terutamanya anda yang menjalankan perniagaan. Lagi-lagi pulak anda adalah seorang pemilik perniagaan. Banyak perkara yang perlu anda highlightkan.

Kebelakangan ini, ramai pakar ekonomi yang sudah mula membuat ramalan berkaitan risiko ekonomi Malaysia yang akan menjadi semakin perlahan. Namun seperti biasa, walaupun ekonomi berisiko menjadi perlahan, tidak bermaksud setiap individu dan sektor di Malaysia akan menjadi susah. Pun begitu, jangan anggap enteng.

Dr Azizan Osman pernah berkata, keadaan Malaysia ketika ini agak memberikan cabaran. Negara kita terhutang banyak dan sumber pendapatan negara datangnya dari cukai. Cukai adalah sumber utama pendapatan negara yang menyebabkan kita perlu tanggung dan bayar kos perkhidmatan gaji, perkhidmatan awam yang boleh gunakan untuk bangunkan infrastruktur. Dan bila start pembangunan ini berlaku, dia akan merangsang lagi ekonomi dan bila ada pembangunan dia akan menyebabkan orang bisnes dapat projek dan mereka boleh bayar pekerja dan dia juga akan bayar cukai. So ekonomi cycle ini akan berlaku.

Apa yang berlaku ketika ini adalah hutang meningkat, cukai berkurang sumber kurang dan bajet mungkin akan dipotong dan kekangan ekonomi. Projek pula diberhentikan, syarikat yang bayar gaji pekerja tak berlaku dan slow down dan kesannya tahun hadapan ada syarikat yang terpaksa buang pekerja dan ada company yang akan tutup dan slow down.

Duit di pasaran pulak berkurangan sebab bajet dan kalau kita lihat secara ekonominya, ini adalah perkara yang tak bagus melainkan yang kita dah ready dengan strategi dan knowledge dan metod untuk survive dan grow. Ada company yang akan survive tapi mereka ini akan bersaing antara satu sama lain. Orang akan mula memilih. Nak berjimat kerana bila orang dah mula berbelanja, mereka akan lebih memilih. Kalau ada bisnes, ini akan lebih mencabar. Ramai orang akan berbisnes kerana ekonomi dan pesaing akan ramai dan kalau anda tak bersedia, ia akan jadi sangat mencabar. 2019 bakal jadi mudah jika anda betul-betul dan ready dan plan dengan betul.

Jadi anda patut dah mula fikir dan rancang apa yang perlu dilakukan pada tahun hadapan. Jika anda adalah pemilik perniagaan, anda mesti perasan yang pelanggan semakin hari semakin berkurang. Betul betul? Atas sebab apa? Anda jangan ambil mudah. Fikir dan cuba rancang bagaimana untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk datang membeli produk anda.

Jika anda pelabur, tidak kira sama ada yang berprofil tinggi, rendah atau sebagainya, dengan ekonomi yang tidak stabil ini pasti menyebabkan anda sukar untuk tidur malam kerana kesukaran membuat keputusan sama ada anda perlu menjual, membeli atau menyimpan pelaburan anda. Apa yang perlu dilakukan? Cari jalan penyelesaian yang dapat membantu anda.

Dan yang terakhir, jika anda seorang pekerja, pastikan anda sedar tentang keadaan ekonomi yang kurang stabil kini yang boleh memaksa majikan anda untuk mengecilkan bajet secara drastik dan pasti akan mengancam karier anda. Jadi apa yang boleh dilakukan anda? Jangan hanya duduk menongkat dagu sahaja! Dengan ekonomi yang semakin kritikal ini, anda perlu ‘kreatif’ untuk menjalani hari-hari mendatang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>