
Hidup ni memang takkan pernah senang kalau kita sendiri tak ubah. Kebanyakan orang anggap bila orang tu hidup senang dan berjaya, dia memang dilahirkan dalam keadaan yang senang. Memang dia senang, tapi dulu hidup dia bersusah payah juga…
Antaranya, Puan Nurul Eliana yang kini adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan hanya menjual pakaian wanita – Hermosa Wear bertapak di Bandar Sunway. Tambah-tambah lagi, dah ramai wanita yang buat bisnes dan berjaya dengan usaha mereka sendiri. Puan Eliana ni lah antara wanita-wanita hebat tu.
Sebelum ni, Eliana merupakan seorang support Engineer. Mungkin ada orang anggap “wah kerja dia bagus, mesti gaji pun banyak…” Tapi hakikatnya tak. Walaupun orang cakap Eliana ni kerjanya bagus, dia masih lagi tak dapat seperti apa yang dia harapkan.
Bayangkanlah… Duduk di tengah bandar yang dah sah sah taraf hidup tinggi. Gaji pula tak sebanyak yang orang lain sangka. Dia masih sekadar cukup makan sedangkan terlalu banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Eliana sangat-sangat nekad nak ubah hidup.
Situasi hidup Eliana diuji Tuhan bila suami kesayangannya terlibat dalam kemalangan yang agak besar dan teruk. Apa yang tambah susah Eliana, ketika tu dia sedang sarat mengandungkan anak sulung. Keadaan tu memaksakan Eliana untuk berhenti bekerja sebab nak jaga suami yang sakit.
Pada tahun 2013, dia memulakan secara kecil-kecilan dengan bermodalkan wang simpanan sebanyak RM400. Disebabkan Eliana merupakan salah seorang pengikut setia RichWorks, Eliana selalu dapat inspirasi dari kisah-kisah #AnakDidikDrAzizanOsman.
Eliana sentiasa rasa kagum melihat kegigihan Dr Azizan Osman dalam membimbing para usahawan dan sangat-sangat passionate nak bantu orang berjaya. Tapi, apa yang membuatkan dia kecewa, tak pernah pun ada peluang untuk hadir ke mana-mana program RichWorks sebabkan kekangan kerja dan duit.
Sampailah pada tahun 2018, perasaan Eliana jadi berkecamuk bila diumumkan IMKK terakhir akan diadakan pada November 2018. Eliana terus tekad nak join program terakhir yang merupakan program pertama yang dihadirinya. Perjalanan sebagai seorang usahawan diteruskan sampailah diterima menjadi ahli Titanium.
Apa yang Eliana boleh banggakan ialah, dia dah ada sebuah syarikat yang semakin berkembang dengan team yang ramai, ejen seramai 150 orang dan jualannya pula semakin meningkat sehingga 100%.

Macam mana kisah Puan Eliana tadi? Selama ni hidupnya susah tapi dia mampu UBAH hidupnya 360 darjah dengan hanya BERTINDAK je. Bagi Eliana sendiri, formula untuk berjaya semuanya berbalik pada diri sendiri. Kalau dia sendiri yang tak ubah, nasibnya mesti masih berada di tahap yang sama sekarang…
Lagi satu, kami nak ajak anda untuk tonton sesi live Talkshow Nak Ubah Hidup bersama tetamu undangan kali ni, Puan Nurul Eliana sendiri. Jangan lupa untuk tonton MALAM INI pada jam 9 malam di Facebook Page Azizan Osman. Ajak sekali rakan-rakan anda yang lain supaya mereka terinspirasi dari perkongsian Puan Eliana sendiri.
Tonton video di bawah dan share dengan orang ramai supaya mereka juga ada keinginan untuk ubah hidup macam anda…

Impian kami di RichWorks nak tengok lebih ramai orang yang mampu ubah hidup supaya dapat capai lebih banyak impian. Kalau anda nak capai impian dan nak ubah hidup, atau kenal sesiapa yang struggle untuk ubah hidup, sertai program Nak Ubah Hidup seperti di bawah
Tarikh: 30 Ogos – 1 September 2019
Lokasi: Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam.
Kalau anda kenal sesiapa yang hidupnya susah, tak habis dengan masalah kewangan, tak mampu nak sediakan keperluan keluarga atau anda sendiri yang nak ikuti program Nak Ubah Hidup, layari www.NakUbahHidup.com
Salam Kejayaan,
Team RichWorks