Ads

Bisnes yang maju, adalah bisnes yang mampu membantu memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyarankan agar rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui berniaga yang sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara, Sumber Sinar Online tarikh 25 Ogos 2018.

Walaupun begitu, ramai peniaga hampir hilang fokus dan beralih arah kepada bisnes lain yang mana ia boleh mengakibatkan hasil jualan menurun, pelanggan tiada, kos yang terpaksa ditanggung terlalu tinggi dan mereka juga terpengaruh kepada bisnes orang lain.

Sebelum memulakan bisnes lain, anda boleh mengatasinya dengan mengkaji apakah penyebab berlakunya perkara tersebut dengan membuat senarai semakan sebelum memulakan sesuatu bisnes. Antara cara yang dapat diatasi adalah dengan membuat jadual kempen untuk setahun terutama semasa musim perayaan.

Apabila anda mempunyai jadual kempen, anda akan lebih fokus kepada tarikh-tarikh penting untuk anda buat jualan runtuh. Contohnya pada musim gaji, orang ramai akan keluar untuk berbelanja, haa…pada masa inilah yang anda akan fokuskan pada jualan anda nanti.

Kebanyakan peniaga yang masih baru atau telah berniaga lebih dari setahun akan menghadapi masalah ini, iaitu pelanggan yang lari atau tidak singgah pun ke kedai. Inilah pentingnya anda fokus dan sentiasa agresif untuk mencipta dan menjaga hubungan kepada pelanggan. Maklumat penting seperti nombor telefon, nama penuh, alamat email, lokasi dan pekerjaan adalah maklumat penting yang anda harus simpan.

Selain itu, anda juga boleh cuba menghantar promosi atau ucapan hari lahir kepada mereka melalui email, sms, atau whatapps. Ini kerana dengan adanya hubungan antara pelanggan, anda mampu membina kepercayaan untuk datang ke kedai atau membeli produk anda.

Kos yang terlalu tinggi juga antara penyebab ramai peniaga boleh hilang fokus. Banyak kos yang perlu diteliti oleh peniaga antaranya kos operasi, kos iklan, dan kos keuntungan dan kerugian. Setiap kos ini perlulah direkodkan bagi memastikan peniaga tidak menanggung kerugian atau hutang. Ini boleh diatasi dengan menyediakan belanjawan, rekod setiap keluar masuk duit atau aturkan setiap perbelanjaan yang anda ingin gunakan. Jadi anda mampu membantu peniaga untuk mengawal setiap aliran tunai yang digunakan dan boleh mengurangkan risiko kos operasi yang terlalu tinggi.

Ada satu perkara lagi, anda selalu sangat terpengaruh dengan bisnes orang lain. Cuba fokus dan tumpukan perhatian dengan perniagaan yang sedia ada tu. Inilah pemikiran sesetengah usahawan, kononnya bila tengok bisnes orang lain berjaya, dia pun nak juga berniaga benda yang sama. Kononnya nak jugak berjaya tapi bila dah tukar, bisnes tak jalan jugak! Semua tidak terurus dengan baik.

Inilah pentingnya setiap peniaga ada matlamat jangka pendek dan jangka panjang bagi bisnes yang dijalankan. Ia untuk membantu peniaga lebih fokus untuk mencapai matlamat yang telah dirancangkan.

Dr Azizan selalu berpesan kepada #AnakDidikDrAzizanOsman untuk sentiasa fokus dengan perniagaan mereka sekarang. Dengan ini sikit demi sedikit, semua perkara akan dapat dikecapi dari masa ke semasa. Sebab tu orang cakap, mentor itu penting dalam hidup kita. Adanya orang yang selalu push, maka kerja pun akan jalan. Kalau kau dah duduk seorang diri, mulalah keluar biawak-biawak dalam diri tu. Last last semua tak jalan.

Kesimpulannya, setiap peniaga perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi apa sahaja risiko yang bakal berlaku apabila berniaga. Hendak berniaga adalah mudah tetapi hendak kekalkan perniagaan perlulah menitikberatkan pelbagai pekara seperti kekalkan fokus dalam berniaga mampu membuatkan bisnes anda terus maju ke hadapan.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>