Ads

Melaka negeri bersejarah sekali lagi menjadi saksi ketekunan dan kesungguhan ahli Titanium Premier #AnakDidikDrAzizanOsman untuk menambah ilmu dalam bisnes mereka. Terkenal dengan Baba dan Nyonya, ternyata tema yang kami bawakan kali ini juga adalah berdasarkan Baba dan Nyonya juga.

Jika di ICM Langkawi pada Februari 2019 bertemakan Bangsawan, kali ini ICM Premier pun turut berkongsikan tema yang sama iaitu Bangsawan namun kami ‘highlightkan’ kepada tema ala-ala Baba dan Nyonya. Ternyata tema yang dipilih mendapat perhatian 24 Titanium Premier yang masing-masing segak bergaya mengenakan pakaian mengikut tema yang diberi.

Kami memilih Majestic Hotel di Melaka kerana kena dengan tema yang dibawa kesinambungan daripada ICM Langkawi yang berlangsung pada Februari lalu, bersamaan dengan reka bentuk hotel yang heritage. Bukan itu sahaja, Melaka juga adalah antara salah satu pusat pedagang berkumpul dari China yang dikenali sebagai pusat pedagang berkumpul.

Kali ini, Titanium Premier yang berkampung pada 16 hingga 18 April 2019 yang mana mereka didedahkan dengan beberapa sesi berkaitan perniagaan. Mereka diberi ilmu berkenaan strategi perniagaan, business plan dan juga clarity bagi halatuju bisnes yang mereka jalankan itu.

Mungkin bagi sesetengah orang, menjalankan perniagaan ni mudah, namun mereka harus ingat, setiap bisnes itu bukan sekadar ‘running’ bisnes dan hanya berhenti di situ sahaja, malah ia perlu berkembang ke arah yang lebih luas.

Bagi beberapa ahli Titanium Premier, peningkatan bisnes mereka sangat banyak dan ternyata keahlian mereka di dalam Titanium dan bermentor dengan Dr Azizan Osman banyak membantu perkembangan bisnes mereka. Bagi pengasas Jamumall.com, Tuan Nizam berkata banyak magic moment berlaku dalam perniagaannya. Jelasnya apabila fokus, perniagaannya ternyata memberi impak yang luar biasa.

Pesan Dr Azizan Osman sendiri apabila kita fokus kepada sesuatu, ia akan boleh pergi jauh. Jamumall yang dari zero kini dah jadi hero. Apa yang menariknya apabila menjadi Titanium adalah, mereka lebih mudah untuk berinteraksi dengan mentor mereka sendiri dengan lebih dekat dan setiap permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan perbincangan bersama dengan Dr Azizan Osman sendiri.

ICM ini juga memberi lebih banyak input dan clarity atas setiap isu berbangkit semasa perbincangan antara sesama ahli. Apabila anda berada di dalam Circle yang sama, masing-masing akan sama-sama belajar dan faham atas setiap masalah yang berlaku. Malah ia lebih membantu mereka untuk mengembangkan dan meningkatkan perniagaan mereka mengikut industri yang mereka ceburi. 3 hari yang diperuntukkan banyak membantu mereka mengendalikan bisnes dan memajukan bisnes dengan lebih berjaya selepas ini.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>