Ads

Setiap sesuatu yang wujud di muka bumi ini, pasti akan ada titik akhirnya. Pusingan hidup yang berputar pasti ada penamatnya. Begitu juga dengan program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Program IMKK yang dipanggil keramat oleh mereka yang pernah hadir juga telah sampai ke noktah akhirnya. Program yang telah dijalankan secara rasminya semenjak 2010 ini dianggap sebagai titik tolak kejayaan dan perubahan hidup ramai peserta yang menyertainya. Semenjak ianya dijalankan, lebih dari 80,000 ribu peserta telah hadir.

Asalnya program ini pernah diadakan hanya 2 hari sahaja, kemudian ianya dilanjutkan kepada 4 hari dan sekarang ianya menjadi 3 hari. Program intensif ini adalah satu platform yang dapat membantu peserta yang hadir untuk kenali potensi diri dan lebih faham tentang makna dan nilai sebuah kejayaan dalam hidup.

Sepanjang program 3 hari ini berlangsung, minda peserta akan diasak untuk keluar dari keselesaan, emosi peserta akan digegarkan dengan bermacam-macam perasaan yang akan menyelongkar semua yang selama ini tersimpan dan menghalang diri dari kejayaan. Peserta juga akan diminta untuk buat lebih banyak tindakan yang ada antaranya disifatkan sebagai ‘sesuatu yang baru, dan tak pernah dibuat seumur hidup.’

Nama asal program ini ialah Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan yang kemudiannya ditukarkan kepada Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan di mana objektif utama kewujudannya adalah untuk melahirkan insan-insan yang mampu menjadi magnet kekayaan dan kejayaan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Ianya bukan satu proses yang terlampau susah, tetapi ramai orang tidak tahu atau memandang remeh. Kami percaya jika ianya tak dimulakan dari sekarang, kejayaan itu akan terus semakin jauh.

Program yang menampilkan formula kejayaan Dr Azizan Osman ini, ironinya lahir dari kisah Mentor Usahawan itu sendiri. Di mana pada satu masa Dr Azizan Osman sendiri pernah ditimpa kesusahan hidup. Beliau yang mendapat pendidikan di sekolah Cina selalu meneliti cara hidup rakan-rakan sekolahnya yang terdiri dari anak usahawan. Mereka datang ke sekolah dengan kereta besar, dan ini membuatkan beliau terfikir tentang menjadi usahawan.

Selepas menamatkan pelajaran, beliau mula berniaga sabun, ubat kuat, kelapa dan macam-macam lagi di mana dari situlah beliau belajar tentang menjadi usahawan itu bukan suatu perkara yang mudah jika tanpa ilmu dan mentor. Pada satu saat, beliau terjebak dengan pelaburan dan telah membuat percaturan yang besar dalam pelaburan yang beliau tidak tahu hujung pangkalnya. Malangnya, pelaburan tersebut membawa kepada kerugian dan menyebabkan Dr Azizan Osman terpaksa berhutang dengan Ah Long sehingga terpaksa menggadaikan rumah ibu bapanya.

Dalam proses dia mencari makna kejayaan, beliau cuba untuk berjumpa dengan beberapa usahawan jutawan untuk tahu bagaimana mereka boleh berjaya, malangnya tak ada yang mahu dan sanggup meluangkan masa untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengannya.

Sehinggalah beliau berjumpa seorang usahawan berbangsa Cina, yang sanggup berkongsi rahsia dengan mereka. Dr Azizan Osman kemudiannya melalui beberapa episod pengalaman dalam bidang marketing, periklanan dan bisnes sehingga mampu membina satu team yang fokus kepada membuat pemasaran untuk beberapa jenama telekomunikasi terkenal di Malaysia.

Sehingga kini, beliau telah berjaya membantu membina usahawan jutawan sehingga terhasilnya jenama terkenal seperti Nurraysa Beauty, Bantal Hotel DAG, Mood Republik, Dexandra Perfume, Roket Emel, Sifu FBAds, Seraimas Herbs, Andalusia Travel & Tours, Mampu Umrah, Ayam Bismi, Wondercheese, Al-Fateh Genius, Little Caliphs, Sambal Garing Che Noor, Charms Foundation, Zawara Cosmetic, Arowana Perhentian Resort, Jus Goyang Rapat, Jamu Susuk Dara dan banyak lagi.

Selain dari itu, ramai juga selebriti tanah air yang hadir ke IMKK seperti Dato’ Seri Vida, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi, Rozita Che Wan, Zain Saidi, PU Shahul, Dato Ziela Jalil, Erra Fazira, Dato Afdlin Sahuki, Amy Search, Fynn Jamal, Yatt Hamzah, Azza Elite, Sherina Ridzuwan, Lan Pet Pet, Ayu Raudhah, Farizal Marlias, Nubhan, Rosma, Khai dan ramai lagi. Ada antaranya yang dah mampu membina jenama sendiri dan membina bisnes dengan betul hasil dari ilmu-ilmu yang dipelajari di Richworks.

Dan apa yang lebih menarik, ramai peserta yang hadir telah berkongsi kisah perubahan dan peningkatan hidup mereka dari hidup yang susah, banyak hutang, pernah dikejar Ah Long, pernah merempat, pernah meminta-minta dan dihina sehingga mampu memiliki perniagaan sendiri yang menghasilkan pendapatan jualan sehingga 6-7 angka sebulan.

Alhamdulillah, dan dalam program Richworks terutamanya IMKK, kami menekankan setiap peserta untuk menjadi insan bermanfaat kerana kami yakin kejayaan dan kekayaan yang diterima adalah untuk dikongsi serta membantu orang lain. Kerana itu kami sering menerima berita tentang #AnakDidikDrAzizan yang selalu membuat aktiviti amal di dalam dan luar negara.

IMKK Terakhir yang diadakan pada 2-4 November 2018 ini adalah satu pencapaian besar kepada kami. Dengan hampir 11,000 ribu peserta yang mendaftar, kami telah memberikan yang terbaik buat mereka.

Kami pasti, ianya adalah momen paling indah dan terbaik untuk kami. Kepada semua peserta yang hadir, mereka telah berikan komitmen yang tinggi, fokus, dan buat tindakan mengikut ilmu yang bakal dipelajari nanti. InsyaAllah tak lama lagi kami akan terima lebih banyak kisah kejayaan dari mereka yang hadir ke IMKK kali ini.

Apa akan berlaku selepas IMKK berakhir? Apa perancangan kami selepas ini? Bermula tahun 2019, matlamat kami di Richworks bersama pengasasnya Dr Azizan Osman adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan jutawan. Usahawan yang boleh memacu kejayaan untuk diri sendiri, keluarga, orang terdekat, untuk agama dan bangsa. Bagaimana kami nak melakukannya? Tunggu…terus nantikan khabar berita dari kami!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>