
Sambungan dari apa yang saya dah share dalam sesi Live Bangun! Saya rasa tak lengkap kalau saya tak kupaskan sekali lagi topik ni dengan lebih jelas. Saya faham topik ni agak berat, memang berat pun sebenarnya.
Jadi untuk berikan pemahaman yang lebih mudah untuk anda semua, saya decide untuk share juga dalam bentuk penulisan supaya boleh ulang-ulang baca dan hadamkan. Anda cuma kena spend time sikit je.
Sejak mulanya merebak Novel Coronavirus (COVID-19) ni pada Disember 2019 sehingga semalam, World Health Organisation (WHO) mengesahkan sebanyak 152,428 kes COVID-19 di seluruh dunia.
Dan di Malaysia sendiri, laporan terkini COVID-19 (15 Mac 2020) menunjukkan peningkatan kes baru di Malaysia sebanyak 190 kes, dalam masa 1 hari sahaja.
Setiausaha Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Malaysia, Ms Yeoh Seng Hoi berkata, pengeluar barangan/produk elektronik menghadapi kekurangan bahan mentah akibat gangguan bekalan rantaian di China, menyebabkan mereka perlu menangguhkan semua jadual produksi.
Peniaga retail SME dan bisnes hotel telah mengalami kemerosotan 30% sejak Januari 2020.
Cabaran yang perlu dihadapi: Menjadi permulaan yang sukar untuk tahun 2020. Peningkatan bilangan kes COVID-19 memberi impak kepada kebanyakan perniagaan – seperti sektor perhotelan, penerbangan, pelancongan dan F&B serta beberapa sektor lain.
Peniaga berdepan dengan situasi kelembapan ekonomi/pasaran terutamanya SME yang sangat terdedah dengan risiko tidak dapat meneruskan operasi kerana saiz perniagaan yang kecil dan sangat bergantung kepada Cashflow yang perlu masuk setiap hari.
Sampai bila krisis ini akan berterusan? Adakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan krisis ini? Apa plan B yang anda ada?
Apa yang saya nak kongsikan ini adalah antara pendekatan atau TIPS yang peniaga SME perlu ambil kira dan ambil tahu. Persediaan adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang berniaga.
1/ Perlu tenang dan tidak panik. Kena tahu apa yang pelanggan anda mahu dan fikir
Pelanggan masih ada kuasa membeli, jadi anda sendiri perlu tahu apa masalah pelanggan dan bagaimana anda masih boleh bantu mereka. Pada situasi sekarang, sangat bagus untuk anda mula buat survey untuk tahu apa yang pelanggan anda mahu atau apa situasi yang sedang mereka hadapi.
2/ Lebih peka terhadap persekitaran
Pada masa ini juga adalah masa yang sesuai untuk anda jadikan satu kempen strategi anda. Cuba dapatkan perhatian pelanggan anda dan tunjukkan yang anda ambil berat tentang mereka dengan kongsikan info-info yang berguna berkaitan krisis yang sedang berlaku
3/ Fokus pada bina brand anda
Bina brand. Buat orang percaya pada anda dan mereka akan sentiasa membeli pada anda. Pada saat krisis sekarang, anda tidak boleh down atau give up, kena bina brand supaya orang nampak anda.
4/ ‘Optimum’kan komuniti dan pelanggan setia anda
Lebih mudah dan murah untuk kekalkan pelanggan yang sedia ada daripada sibuk nak cari pelanggan baru. Pelanggan cenderung untuk beli lagi pada kita bila mereka percaya dan selesa dengan brand kita.
5/ Urus Cashflow dengan lebih baik
Jangan terlalu berbelanja pada perkara yang tidak mendatangkan faedah atau keuntungan. Kena buat bajet dan planning yang betul. Kita tidak tahu sampai bila krisis ini akan berlanjutan, jadi perlu untuk anda simpan duit atau ada emergency fund untuk situasi yang memerlukan.
Jangan jadikan krisis yang berlaku sekarang ni point untuk anda mula give up. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Anda cuma kena bersabar dan sentiasa cari jalan untuk berdepan dengan apa saja situasi.
Salah satu mutiara kata dari Tuan Hj Jerry yang saya pegang:
“What doesn’t kill you, will make you stronger.”
Saya harap anda pun jadikan kata-kata ni semangat untuk anda.
Nasrul Hadi, C.A.(M)
Vice President, Richworks International Sdn Bhd
#NasrulHadiShukran
#SmartAccountant
#NakUrusBisnes