Ads

Dalam samar-samar gelap cahaya lampu jalan di waktu Subuh dah kelihatan Pak Abu (bukan nama sebenar) terbongkok-bongok membuka kunci shutter kedainya. Seorang diri dia gigih nak pastikan kedainya dibuka awal setiap hari.

Begitulah rutin setiap hari Pak Abu dan isteri selepas balik dari pasar membeli barang-barang untuk memasak, sementara tunggu staf sampai mereka susun-susun dulu barang-barang tadi di dapur.

Dah 10 tahun Pak Abu berniaga, itulah rutin yang diulang setiap hari dan tak pernah berubah sejak 10 tahun yang lepas. Yang berubah hanya staf keluar masuk silih berganti. Rupanya Pak Abu hanya fikir berniaga asal ada duit masuk setiap hari, lepas untuk bayar gaji pekerja dan rolling untuk beli barang-barang di pasar dah lebih dari cukup.

Letih, rugi, buang masa dan tenaga je berniaga kalau ada sikap macam Pak Abu ni. Buat bisnes sepatutnya kena jadikan bisnes lebih maju dan berkembang untuk bertahan lebih lama. Apa sebab yang menjadikan bisnes jadi tak terurus?

1 . Tak Jaga Akaun Perniagaan Dengan Betul
Pernah dengar tentang peniaga yang rompak duit syarikat? Rompak duit syarikat maksudnya, ambil duit perniagaan ikut suka hati, tanpa rekod yang khas. Walaupun anda tuan punya kedai, anda tak boleh ambil duit perniagaan macam tu je. Anda perlu ambi gaji untuk diri sendiri. Dan kawal nafsu nak berbelanja besar guna duit bisnes yang masuk hari-hari.

2 . Kakitangan Tak Cekap
Berapa ramai dari anda yang berbisnes tapi dah lebih sibuk dari makan gaji? Pemilik kedai kerja lebih teruk dari pekerja. Yang lebih sedih, peniaga kerja separuh mati tapi kakitangan tak buat cukup kerja, balik-balik peniaga juga yang buat sendiri. Anda tak mungkin boleh besarkan perniagaan jika anda buat segalanya seorang diri.

3. Tak Ada Minda Usahawan Berjaya
Bisnes akan jadi tak terurus bila anda peniaga tak ada minda usahawan berjaya. Anda buat tindakan kecil. Anda takut dan tak yakin nak terjah market dan berniaga besar-besaran. Anda berniaga tapi takut nak berjaya. Sehingga anda rasa selesa dengan apa yang ada. Fikirkan.

Ini yang jadi antara penyebab kenapa banyak bisnes yang tak terurus dan susah nak berkembang. Betul.. tak salah nak berniaga macam Pak Abu tadi, tapi buat apa berniaga kalau tak nampak hasil. Macam mana nak ada jaminan untuk masa depan keluarga.

Sebagai peniaga juga seboleh-bolehnya cuba elakkan dari lakukan 5 kesilapan ini. Elakkan dari buat 5 perkara ini, bisnes akan selamat dan bertahan lebih lama.

Ini ramai orang buat tapi ramai tak nak mengaku, sebab mereka ingat bisnes ‘ni hanya untuk buat jualan ‘je  dan tak payah uruskan benda-benda lain.

Baca 5 perkara ni dulu.

  • Ramai usahawan yang mampu membuat lebih banyak jualan dengan teknik pemasaran yang bagus, tapi tak nak buat pemasaran secara besar-besaran kerana takut ada LEMBAGA nampak. Nanti bila LEMBAGA nampak, ada yang takut dikesan kerana tak bayar cukai!
  • Ada juga yang berniaga tapi sorokan pekerja sebab tak nak carum KWSP dan PERKESO.  Ini salah besar.  Anda boleh didakwa.
  • Ada juga yang buat bisnes dan semua duit pendapatan hasil jualan masuk dalam akaun peribadi.  Kenapa?  Apa sebabnya anda tak ada akaun syarikat?
  • Belum cerita lagi, usahawan yang ada masalah nak uruskan pekerja, ditipu pekerja, pekerja curi tulang, pekerja curi duit syarikat dan 1001 masalah berkaitan pekerja.  Salah siapa sebenarnya?
  • Yang paling mengharukan bila anda berniaga dah lama tapi langsung tak buat duit sebab anda tak tahu macam mana nak uruskan duit bisnes, nak uruskan stok, nak uruskan margin keuntungan…anda berniaga pakai hentam sahaja!

Anda perlu tahu apabila anda buat bisnes dan bergelar seorang founder dan business owner anda tak boleh lari dari masalah-masalah di bawah:

👉 Tak tahu ke mana perginya duit syarikat.

👉 Berniaga tanpa ada sistem pengurusan syarikat yang betul.

👉 Asyik kena buli dengan pekerja.

👉 Tak pernah ada penyata akaun syarikat, kalau ada pun tak reti macam mana nak baca.

👉 Tak tahu apa perbezaan antara Enterprise dan Sdn Bhd serta kebaikannya.

👉 Sentiasa lari dari cukai, takut dengan ‘Lembaga’ dan ‘Kastam’.

👉 Penat berniaga dan terpaksa menguruskan semua perkara seorang diri.

👉 Hidup dibelengu masalah dalam perniagaan akibat tak tahu kira kos dan letak harga yang betul.

👉 Merasakan berniaga sangat menyusahkan sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang.

Anda perlukan bantuan dan anda tak nak semua masalah di atas berlaku pada bisnes anda, jadilah business owner yang bijak.. kami nak ajak anda untuk hadir dan explore 8 topik dan ilmu penting pengurusan bisnes di Entrepreneur Foundation Program (EFP) yang akan berlangsung pada 28-30 Jun 2019.

Layari www.richworks.com/efp untuk daftar sekarang atau hubungi/whatsapp pegawai kami di talian 016-2103090

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>