
Rata-rata usahawan sekarang ni cukup suka tak ambik berat pasal akaun syarikat. Tak tau kenapa padahal sangat penting untuk diorang ada rekod transaksi yang teratur. Dari situ dapat lah tau apa yang dah dibelanjakan dan apa hasil yang dah dapat.
Buat marketing gila-gila, sales juta-juta tapi rekod akaun hancur. Tu bunuh diri namanya.. perangai macam ni la yang buat banyak company meninggal awal. Lagi teruk bila orang Lembaga Hasil Dalam Negeri datang melawat.. time tu dah terlambat.
Kelemahan ini sering terjadi disebabkan beberapa perkara. Antara punca akaun tak dapat disediakan dengan tepat dan dikemaskini ialah:-
1) Tidak mahu tanggung kos melantik akauntan @ Outsource
Masalah ni sering terjadi pada perniaga kecil dan selalunya yang baru je mulakan perniagaan. Sebab tak ada asas perakaunan yang baik, mereka memilih untuk tidak mengemaskini secara bulanan. Mereka memilih untuk mengemaskini secara tahunan. Risiko yang dihadapi kalau mengemaskini secara tahunan ialah transaksi tidak tepat, dokumen hilang dan maklumat tidak cukup.
2) Tidak menyimpan rekod dan dokumen dengan betul
Masalah ni juga antara punca utama peniaga memilih untuk tidak mengemaskini akaun mereka. Disebabkan kelemahan dalam sistem menyimpan rekod dan dokumen, mereka lambat bertindak untuk melantik pekerja pentadbiran atau kerani akaun.
3) Tidak mempunyai masa yang cukup
Kebanyakkan usahawan ni sibuk dengan aktiviti operasi perniagaan. Nak tumpu pada hal-hal berkaitan pentadbiran terutama berkaitan akaun adalah jarang berlaku dan kadang-kadang tu tak berlaku langsung. Akhirnya wujudlah masalah dari segi simpanan rekod dan kemaskini akaun.
4) Tidak tahu kepentingan akaun
Ni memang tak dapat nak dinafikan antara punca utama masalah perakaunan tidak dapat kemaskini. Usahawan lebih menjadikan baki dalam bank sebagai keuntungan yang sebenar mereka dapat. Mereka akan mengambil langkah mudah dengan menjadikan baki dalam bank tu untuk digunakan dan membuat belian.
Tapi.. kenapa nak kena rekod? Apa yang penting sangat? Baca ni..
1. Untuk mempunyai rekod yang sistematik bagi semua urus niaga tunai dan perbankan dalam satu sumber yang boleh dirujuk.
2. Untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai serta terperinci tentang semua penerimaan wang dan pembayaran dengan mudah dan serta-merta.
3. Untuk memastikan kawalan yang berkesan ke atas penyelewengan wang tunai dan transaksi perbankan.
4. Untuk mengetahui sumber utama dan punca-punca pembayaran tunai.
5. Untuk mengetahui jumlah baki bank secara harian.
6. Membantu menyediakan belanjawan tunai dan untuk mengelakkan kemungkinan kekurangan tunai untuk menambah usaha menaikkan jualan.
Apa kesannya kalau bisnes tak jaga akaun?
Macam mana bisnes nak bertahan kalau sistem akaun anda berterabur. Sah-sah anda tak dapat nak kenalpasti kat mana untung atau rugi bisnes anda tu. Duit untung pun anda tak akan nampak. Macam mana anda nak tunjuk kepada pihak LHDN atau auditor bila mereka datang menziarahi pejabat anda untuk buat semakan?
Anda hanya akan menambah kerugian je sebab terpaksa keluarkan duit untuk bayar denda atau pun ‘Cukai Kebodohan’ yang telah anda lakukan. Pendek kata nak tahu tahap kesihatan bisnes anda adalah melalui sistem akaun yang bagus dan in the end buat bisnes yang paling penting adalah CASH.
Faham ke ni? Bila rekod akaun cantik.. teratur.. hati pun senang bila nampak duit. Tido malam pun lena je.. Persoalannya, macam mana nak buat rekod ni? Apa langkah pertama nak buat untuk mulakan rekod?
Sebab itu kami nak bantu usahawan supaya tahu dan mahir tentang pengurusan Cashflow atau jika anda ada mengenali sesiapa yang perlukan ilmu Cashflow, boleh hadirkan diri ke Program Smart Cashflow Management (SCM).
Program: Smart Cashflow Management (SCM)
Tarikh: 14 Julai 2019
Lokasi: Shah Alam
12 hari lagi sebelum SCM bermula.. layari www.richworks.com/scm untuk maklumat lanjut atau hubungi Pegawai kami wassap.my/60162103090 untuk bantuan lebih lanjut.
#Salam Kejayaan
#Team Richworks