Ads

Pada Khamis, 22 November 2018 yang lalu Tn Jerry ada melangsungkan majlis sempena menyambut kelahiran di kediamannya di Shah Alam. Bukan sekadar meraikan hari lahirnya yang ke-46 tahun.

Beliau juga turut melancarkan dua buah buku iaitu 8 Tips Urus Cashflow dan 46 Things Just Go Better With Jerry Rizal yang hanya boleh dilakukan secara pre-order sahaja pada harga yang sangat istimewa sempena hari kelahirannya. Selain itu, majlis itu turut berlangsung untuk meraikan RichWorkians (staf RichWorks) dengan merealisasikan impian beberapa staf yang bertuah.

Buku 8 Tips Urus Cashflow ini diwujudkan bagi membantu anda untuk menguruskan cashflow di syarikat dengan lebih teratur. Beberapa syarikat ada yang tak ambil kisah langsung kemana pergi dan hilangnya wang aliran masuk dan keluar. Buku ini yang mana Tn Jerry sendiri tulis dan buat untuk RichWorks sendiri yang hingga kini RichWorks berjaya sampai ke tahap sekarang. Buku ini turut membantu anda untuk bina asas kukuh untuk perniagaan anda selain memberi tunjuk ajar ke mana anda harus kemudi perniagaan anda.

Anda boleh baca dan semak kembali adakah anda dah buat 8 perkara asas ini. Kalau tak buat, itu mungkin apa yang menyebabkan bisnes anda tak ada hasilnya.

Selepas anda baca buku ini juga anda akan tahu apa perkara yang anda perlu buat untuk uruskan cashflow bisnes anda. Jika anda dah buat 8 perkara ini, ianya akan buatkan anda yakin anda berada di atas landasan bisnes yang betul.

Selain itu, buku 46 Things Just Go Better With Jerry Rizal pula adalah berkenaan kata-kata atau quotes sepanjang 46 tahun beliau mengharungi hidup. Ada 46 kata-kata inspirasi untuk anda miliki. “It’s a tips book!” Jelas Tn Jerry. Buku ini mengandungi lebih 200 muka surat. Kata-kata inspirasi dari Tn Haji Jerry Rizal ini  mampu ‘merobek’ dan memberi inspirasi kepada anda sepanjang perjalanan hidupnya selama 46 tahun!

Kepada anda yang mahu kami bantu anda dengan buku ini, boleh layari website http://azizanosman.com/onlineshop/. Dengan harga RM10 untuk buku 8 Tips Urus Cashflow dan RM15 untuk buku 46 Things Just Go Better With Jerry Rizal, anda pasti tak mahu terlepas pre order buku ini.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>