Ads

Ramai peserta Program Nak Ubah Hidup mula bercakap-cakap, ada yang tak boleh nak move on hingga terbawa-bawa mood dan aura di dalam Dewan Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, walaupun program telah pun tamat. Woww sangat kan! Apa yang anda rasa itu sangat bagus tapi cukupkah setakat itu?

Ramai peserta yang hadir mengakui mereka banyak langgar dinding dalam bisnes, stuck dan ada yang tak tau apa yang mereka impikan. Jadi, mereka hadir ke program ini dengan harapan dan tujuan utama untuk mendapatkan sesuatu – untuk ubah hidup mereka.

Kemerdekaan diri dan kewangan. Untuk menjadi seorang yang lebih baik, anda akan melalui beberapa perkara dan bagaimana anda menghadapinya untuk ubah hidup anda. Tetapi jika anda membazirkan masa anda, itu akan mempengaruhi mood anda, dan itu tidak akan menarik rezeki anda.

Sampai bila nak macam tu? Sesekali mungkin okay tapi kalau berkali-kali pasti sakitkan? Di mana silapnya? Nak salahkan orang lain? Habis tu anda sendiri macam mana, buat apa?

Bila nak ubah hidup, proses ini adalah sangat penting

  • Result (keputusan)
    Apa-apa yang berlaku pada anda, benda pertama pertama yang penting adalah result – apa yang anda nak dan apa yang anda nak capai dalam hidup anda sama ada dari segi kehidupan, kewangan atau bisnes. Dan, turun atau naik kehidupan, kewangan atau bisnes pula bergantung kepada tindakan anda. Tindakan (kerja keras) yang anda lakukan belum tentu akan mempunyai result kerana ia bergantung kepada pemikiran anda.
  • Thought (akal)
    Jika anda kerja sekadar kerja, anda hanya membuang masa pada sesuatu yang sia-sia. Tapi jika anda mahu mencapai kejayaan, kuncinya adalah fikir bagaimana kerja atau bisnes anda boleh membantu orang lain – jangan hanya memikirkan diri anda sendiri.

Disebabkan inilah jika anda nak berjaya awal kena mula awal, komited sampai habis. Kalau anda nak tahu, jika orang berjaya buat sesuatu, dia akan buat terbaik dan komited sampai habis.

Nak upgrade diri kena upgrade akal kerana keputusan akan menjadi takdir anda. Jadi, bagaimana nak ubah result? Nak ubah anda kena ada ilmu – ada banyak cara termasuk membaca dan belajar. Kalau anda boleh buat keputusan dengan baik, anda boleh jimat masa. Ubah cara anda berfikir!  

Ini beberapa feedback peserta yang join Program Nak Ubah Hidup pada 30 Ogos – 1 September 2019 di SCCC, Shah Alam.

Anis Hanafi 
“Alhamdulillah sejak balik dari kelas satu kelainan yang saya boleh nampak pada diri suami, kalau sebelum ni dialah orang yang paling banyak bagi pandangan negatif dan memang tak pernah pakai apa orang kata tapi kali ni rasa macam dia pulak yang bagi banyak idea, excited la tu…dan tak habis puji Doc, kalau selama ni orang bagitau tak nak percaya.”

Muhammad M Ridzuan
“101 impian yang Doc suruh tulis tu bukan benda main-main.”

Ni pesan saya pada leaders yang datang dengan saya ke NUH sebab saya sendiri dah rasa MAGIC nya 101 impian ni. Dulu masa IMKK Mac saya tulis main-main… saya tulis nak sales banyak mana, nak beli kereta apa untuk family.. akhirnya saya yang menyesal. Menyesal sebab semua saya tulis Alhamdlulillah dah dapat sekarang…menyesal pulak sebab saya tak tulis betul-betul. Memang betul apa yang Doc ajar kita. Apa yang kita tulis tu pun dikira juga. Alhamdulillah sekarang dah buat 101 impian yang baru dan lagi besar.

Kak Sha
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah, dari 101 impian saya tulis semalam, salah satunya tercapai hari ni! Doakan moga saya kaya dan berjaya, supaya segala kekayaan dan kejayaan itu dapat kita kongsi bersama.”

Suharyati Zainal
“Allahu…Tak tahu nak cakap macam mana saat ni ya Allah.. Rasa macam tak percaya. Ini adalah wishlist 101 impian yang Doc minta kita tulis. Syukur ya Allah, Allah gerakkan hati saya untuk buat tindakan yang betul. 1 September 2019 | Tahun Maal Hijrah. Betul-betul doa saya dimakbulkan. Gigil rasa. Macam Bermimpi. Ini Adalah Impian Saya!

Jadi apakah tindakan anda untuk merealisasikan impian? Adakah hanya menunggu perubahan daripada takdir semata-mata? Sampai bila anda mahu menangguhkan kejayaan anda? Ingat, apa yang anda fikir, yang anda cakap, yang anda buat adalah doa. Bertindak sekarang dan  kekal fokus dengan impian anda!

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>