Ads

Ada tak saudara-mara atau kenalan anda yang sedang mencari pekerjaan?
Ada yang berminat untuk menjadi sebahagian dari Team RichWorks?

Pernah terfikir nak mencipta kerjaya bersama RichWorks? Atau nak buat sesuatu yang lebih mencabar tapi dalam masa yang sama boleh memberi manfaat dan membantu orang lain hidup lebih berjaya?

Di RichWorks, kami sangat ‘passionate’ dengan apa yang kami lakukan setiap hari. Kami bekerja dalam satu team yang hebat dan erat, dengan cabaran kerja yang berbeza setiap hari tapi masih lagi menyeronokkan. Setiap hari adalah peluang bagi kami untuk buat lebih baik dan kami melihatnya sebagai ruang untuk kami berkarya dan menghasilkan sesuatu yang memberi kepuasan kepada hati sendiri.

Peluang kerjaya ini juga sesuai untuk mereka yang baru nak melangkah dalam alam pekerjaan. Jika anda minat, anda bersungguh, anda suka menerima cabaran supaya anda mampu menjadi lebih baik, dan menjadi pakar dalam apa yang anda buat, ini tempat anda!

Betul! Kami berhasrat untuk menjadikan semua Team RichWorks sebagai pakar dalam bidang masing-masing.

Jika anda mahu menjadi sebahagian dari Team RichWorks yang juga pernah dilabel sebagai ‘awesome’, ‘gila’, kuat kerja, happy bila lihat orang lain berjaya, dan gembira untuk bantu orang lain..dan anda mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam bidang yang berkaitan, anda dijemput untuk hadir ke sesi temuduga terbuka pada:

Tarikh : 22 Jun 2019
Masa : Bermula dari 8.00 pagi
Lokasi : RichQ, No 77, Jalan Badminton 13/29. Seksyen 13 Shah Alam, 40100 Selangor.

Anda boleh emelkan resume anda kepada jobs@richworks.com atau Whatsapp/hubungi kami di 0192442244 untuk info lanjut dan klik link berikut www.RichWorks.com/kerjaya untuk sahkan kehadiran anda ke sesi Temuduga Terbuka.

TeamRichWorks

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>