
Pada 14 November 2018 yang lalu berlangsungnya jualan buku bertempat di Richworks sempena dengan sambutan kelahiran pengasas RichWorks, Dr Azizan Osman. Apa yang menariknya pada hari Rabu tersebut, Dr Azizan Osman datang ke Wisma Richworks untuk menandatangani buku yang diberikan secara PERCUMA kepada pelanggan yang berkunjung ke Wisma tersebut untuk sesi pagi.
Bukankan pelanggan sahaja yang merebut peluang ini malah staf di Richworks atau lebih dikenali dengan Richworkians juga turut mengambil peluang ini untuk bergambar dengan bos yang mereka hormati dan meminta beliau untuk menandatangani buku yang dipilih pada hari tersebut. Bertuah bukan?
Lebih 300 orang hadir pada hari jualan buku yang berlangsung meriah pada hari tersebut sejak dari pagi sehinggalah jam 9 malam. Tambah menarik, pelanggan berpeluang menerima buku hasil tulisannya secara PERCUMA sahaja. Bukan itu sahaja, kepada pelanggan yang berminat untuk membeli buku, ianya dijual dengan hanya harga RM10 ringgit sahaja untuk sebuah buku. Memang peluang ini yang dinanti-nantikan oleh pelanggan yang mengikuti Dr Azizan Osman dan juga RichWorks.
Antara buku yang dijual pada hari tersebut adalah Kuasai Pemasaran Facebook, Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya, Planet Bisnes Azizan Osman dan banyak lagi pilihan yang membuatkan pelanggan rambang mata untuk memilihnya.
Jualan buku tersebut berakhir pada jam 9 malam. Rata-rata pelanggan yang hadir ternyata berpuas hati dengan hari jualan yang RichWorks adakan ini. Mungkin selepas ini lebih banyak kejutan yang boleh kami lakukan dan untuk anda! Stay tuned dan setiasa menyokong kami.