
Hidup Boleh Berubah… Nak Dengan Tak Nak Je. Betul tak?
Demam movie Avengers: End Game masih terasa. Di mana-mana masih lagi ramai orang bercakap tentang hero yang dah mati, tentang siapa Avengers lain yang boleh angkat Mjolnir – tukul Thor dan banyak lagi adegan yang tak disangka muncul.
Korang dah pergi tengok ke? Amacam? Ada belajar sesuatu? Atau setakat mengalirkan air mata tapi lepas tu bila dah keluar panggung lupa dah semuanya. Point kami ialah, kalau hidup Avengers boleh bertukar dan berubah dengan sekali petik je…hidup kita pun sebenarnya boleh berubah sekelip mata.
Apa kau rasa bila hidup selesa, ahli keluarga semua ada, apa yang kita rasakan cukup, ada masalah sikit-sikit, kita rasa boleh handle, atau ada masalah besar pun, kita buat-buat tak nak fikir sebab kita rasa hidup kita OK dan tiba-tiba dengan sekali petik je… hidup kita berubah menjadi lebih teruk?
Apa kau rasa, kalau tiba-tiba, hidup yang kita rasakan selesa sangat ni, yang kita rasa “Aku Ok je..” atau “Aku OK… hidup dia tu yang teruk” tiba-tiba berlaku sesuatu perkara yang kita tak duga dan keselesaan tu hilang sekelip mata? Apa back up plan kita?
Ramai antara kita membiarkan diri terperangkap dalam hidup yang biasa-biasa, hidup yang setakat hidup, yang ala kadar dengan tahap kewangan yang setakat ada, setakat boleh lah… setakat cukup makan hanya kerana kita tak pernah rasa penting untuk kita upgrade tahap kehidupan dan kewangan kita, menjadi lebih baik dari apa yang kita ada sekarang.
Maka jadilah kita orang yang biasa-biasa. Ada hutang… kita cakap “takpe lah..bayar sikit-sikit, lama-lama habislah?” Tak mampu hidup lebih baik… kita kata “takpe lah… bersyukur dengan apa yang ada… dah takdir hidup kita macam ni, ini pun rezeki…”
Betul, apa yang kita ada sekarang adalah rezeki dari Allah SWT. Tuhan yang bagi tapi Tuhan juga tak pernah hadkan HambaNya dari berusaha sebaik-baiknya. Dan Dia tak pernah hadkan hambaNya dari mengumpul harta dan kekayaan supaya dapat digunakan ke arah kebaikan dan menjadi bekal di akhirat.
Ini bukan ceramah agama, tapi kita ambil iktibar sempena Bulan Ramadhan ini, untuk kita cek diri sendiri. Di mana level hidup kita sekarang, di mana tahap kewangan dan tahap hutang kita sekarang? Adakah kita mampu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada orang yang kita sayang? Apakah hadiah terbaik untuk kita berikan kepada diri sendiri dan orang tersayang? Adakah tahun hadapan, bulan Ramadhan tahun hadapan kita masih nak hidup dalam keadaan yang sama atau keadaan yang lebih teruk?
Dengan keadaan ekonomi negara yang tak berapa bagus, apa back-up plan kita? Adakah kita masih nak bergantung kepada satu sumber income sahaja? Adakah bisnes yang kita buat sekarang dah semakin bagus dan boleh bantu kita di masa hadapan?
Banyak soalan yang perlu ditanyakan dan kalau kita boleh duduk sekejap dan betul-betul luangkan masa untuk cek keadaan hidup kita sekarang dan fikirkan keadaan hidup macam mana yang kita nak berlaku ke atas kita, apa keadaan hidup ideal yang kita nak dan senaraikan apa impian dan harapan kita, itu adalah dah cukup baik buat masa ini. Ianya akan bantu kita refleksi diri kita dan buatkan kita sedar. Kita sebenarnya masih banyak ruang dan peluang yang kita boleh terokai dalam diri kita dan gunakannya untuk capai impian.
Kalau Thanos boleh ubah hidup Avengers dengan sekali petik je, hidup kita semua pun boleh berubah dengan sekali petik, sama ada menjadi lebih teruk atau menjadi lebih baik itu pilihan kita.
Dan, ramai yang tak sedar, sebenarnya kitalah Avengers. Kita adalah superhero kepada diri kita sendiri. Kita ada ‘kuasa’ atau kebolehan yang kita sebenarnya tak sedar ada dalam hati tu. Kita je yang tak pergunakannya sebaiknya.
Semua Avengers, ada kebengangan dalam hati, ada Big Why yang tersendiri yang buatkan mereka buat lebih baik lagi. Big Why untuk HawEye adalah keluarganya, Big Why Captain Amerika ialah Peggy Carter, Big Why kepada Iron Man ialah anaknya dan sebab itu mereka berusaha nak kembalikan dunia kepada asal dan kembalikan orang tersayang yang hilang supaya mereka boleh hidup lebih lama dan lebih baik.
Hidup kita hari ini pun boleh hilang dengan sekali petik dan sekelip mata. Sama ada kita nak jadikan hidup kita lebih baik atau lebih buruk, itu pilihan yang kita ada. Kita boleh je jadi seperti mangsa yang lemah, terus down dan murung dengan nasib hidup dan terima saja kekalahan dan kesusahan yang ada atau kita boleh jadi Avengers, dan fight untuk miliki kehidupan yang lebih baik dan lawan semua perkara yang boleh menjatuhkan kita.
Pilihan untuk ubah hidup ada di tangan anda.

Nak Ubah Hidup menjadi 10 kali ganda lebih baik?
Nak kami bantu?
Sertai Program terbaru kami Program Nak Ubah Hidup yang akan diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September – Sempena Merdeka! Di Setia City Convention Center (SCCC) Shah Alam. Layari www.nakubahhidup.com atau PM team kami (link) untuk info lanjut
Nak ubah jadi daie macam mana ye.. banyak sangat dunia masuk kat diri saya