Ads

“Benda ni saya tak pernah cerita pada sesiapa. Isteri saya pun tak tahu. Setiap hari saya rasa nak MATI, tapi saya takut nak bunuh diri…”

Allahu Akbar! Ni antara benda yang Tuan Abdullah Isa ni yang menjalankan bisnes interior design, White Dot pernah fikir suatu ketika dulu ketika dia pernah hampir putus asa dengan bisnes yang berusia 13 tahun itu.

Katanya mungkin dengan duit insurans, dapat memberi sedikit kesenangan pada isterinya dan juga anaknya. Pernah tak anda bayangkan bertapa strungglenya dia masa tu sampaikan pernah terfikirkan MATI.

Betul, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya tapi kalau dah sampai tahap otak dah tak boleh berfikir dengan logik, masa ni jugaklah syaitan mula ambil alih dan cari pasal dengan manusia.

Banyak benda yang berlaku dalam hidupnya menyebabkan dia buntu. Duit tak pernah ada. Bisnes pulak semakin hari semakin merudum. Siapa je tak pernah rasa macam ni kalau dah betul tak dapat jadi ketua keluarga yang baik untuk famili mereka.

Kalau korang nak tahu, jutawan ni jugak pernah hampir jadi pemandu Grab sepenuh masa, sebab bisnesnya melingkup teruk! Tapi tak boleh pulak sebab kereta banyak saman!. Aduhai macam-macam masalah timbul. Memang kalau siapa tak kuat, macam ni lah jadinya.

Cuba bayangkan kalau korang sebagai ketua keluarga, isteri dan anak-anak mengharapkan korang untuk beli makanan dan barang keperluan tapi korang tak dapat nak bagi? Sadis kan?

“Saya betul-betul rasa down, tertekan dan ada jugak saya pernah fikirkan untuk jadi pemandu Grab.”

Bayangkan, apa perasaan korang bila buat bisnes dah selama 13 tahun, tapi disebabkan tak ada ilmu, bisnes jatuh teruk sehingga hampir menjadi Pemandu Grab sepenuh masa kerana dia fikir dah tak ada cara lain untuk bangkit dalam perniagaan yang jatuh.

Betul nak bukak bisnes tu mudah, tapi kalau nak maintainkan tu yang susah! Sebelum 2017, jualan perniagaan White Dot ni maintain jualan RM1.5 juta – RM2 juta setahun tapi kemudian jatuh teruk. Memang dah tak nampak angka juta. Hari-hari keluar rumah menangis mengenangkan nasib bisnesnya!

Dia mula hilang arah dalam bisnes, tak tahu nak buat apa sehinggakan sangat down dan tertekan. Kalau korang nak tahu, dia selalu akan duduk ‘lepak’ di satu tempat yang boleh menghilangkan rasa stres dia dalam bisnes dia. Tapi kalau syik mengenang nasib je sampai bila?

Ada tak siapa-siapa yang anda kenal yang pernah hidup macam ni? Mula-mula bisnes naik, dia pun happy, bila bisnes jatuh dia pun terduduk! Kalau ada memang dia wajib baca story ni sampai habis.

Kisah Abdullah tak hanya habis di sini. Katanya lagi, dia banyak buat silap dalam bisnes sebelum ni. Korang nak tahu apa yang dia buat salah? Dia tak layan pelanggan dengan baik sebab rasa terlalu penat dan ‘burn out’ dalam bisnes. Benda macam ni memang selalu berlaku kalau kita buat bisnes sorang-sorang.

Kami kat RichWorks selalu jumpa kes macam ni…bila usahawan berniaga tapi tak ada ilmu, dia buat semua benda dan urusan bisnes seorang diri… jap lagi dia mudah patah – patah emosi dan patah semangat – penat oi!

Tapi setiap masalah yang muncul pasti ada penyelesaiannya. Di kala tengah stress duit tak ada, dengan duit simpanan pun hampir habis, isteri pulak lebih mengejutkan dia masa tu!

“Simpanan saya pun hampir habis namun isteri pula mengejutkan saya dengan invest jumlah yang besar untuk tiket ke Program Millionaire Marketing Mastery tahun lalu (ambik seat paling depan),” ceritanya kepada Dr Azizan Osman ketika sesi One to One Coaching bagi usahawan Titanium.

Dah beli takkan tak pergi kan? RUGI! Jadi dalam keadaan yang skeptikal dan marah dia masuk jugak kelas MMM tu.

“Dalam ribuan orang ketika tu, ada seat kosong di depan yang kosong, itulah seat saya! Saya tak boleh terima apa yang Dr Azizan cakap ketika tu. Ja di saya keluar berlegar-legar kat luar.

Ya sepanjang 3 hari saya tak betul-betul fokus dengan apa yang Dr Azizan Cakap. Saya hanya dengar sahaja. Tapi apa yang menyentuh hati saya adalah ketika Dr Azizan Osman menyampaikan doa. Masa ni doa yang disampaikan Doc sangat ikhlas dan terus membuka hati saya”

Dia dapat rasakan keikhlasan Dr Azizan yang mendoakan untuk semua ketika tu!

Korang tahu tak, hasil dari ilmu yang dia dapat di Program Millionaire Marketing Mastery bulan Mac tahun 2018 tu perniagaannya telah meningkat 4 kali ganda, semua masalah dah hilang dan bermula dari MMM dia sediakan dirinya untuk dimentor secara dekat oleh Dr Azizan Osman. Memang rasa macam magik!

“Sebelum itu, saya masih ego, masih depress, masih down tapi saya akhirnya sedar bahawa ada mentor dan guru yang boleh diikuti,” jelasnya.

“Saya paling terkesan bila Dr Azizan Osman doakan kami semua kat akhir Program MMM tu…” Katanya lagi dan dia percaya itu yang membuatkan dia buat keputusan untuk bermentor secara rapat dengan Dr Azizan Osman dengan apply program mentoring, Titanium.”

Kalau tahun 2018 dia boleh buat sales setakat RM500 ribu sahaja tapi pada 2019 sales dia dah lebih dari RM3 juta! Amazing kan?

Ini 3 perkara penting yang kami belajar dari kisah Tuan Abdullah Isa Hoo Kee Kuan pemilik White Dot Sdn Bhd ni

  1. Nak berniaga perlu cari Mentor, jangan tunggu bisnes dah tertonggeng baru nak cari.
  2. Perniagaan yang berbelas tahun pun boleh bungkus kalau tidak dijalankan dengan betul.
  3. Terlalu penat dalam perniagaan boleh membuatkan seseorang itu hilang arah – sebab tu kena cari circle dan persekitaran yang betul, seperti berada di dalam Program RichWorks dan lagi bagus di kalangan ahli Titanium supaya sentiasa terbakar dengan kejayaan orang lain.

So, nak mula lakukan bisnes atau bisnes dah lama tapi sales hancus… Jadilah seperti Tuan Abdullah yang bertindak, jangan terus ego demi mendapatkan perubahan positif dalam perniagaan. – PM Team RichWorks segera.

Klik http://zerotomillion.com.my/wasap untuk kami bantu.

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>