Ads

Tarikh 2 hingga 3 Februari 2019 …

Ketika anda sedang mempersiapkan diri untuk hadir ke program Zero Kos Marketing (ZKM) yang bakal dianjurkan nanti, Team RichWorks ada yang dah sampai ke Langkawi.

“Eh apa pulak yang dibuat mereka di Langkawi tu?”

Meh sini nak habaq, team kami dah ‘berniaga siaga’ membuat persiapan awal untuk ke event ICM yang bakal berlangsung sehari selepas program ZKM iaitu pada 5 – 8 Februari nanti! Kami dah mula ‘tak sabar’ nak berikan kejutan demi kejutan untuk anda!

Haaaa…kali ni kami memilih Pulau Langkawi yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda seperti kisah Mahsuri, Pulau Dayang Bunting dan Telaga Tujuh. Banyak perkara yang team kami sedang sediakan demi memastikan event ICM nanti berlangsung dengan baik.

Apa tema dan kejutan untuk ICM kali ni pulak?

Bertemakan Bangsawan, kami mahukan ahli Titanium kami kali ini segak bergaya dengan busana bangsawan Melayu yang mengandungi unsur tradisi yang pasti membuatkan setiap mata yang memandangnya akan terpana!

Kenapa kami memilih tema Bangsawan? Kami mahukan setiap ahli Titanium kami berada di dalam satu ‘kedaulatan’ di mana mereka berada di bawah pemerintahan yang berasal dari golongan berstatus terhormat, istimewa dan berharta.


Sebelum kami update lebih banyak persediaan team kami selepas ini, anda usha-usha dulu gambar ‘behind the scene’ team kami yang berada di sana minggu ini.

Amaran! Ini bukan behind the scene nak buat filem tau… Inilah preparation awal team RichWorks untuk menuju ke ICM Langkawi Februari 2019!

Wahai bangsa usahawan jutawan, adakah anda sudah bersedia? Say ‘I’ jika anda mahu bersama-sama kami menuju ke ICM Langkawi Februari 2019!

Ready ke ready?

#RoadToICMLangkawiFeb2019
#BillionaireInTraining
#IamATitan

Ads

One comment

  • NORIZAN BINTI ABU
    NORIZAN BINTI ABU
    Reply

    nak kaya n byk duit dan ambil elmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>