Ads

Walk on through the wind. Walk on through the rain. Though your dreams be tossed and blown. Walk on, walk on. With hope in your heart. And you’ll never walk alone…. You’ll never walk alone..

Apa barang cakap pasal Liverpool ni? Baca dulu ni…ada benda yang kita boleh dapat dari kemenangan mereka (kasi chance la..)

Lebih hampir 20,000 penyokong The Reds dengan penuh semangatnya berdiri menyanyikan lagu ini kelmarin mengiringi kejayaan Liverpool mengalahkan Tottenham dengan jaringan 2-0 dalam Perlawanan Akhir Liga Kejuaraan Eropah di stadium Wanda Metropolitano Madrid.

Musim lalu, Liverpool kalah kepada Real Madrid dalam kejohanan yang sama. Menduduki tangga kedua dalam Liga Premier English hanya dengan perbezaan 1 mata dari Manchester City – Liverpool seolah-olah tak pernah dilihat sebagai sebuah pasukan utama yang bakal bawa pulang Liga Kejuaraan Eropah. Selepas zaman keagungan Liverpool di era Steven GerrardsLiverpool kemudiannya banyak kali berada di tangga kedua, termasuk ketika zaman pemain ternama seperti Torres dan Suarez, sehingga menyebabkan ramai pihak melihat Liverpool sebagai penghuni tetap tangga kedua liga!

Eh..! Ni dah macam Laporan Sukan pulak dah…Anda tak salah channel..betul dah ni!

Tapi, akhirnya..mereka menang! Dengan hakikat ini adalah kemenangan keenam Liverpool menjuarai Liga Kejuaraan Eropah, dan kali terakhir pada tahun 2005, tak ada orang sebenarnya layak untuk pandang rendah kepada mereka.

Sebenarnya, banyak yang kita boleh belajar dari apa yang berlaku kepada pasukan pemilik Stadium Anfield ini. Kami nak share dengan anda 5 perkara yang anda boleh pelajari dari kemenangan Liverpool.

  1. Menang itu satu progres – Ramai orang berharap untuk menang serta merta.  Dalam apa yang mereka lakukan, kalau boleh mulakan hari ini dan terus menjadi hari esoknya. Untuk menang dalam apa je yang anda lakukan, anda perlu tahu kekuatan, kelemahan dan formula untuk menang.  Dan ini bukan boleh ambil masa sehari dua. Ianya adalah satu tindakan berterusan. Sebab tu Dr Azizan Osman, buat je sampai jadi…janji jangan berhenti separuh jalanLiverpool, tak pernah berhenti rehat atau murung bila mereka kalah.  Mereka ambil masa untuk reflek dan kemudian terus beraksi.  Bukan macam separuh dari kita, bila kalah atau ada masalah sikit..murungnya makan tahun beb!
  2. Mentailiti NAK MENANG – Menduduki tangga kedua untuk satu jangka yang lama dan di beberapa kejuaraan menimbulkan rasa bengang yang tinggi di kalangan pemain Liverpool.  Tapi mereka tak pernah putus asa.  Di setiap perlawanan, mereka akan berikan yang terbaik, dan mereka sangat yakin sampai waktunya nanti mereka akan jadi juara Mental tak cepat koyak dan barai ini yang buatkan mereka push habis-habisan dan beri energy yang tinggi di setiap game.  Jika anda follow rapat game Liverpool, anda pasti akan puas hati dengan aksi mereka. Yang penting bagi mereka ialah tunjukkan semua skills yang ada, berikan yang terbaik dan masanya akan tiba untuk mereka menang
  3. The Team, The Fan dan The Coach – Main sorang-sorang, memang boleh menang..tapi apa barang nak main sorang-sorang! Tak seronok, tak ada challenge dan untuk apa sebenarnya, baik lepak kat rumah dan main PS4 je? Kat sinilah pentingnya ada team untuk kita beraksi dan menang sama-sama. Takkan mampu Mohd Salah atau satu manusia nak kawal game 90 minitseorang diri atas padang yang luas. Dan takkan cukup kuat emosimental dan fizikal jika tak dapat sokongan dari orang terdekat.  Dan disinilah kekuatan Liverpool dengan barisan penyokong The Reds yang sanggup mati demi Liverpool.  Dan dah pasti, dengan bimbingan coach Germany yang berpengalaman – Jurgen Klopp semenjak tahun 2015 yang sentiasa berusaha memperbaiki persembahan dan formula kemenangan Liverpool, ianya adalah satu gabungan yang baik untuk pastikan Liverpool menang besar tahun ini.

Dalam bisnes pun macam tu tuan-tuan dan cik puan sekelian. Anda perlu letak satu matlamat yang anda nak capai dan sentiasa pastikan tindakan yang ada ambil adalah membantu anda capai apa yang anda nak capai, anda perlu berada dalam satu circle yang betul yang mampu bantu berikan sokongan kepada anda dan bukannya nak lihat anda jatuh, anda perlu ada team yang boleh bantu anda main game bisnes ni sama-sama dan yang paling penting, mentor untuk guide dan jeritkan anda..jika anda tersasar dan tak ‘in game’.

Kami kat RichWorks selalu peratikan peserta program kami yang ada mentaliti nak menang macam ni, dan kami sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Contohnya seperti Puan Sajaratul Dura  pemilik  Mootiara Dot Comm yang menjual tudung ni. Kerana nak menang lah menyebabkan beliau pecut buat tindakan dengan ilmu yang beliau dapat dari RichWorks sehingga boleh jual tudung dan buat sales sehingga RM400 ribu sehingga Mei ini, berbanding RM300 ribu sahaja sepanjang tahun 2018! Kan tu ada mentaliti nak menang! Bukan cepat sangat nak lega dengan sales yang ada dan tak nak buat lebih baik lagi…

Juga nak share tentang budak umur 19 tahun ni dan ahli Titanium Circle kami Mehrun Najua Ibrahim pemilik Gerobok Budget, yang jual pakaian wanita. Kalau pada bulan Ramadhan 2018, dia hanya mampu buat sales RM99,000 je…pada bulan Ramadhan tahun ni bekiau dah mampu buat RM204 ribu..kau kira, berapa kali ganda tu? Dan dia baru 19 tahun! Dia sangat konsisten dan komited bertindak dengan ilmu yang dia dapat setelah hadir ke Program RichWorks. Kata dia, dulu otak kusut sebab stok tak jalan..sekarang lepas hadir ke program RichWorksotak lagi kusut sebab..stok sentiasa jalan dan asyik tak cukup!

Benda ni bukan pakai jadi tiba-tiba macam tu je. Semuanya pakai formula yang sama dengan apa yang Liverpool ada.

Bak kata Fan Liverpool – Your Never Walk Alone! Jika anda nak ubah hidup, nak tingkatkan tahap kewangan dengan bisnes yang berjaya, nak menang dalam hidup dan tak nak dipandang sebagai seorang yang gagal, dan setakat ada je…mulakan langkah anda dengan sertai Program Nak Ubah Hidup pada 30 Ogos 2019 hingga 1 September 2019 ni. TAPI, tawaran yang ada dah tamat pukul 12.00 tengahari tadi. Anda masih boleh daftar dengan tawaran yang baru..kalau anda betul-betul ada winning mentality, anda mesti dah rebut benda ni sekarang, dan tak mahu tunggu lagi.

#TeamRichWorks 
#NakUbahHidup 
#YNWA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>